PAS anggap bakar surau kerja orang tak siuman

Tinggalkan komen

Januari 22, 2010 oleh HermanSamsudeen


PAS menganggap mereka yang membakar Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting di Muar pagi semalam sebagai orang yang gila dan tidak siuman.

“Orang yang waras akan datang ke surau itu untuk beribadat. Jika bukan Islam, mereka tidak juga tidak akan bertindak sedemikian kecuali sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang normal,” kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan berkata punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300.

Sehubungan itu, PAS mengingatkan agar pihak-pihak yang cuba menimbulkan provokasi dengan membakar rumah-rumah ibadat supaya menghentikan perbuatan bodoh mereka itu.

“Mereka sepatutnya berusaha untuk hidup dengan aman tanpa menyusahkan orang lain.

“PAS mahu kes ini disiasat segera oleh pihak polis dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS juga, katanya, mengesa jentera penerangan dan dakwah, bersama lajnah perpaduan nasional, mengiatkan ceramah penerangan bersama rakyat serta dialog bagi memberi penjelasan berhubung isu nama Allah serta memperkukuhkan semangat muhibbah kalangan rakyat pelbagai kaum.-Malaysiakini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: