SPR Cadang Undi Pos Tak Munasabah – Dr Hatta Ramli

Tinggalkan komen

Januari 22, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan mempertimbangkan untuk membenarkan para doktor, jururawat dan wartawan membuang undi secara pos dianggap tindakan tidak masuk akal dan tidak munasabah.

“Sepatutnya, kita mengurangkan undi pos bukan menambahkan lagi. Kerajaan yang ada sekarang, seolah-olah tidak rasional sebab buat perkara yang bukan-bukan kebelakangan ini,” kata Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli ketika dihubungi erapakatan.com.

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula, tindakan SPR itu seolah-olah ‘kerja gila’ dan menunjukkan ketakutan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

“Ini mungkin satu taktik BN untuk menang dalam pilihan raya akan datang. Mereka cuba menggunakan undi pos kerana tahu mereka akan kalah teruk nanti,” kata Zuraida.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR berpendapat, negara maju seperti Malaysia tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Bagi beliau, undi pos itu tidak perlu kerana ia akan memberi keuntungan kepada pihak yang berkepentingan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis.

Nota: Era Pakatan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: