Bahtera BN hampir benar karam..

1

Februari 23, 2010 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Bahtera BN sudah sampai ke penghujung jalan, dan sudah tidak keruan. Layarnya sudah putus di terbangkan angin, manakala lantainya sudah banyak yang pecah-pecah. Erti kata lain, ia sudah hampir benar tenggelam.

Kelmarin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata beliau akan meninggalkan Parti Progresif Penduduk (PPP) jika Mahkamah Tinggi mengesahkan beliau bukan presiden parti itu yang sah.

Mahkamah dijangka mendengar pada 1 Mac ini permohonan Murugiah supaya pengisytiharan Tribunal Timbang Tara Malaysia (Mate) bahawa beliau adalah presiden PPP yang sah dikuatkuasakan.

“Tapi sekiranya saya tewas, saya akan tinggalkan parti bersama-sama 210,000 ahli PPP di seluruh negara yang kini berada bersama-sama saya.

MCA sudah tinggal nama dan sejarah, sebegitu dengan MIC, Gerakan sudah tidak bergerak lagi, manakala parti serpihan lain, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja lagi. Kini PPP bergerak mengikut arus kebangkitan rakyat. Yang kononnya nampak kukuh hanyalah UMNO, itupun kerana berada di persada kuasa.

Ternyata benarlah telahan banyak pihak, bahawa parti yang berasaskan kepada perkauman sempit sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman. Parti berasaskan bangsa sudah menjadi kuno, lapuk dan tidak diterima rakyat lagi. Rakyat sudah mula mengenali bahawa Malaysia dikongsikan bersama dengan bangsa-bangsa yang lain.

Rakyat hanya mahu melihat Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang adil dan saksama untuk semua puak dan kaum. Justeru, yang paling relevan sepanjang zaman sudah tentulah parti yang memperjuangkan keadilan semua pihak. Dan yakinlah, bagi umat Islam, bahawa Islam adalah agama yang paling adil.

Buat umat Islam dalam UMNO, kembalilah kepada fitrah sebagai umat Islam dan berikan sokongan kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS).

Buat Datuk T Murugiah dan penyokongnya, berhijrahlah kepada Pakatan Rakyat yang lebih toleransi kaum dan memperjuangkan keadilan semua pihak. Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diperintah sudah membuktikan bahawa semua kaum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Masa ini adalah yang terbaik buat memacu negara ke arah perpaduan dan keadilan kaum seperti di dalam Pakatan Rakyat. Katakan , “Selamat tinggal UMNO, BN, selamanya!”

Advertisements

One thought on “Bahtera BN hampir benar karam..

  1. max berkata:

    BN tidak lagi mempunyai tangan, kaki, otak pun mungkin tinggal separuh dengan kehancuran parti parti komponen seperti MIC, MCA, PPP dan gerakan. sekarang UMNO pula sibuk mencari alat alat ganti ( spare part ciplak) seperti PERKASA, gabungan NGO berumur 1 hari dan lain lain gabungan budak budak hingusan. Tambah lagi dengan desperado dan hi school drop seperti MP Nibong Tebal, Zahrain dan lain kotoran degil dalam PR.

    Baguslah ,PR kini lebih bersih dari dulu, BN boleh lah recycle “benda benda ” ini kalau nak.

    Dalam jangka masa 4 tahun sahaja dijangkakan mungkin ada 4 juta pengundi berdaftar baru. Yang penting untuk PR ialah mengatur strategi menawan pengundi muda ini. Biarlah BN menaburkan jutaan wang, PR hanya perlu menunaikan janji untuk berkhidmat untuk rakyat. PR tidak perlu mengambil short cut kerana ini akan “backfire” kemudian hari. Pasti akan ada the “Divine” intervention yang menyokong perubahan dan pembetulan.

    Saya pasti semua pengundi untuk PR masih setia lagi dan ditambah dengan pengundi baru nanti. kejayaaan PRU 12 akan berulang untuk PR. Kita doakan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: