DPPWP Persoal Layanan Sekolah Terhadap ‘Wakil Rakyat Haram’

1

Januari 28, 2010 oleh HermanSamsudeen


Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kewajaran tindakan Umno Bahagian Segambut dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut yang membuat kempen pendaftaran Puteri Umno kepada pelajar-pelajar sekolah.

Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan sebenarnya hanyalah gimik pihak Sekolah dan Umno Bahagian untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar sekolah.

DPPWP kesal dengan kecurangan yang ditunjukan oleh pihak Sekolah yang bersekongkol dengan Umno untuk mempolitikan pelajar sekolah. DPPWP mengesa agar pengetua sekolah berkenaan diambil tindakan tatatertib di atas tindakan beliau membenarkan Umno mendaftarkan Pelajarnya sebagai anggota Puteri Umno.

Jika Pihak Kementerian enggan bertindak, DPPWP mahu pihak Kerajaan memansuhkan larangan ke atas semua kakitangan awam, guru dan pelajar yang selama ini dilarang berpolitik.

Sewajarnya hak yang sama diberikan jika pihak Kerajaan benar-benar ikhlas dalam dasar yang direka mereka.

Sebelum ini Ahli Parlimen Segambut, YB. Lim Lip Eng telah dihalang untuk mengedarkan topeng muka H1N1 kepada pelajar.

Begitu juga yang berlaku kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Yb. Dr. Lo’Lo’ Hj. Mohamad Ghazali yang dihalang menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar di dalam kawasan Sekolah hingga terpaksa menyewa Hostel untuk program berkenaan.

Kuala Lumpur kini dikuasai oleh Pakatan yang memiliki 10 Kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional yang hanya ada 1 Kerusi. Tetapi kerana di Kuala Lumpur ini tiadanya Dewan Undangan Negeri maka, Umno dan Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Persekutuan mempergunakan sepenuhnya agensi Kerajaan yang ada termasuk Sekolah untuk kepentingan mereka dan melarang agensi berkenaan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pakatan yang dipilih rakyat.

Lihat sahaja Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Siapa dia di Parlimen? Dia hanya seorang Senator yang dilantik dari pintu belakang Pejabat Perdana Menteri, bukan wakil yang dipilih rakyat.

DPPWP bertegas agar Kerajaan memberikan layanan yang adil kepada semua wakil rakyat dan tidak memperkudakan sekolah dan agensi Kerajaan yang lain untuk meraikan ‘wakil Rakyat Haram’ di Kuala Lumpur.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

One thought on “DPPWP Persoal Layanan Sekolah Terhadap ‘Wakil Rakyat Haram’

  1. alhusseyn berkata:

    SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn.Terima Kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: