Timbalan Pesuruhjaya PAS WP Parah Dilanggar Kereta

3

Januari 19, 2010 oleh HermanSamsudeen


Gambar Kenangan : Ust. Ali (berbaju putih) bersama Yb Dr. Lo’lo menyambut Dato’ Seri Nizar ketika lawatan beliau ke Kg. Bharu tahun lepas.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah Persekutuan, Ust Mohd Ali Jamil kini berada di Wad 4G, Tingkat 4 Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras pada hari Sabtu, 16 Januari lalu.

Dalam kejadian berkenaan beliau dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah belakang dan menyebabkan beliau yang memandu motosikal berseorangan ketika itu terdorong kehadapan melanggar sebuah lagi kereta lain.

Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kecedaraan parah dengan tangan serta kaki kirinya patah. Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Cheras turut kehilangan 5 batang gigi akibat kemalangan berkenaan.

Ust. Ali merupakan aktivis sepenuh masa PAS yang aktif sejak zaman mudanya dan pernah terlibat dalam organisasi Dewan Pemuda dan Dewan Ulama’ PAS Negeri. Beliau juga banyak memberikan sumbangan dengan mengajar serta memberikan kuliah dimasjid dan surau sekitar Lembah Klang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang ditemui memaklumkan bahawa beliau memerlukan sejumlah RM 3,000 bagi kos rawatan penyambungan besi bagi tangan dan kaki beliau yang patah.

Bagi ahli-ahli PAS serta mereka yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam -14023010000110 atas nama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan atau menghubungi Kamaruzaman-019-2828536

Advertisements

3 thoughts on “Timbalan Pesuruhjaya PAS WP Parah Dilanggar Kereta

  1. mdsah berkata:

    Dalam kejadian berkenaan beliau dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah belakang dan menyebabkan beliau yang memandu motosikal berseorangan ketika itu terdorong kehadapan melanggar sebuah lagi kereta lain.

    Pemandu Mitsubishi Pajero tuu ahli UMNO Caw. Ceras kut, cuba chek tengok…atau SB……

  2. Saya mengharapkan keluarga ust Ali supaya bersabar atas dugaan Allah lebih-lebih lagi kepada ust Ali semoga beliau cepat sembuh,kepada ahli-ahli pas khas nya pas wilayah dapat menghulur derma untuk meringankan tanggungan nya,kita amat sedih dan simpati diatas kemalangan tersebut.tk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: