RM1 Bilion untuk F1: Lebih baik guna bantu rakyat

3

Januari 22, 2010 oleh HermanSamsudeen


http://mutaligat.blogspot.com/

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan dalam Bajet 2010 bagi membiayai projek Pasukan 1Malaysia F1 Team.

Menurutnya, perbelanjaan melaksanakan projek itu dibiayai syarikat swasta yang terlibat seperti Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car dan lain-lain dalam pertimbangan komersial syarikat masing-masing.

Beliau mengulas kenyataan Pas yang membidas Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa membazirkan wang rakyat dengan memberi peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion dalam Bajet 2010 untuk Formula 1.

Pas menyifatkan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi negara kepada rakyat dengan mengurangkan subsidi gula sehingga menyebAbkan harga gula naik 20 sen sekilogram dan mencadangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Bagi saya jika pun duit itu diperolehi dari syarikat swasta adalah lebih baik ianya disalurkan kepada rakyat yang miskin yang amat memerlukan bantuan kepada meneruskan kehidupan mereka. Banyak yang boleh dilakukan dengan jumlah wang RM1bilion tersebut.

Kerajaan sepatutnya menasihati syarikat swasta terutama GLC supaya menyalurkan wang tersebut kepada rakyat melalui agensi-agensi kerajaan atau NGO-NGO yang diyakini boleh membantu rakyat.

Masih ramai rakyat yang miskin, papa kedana, tiada rumah, merempat, tiada pendapatan tetap, anak-anak yatim, ibu tua dan sebagainya. Apa yang golongan itu perolehi jika wang RM1bilion itu digunakan untuk menaja F1 team.?

Memang kita tidak nafikan nama Malaysia dan syarikat Malaysia tercatat di arena antarabangsa dengan penajaan tersebut tetapi kita juga mesti mengkaji sejauh mana kesannya kepada peningkatan ekonomi negara dan manfaatnya kepada rakyat. Hanya hanya gah pada nama tetapi tiada hasil dan untungnya. Sedangkan pada masa yang sama rakyat semakin menderita dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak berkesudahan.

Sepatutnya dengan wang sejumlah itu ianya boleh diperuntukkan bagi memberikan modal perniagaan, pembinaan rumah orang miskin, biasiswa pelajar miskin dan sebagainya.

Advertisements

3 thoughts on “RM1 Bilion untuk F1: Lebih baik guna bantu rakyat

  1. hatimati berkata:

    pasni naik harga apa plak ye… nak taja apa lagi ye…
    ahhhh gomen kan ada kose. bio je la. nanti dia tau la akibatnya

    • Biarlah dia bazirkan wang tu.Bukan duit kita tu…ntah2 duit riba…atau duit haram mana yg mereka dapat…Kerja keras mereka selama ni.Mereka nak happy juga atas dunia ni.Peduli apa dengan orang miskin,papa kedana,tak perlu risau semua itu.Syabas syarikat swasta kerana RM1 bilion dilaburkan di F1.Semoga kamu dimurahkan rezeki diatas mukabumi ini dan akan mersai kenikmatan azab diakhirat kelak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: