Kg. Baru : Pelihara aset orang Melayu – Dr Lo’Lo’

Tinggalkan komen

Februari 14, 2010 oleh HermanSamsudeen


Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohamad Ghazali berkata, beliau menyokong sepenuhnya sekiranya pembangunan Kampung Baru yang tergantung sekian lama disegerakan.

Menurutnya, sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang sudah bertukar ganti turut membuat janji sama kepada penduduk.

“Apa yang dibimbangkan, sekiranya pembangunan dilaksanakan, hak orang Melayu di kawasan Kampung Baru akan terpinggir kerana tiada mekanisme jelas untuk memastikan pemilik aset di kawasan ini iaitu orang Melayu akan mendapat hak mereka.

“Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan satu dana berciri pinjaman mudah dan sebuah konsortium atau perbadanan bagi memastikan pemilik asal tanah di kawasan Kampung Baru kekal memiliki aset mereka sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dr Lo’ Lo’ berkata, penduduk Kampung Baru enggan kehilangan hak mereka dan tidak menyokong pembangunan yang tidak memberikan manfaat secara terus kepada mereka.

Katanya, penduduk mempunyai hak untuk dibabitkan sama dalam projek pembangunan Kampung Baru kerana sebarang cadangan pembangunan adalah membabitkan tanah dan masa depan mereka.

Beliau berkata, semua cadan- gannya itu mendahului kenyataan yang dibuat oleh Mohd Najib baru-baru ini, malah ia juga dikemukakan di Parlimen semasa sesi soal jawab dan perbahasan bagi membawa suara penduduk Kampung Baru serta kampung tradisional di sekitar Kuala Lumpur.

Dr Lo’ Lo’ berkata, dalam kenyataan Mohd Najib berhubung pembangunan Kampung Baru, Perdana Menteri itu menyatakan konsep yang akan diperkenalkan tidak memerlukan penduduk dan pemilik tanah berpindah ke tempat lain serta mereka akan kekal di Kampung Baru dengan kaedah tanah diserah kepada kerajaan dan kerajaan meluluskan semula tanah itu kepada mereka.

“Saya kira, apa yang diperkatakan oleh beliau itu perlu penjela- san lanjut kerana kaedah dinyatakan agak mengelirukan dan kontradiksi dengan kenyataan awal beliau di mana dikatakan penduduk serta pemilik tanah tidak perlu berpindah.

“Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan jika bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu menambahkan kekeliruan dan kekhuatiran penduduk.

“Ini kerana, apa yang difahami daripada kenyataan berkenaan, tanah Kampung Baru akan diserahkan kepada kerajaan dan pampasan akan dibayar kepada pemilik sehingga RM4 juta seorang,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Mohd Najib kelihatan kontradiksi dan kenyataan Raja Nong Chik jauh daripada keyakinan yang cuba ditanamkan oleh Mohd Najib kepada pemilik tanah yang rata-ratanya tidak mahu aset mereka di tengah ibu kota tergadai.

Katanya, terdapat sebahagian pemilik tanah dan pewaris mempunyai pengalaman pahit di mana tanah mereka tergadai kepada bank setelah geran tanah diserahkan kepada syarikat korporat untuk dibangunkan, namun akhirnya mereka kehilangan hak kepada aset itu.

“Pada masa sama mereka tidak mendapat pampasan sewajarnya dan pengalaman ini menyebabkan pemilik tanah sukar meletakkan keyakinan mahupun kepercayaan kepada sesiapapun.

Wujud dana khas

“Saya menyarankan Perdana Menteri agar memperuntukkan satu dana khas seperti peruntu- kan pembangunan Wilayah Iskandar, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), tetapi kali ini untuk pembangunan Kampung Baru,” kata Dr Lo’ Lo’.

Katanya, peruntukan itu harus dikendalikan satu Badan Amanah seperti dijanjikan di mana badan berkenaan mestilah turut dianggotai wakil pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang sememangnya terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata, badan itu juga harus dianggotai oleh wakil rakyat, wakil daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (Mas) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan pusat.

Menurutnya, ia bagi menanamkan keyakinan dalam kalangan penduduk Kampung Baru bahawa pembangunan yang akan dijalankan itu adalah demi kepentingan mereka.

“Badan Amanah ini akan merancang secara bersama kaedah dan mekanisme pembangunan Kampung Baru dengan mengambil kira kebajikan serta hak pemilik.

“Ia juga memastikan pembangunan dimulakan dalam masa sewajarnya dan secara berfasa supaya penduduk tidak perlu semuanya dipindahkan.

“Penduduk juga dapat memilih satu konsortium yang akan menjadi ‘pemaju’ bagi memastikan tiada penyelewengan, ketirisan dan kebocoran berlaku serta pemilik akan mendapat manfaat dengan terus memiliki dan menjadi pemegang saham,” katanya.

Dr Lo’ Lo berkata, selaku wakil rakyat yang dipilih rakyat, beliau akan terus memperjuangkan keadilan dan membela kepentingan rakyat terutamanya pemilik serta pewaris tanah Kampung Baru.

Katanya, beliau dan akan terus memastikan aset orang Islam Melayu yang semakin mengecil serta berkurangan terutamanya di Kuala Lumpur terus dipertahankan.

Status projek Puncak Baru

Dr Lo’ Lo’ berkata, sebelum Mohd Najib datang Kampung Baru, seminggu sebelum menyerahkan jawatannya iaitu pada 30 Mac tahun lalu, Tun Abdullah juga telah datang ke tapak Pasar Minggu bersama Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

“Tun Abdullah melakukan upacara pecah tanah projek Menara Puncak Baru berharga RM500 juta yang melibatkan pembinaan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat mengandungi 392 unit kediaman dan sebuah bangunan 40 tingkat dengan unit pejabat selain tiga tingkat ruang beli belah serta perniagaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, projek itu dikatakan akan dimulakan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh upacara berkenaan dan dijangka siap dalam masa empat hingga lima tahun serta diberikan secara runding-terus kepada pemaju.

Katanya, Abdullah menyatakan pembangunan itu bukan sekadar ditumpukan kepada kediaman semata-mata tetapi juga daripada sudut ekonomi bernilai tinggi yang dapat memberi manfaat kepada penduduknya.

Menurut beliau, bekas Perdana Menteri itu juga memaklumkan bahawa pembangunan Kampung Baru juga perlu mengambil kira aspek alam sekitar selain mengelakkannya menjadi kawasan mundur dalam bandar yang mempunyai segala ciri keburukan dan sesak

“Beliau menegaskan bahawa menara itu akan menjadi mercu tanda Kampung Baru dan turut memaklumkan, selepas pembangunan Puncak Baru, pembangunan di kawasan lain Kampung Baru akan dilakukan.

“Bagaimanapun, setelah hampir setahun projek Puncak Baru diumumkan, sehingga kini ia masih belum bermula,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai status projek berke- naan, Raja Nong Chik berkata, projek itu masih berterusan dan diswastakan kepada pemaju yang ditetapkan.

“Hanya proses daripada segi penswastaan itu masih di peringkat Jabatan Perdana Menteri kerana apabila melibatkan penswastaan banyak syarat perlu diperhalusi supaya apa yang berlaku di Plaza Rakyat tidak berlaku kepada projek ini.

“Mungkin pihak Unit Perancang Ekonomi sedang menghalusi perkara ini dan saya rasa selepas Datuk Seri Mohd Najib melawat Kampung Baru, saya yakin projek ini akan dipercepatkan,” katanya. -Sinar Harian

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: