Kg. Baru : Pemuda PAS Tuntut Nong Chik Minta Maaf, Tolak Akta Pengambilan Digunakan

Tinggalkan komen

Februari 16, 2010 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan ugutan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mahu mengunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi memaksa penduduk Kampung Baru dan beberapa kampung lain sekitar Kuala Lumpur menyerahkan tanah mereka.

Seluruh negara mengetahui bahawa tanah Kampung Baru adalah Tanah Rizab Melayu dan Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa penduduk untuk menjual tanah mereka apalagi mengambilnya secara paksa mengunakan peruntukkan undang-undang.

Kenyataan Nong Chik dalam rancangan Bual Bicara di TV3 baru-baru ini memperjelaskan lagi sikap tidak demokratik dan zalimnya pemimpin Umno terhadap rakyat dan orang Melayu khususnya. Sebelum itu, Najib telah turun di Kampung Baru dan menjanjikan pembangunan di Kampung itu, sama seperti janji-janji manis yang ditabur oleh Mahathir dan Pak Lah Badawi.

Namun, tiada sebarang rundingan dan perbincangan tentang bentuk pembangunan yang diinginkan oleh penduduk. Nong Chik cuba memaksa penduduk menerima Draf Cadangan Pembangunan Kampung Baru oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sehingga ke hari ini masih gagal dibentang di Parlimen.

DPPWP bertegas supaya semua Draf atau cadangan Pembangunan yang dikemukakan oleh DBKL hendaklah dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu selepas menerima maklumbalas dan cadangan rakyat kerana DBKL adalah organisasi yang bertanggungjawab membangunkan ibu negara dan bukannya membangunkan Pekan Koboi yang kecil.

DPPWP mahu Nong Chik meminta maaf serta menarik balik ugutan yang diberikan kepada penduduk Kampung Baru dan semua Kampung yang berkaitan. DPPWP menolak pengunaan Akta Pengambilan Tanah dalam urusan pembangunan dan mahu kaedah rundingan digunakan tanpa ada sebarang maksud yang bertindih atau prejudis kepada kepentingan rakyat.

Kamaruzaman Mohammad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: