Nong Chik ‘tekan’ penduduk Kg Baru melalui perundangan?

Tinggalkan komen

Februari 16, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin seolah-olah mengguna tekanan berbentuk undang-undang ke atas penduduk Kampung Baru agar berpindah segera demi pembangunan di kawasan tersebut.

“Semua penduduk Kampung Baru perlu bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu bagi membolehkan kerajaan melaksanakan cadangan itu secepat mungkin,” kata beliau dalam rancangan bualbicara Soal Jawab di TV3 baru-baru ini.

Tambah Raja Nong Chik, berdasarkan peruntukan undang-undang, bagi melaksanakan sesuatu projek pembangunan secara komprehensif di sesuatu tempat, kerajaan perlu mendapatkan persetujuan semua penduduk kawasan berkenaan.

“Tapi kalau ada yang masih menahan, kita terpaksa cari kaedah undang-undang dan sebagainya,” katanya lagi.

Menurut beliau, kerajaan mungkin mengkaji satu undang-undang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan tersebut bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan keputusan membangunkan kawasan itu.

“Kita sedang kaji undang-undang itu bukan hanya untuk pembangunan di Kampung Baru, malah di kawasan lain yang juga tertahan pembangunannya,” katanya.

Beliau berkata jika cadangan pembangunan semula Kampung Baru itu terlaksana, pemindahan sementara sebahagian penduduknya mungkin akan dilakukan.

Menurut Raja Nong Chik, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sebelum ini berjanji bahawa penduduk Kampung Baru tidak akan dipindahkan dan kebajikan mereka akan terpelihara.

Bagaimanapun, tambah beliau, penduduk di kampung tersebut, mungkin terpaksa dipindahkan buat sementara waktu bagi membolehkan kerja pembangunan Kampung Baru dijalankan dan kajian berhubung perkara itu sedang dilakukan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: