Cabaran buat lelaki, khususnya anak muda..

Tinggalkan komen

Februari 23, 2010 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

Isu kesamaan gender dalam perkhidmatan awam menjadi perhatian umum. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs),  Ahmad Shah Mohd. Zin mendedahkan demikian baru-baru ini.

Akibatnya ia menjadi suatu polemik besar negara. Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita. Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.

CEUPACS telah mendedahkan fakta dan angka yang boleh diyakini. Soalnya, mengapakah kaum hawa kini mendominasi sektor perkhidmatan awam? Dimanakah kedudukan kaum Adam kala ini? Adakah benar sudah sampai pada sabdaan Nabi SAW bahawa umat akhir zaman ramainya wanita dan sedikitnya lelaki sehinggakan dinisbahkan 1: 50?

Atau mungkinkah lelaki sudah beralih angin dengan memasuki alam perniagaan, atau perkhidmatan swasta. Mungkin, boleh jadi. Tetapi ia belum dibuktikan dengan angka dan fakta.

Atau, jika berlaku dari sudut yang negatif, kaum Adam banyak menginap di Pusat-Pusat Pemulihan Dadah! Tetapi mungkinkah ia berlaku sehingga mampu menenggelamkan penampilan lelaki di sektor perkhidmatan awam.

Kaum lelaki wajar menyahut cabaran ini, terutamanya orang muda. Keluarlah dari kepompongan lalu terjunlah ke sektor perkhidmatan awam, agar jasa dan sumbangan mereka diyakini. Harapan dan impian masyarakat agar kaum Adam mendominasi perkhidmatan awam, dan seterusnya mewarisi kepimpinan negara di masa akan datang masih luas terbentang.

Ayuh kaum lelaki, buktikan bahawa setiap sektor di perkhidmatan awam, swasta mahupun lain-lain mampu diisi oleh kaum lelaki! Lelaki Malaysia masih gagah dan tidak ketandusan, bahkan mampu untuk terus memimpin negara di masa akan datang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: