Golongan muda tidak minat BN: Dr Hasan

1

Februari 23, 2010 oleh HermanSamsudeen


GOMBAK – Barisan Nasional (BN) dilihat kurang menambat hati golongan muda berbanding Pakatan Rakyat (PR) lebih-lebih lagi beberapa isu yang timbul.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, setelah lebih 50 tahun BN memerintah, namun golongan muda belum sedia menyokongnya sehingga parti itu hendak menarik golongan terbabit dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak-pihak yang mewakili kerajaan mahupun swasta dalam mendapatkan sokongan.

Menurut Dr Hasan, isu yang dimainkan sehingga sekarang menjadi salah satu penyebab BN kurang mendapat sokongan dalam kalangan golongan muda terutama pelajar IPT sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga sukar untuk menangani isu yang dibangkitkan.

“Golongan muda hari ini lebih berminat dengan laman sosial Facebook, namun kita dapati artis lebih mendapat pendaftar tertinggi di laman berkenaan berbanding Najib sebelum ini.

“Sepatutnya Najib yang nombor satu dalam Malaysia, seiring dengan konsep 1Malaysia yang dibawanya tetapi gagal menambat hati rakyat dan pemuda lebih memilih PR berbanding BN,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, BN semakin terdesak untuk menawan hati golongan muda dalam parti itu sehingga akan mewujudkan makmal khas untuk mengumpul pandangan daripada golongan muda melalui platform pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN).

Menurut Hasan, beliau yakin pilihan raya umum akan datang dapat membuktikan PR mendapat undian majoriti dalam kalangan golongan itu sekaligus mengekalkan negeri bawah pentadbirannya yang sedia ada dan misi menawan negeri lain.

“Biarpun golongan muda mudi ini nampak bebas namun di hati mereka sebenarnya memerlukan pengisian dan nak cari satu kebenaran dalam hidup seperti ilmu-ilmu agama, berumah tangga dan sebagainya yang tak dapat disediakan dalam BN tetapi ada dalam Pas.

“Bagaimanapun BN lebih kepada projek-projek material semata-mata sehingga lupa mengambil tahu mengenai kehidupan golongan muda yang memerlukan sesuatu untuk keperluan jiwa mereka,” katanya.

Menurut beliau, Pas mengamalkan sikap keterbukaan dalam kalangan golongan muda dan sering mendampingi golongan itu dalam apa jua situasi di waktu gembira, sedih, ketawa susah dan senang bersama.-Sinar Harian

Advertisements

One thought on “Golongan muda tidak minat BN: Dr Hasan

  1. shafifah berkata:

    Siri Sambutan Maulidrrasul 1431H

    A) AHAD , 5 RABIUL AWAL ( 21 FEB)
    MASJID ISTIQOMAH ,
    Kayangan Heights , Subang Permai
    DATO HASAN DIN AL-HAFIZ
    selepas Maghrib

    B) KHAMIS , 11 RABIUL AWAL ( 25 FEB)
    MASJID AL-FALAH USJ 9 ,
    Persiaran Kewajipan, Subang Jaya , Selangor.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD ,
    HABIB ALI AL-HADDAD &
    SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    info : 013-330 9474 (imam)

    C) JUMAAT , 12 RABIUL AWAL ( 26 FEB)

    1.
    MASJID AL-FALAH USJ 9
    QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
    mula jam 3.30 pagi

    2.
    MASJID AL-FALAH USJ 9
    BUAL BICARA MAULIDURRASUL :
    DATO HASHIM YAHYA (MANTAN MUFTI WILAYAH KL)
    & DATIN AMINAH ZAKARIA
    mula jam 9.00 pagi

    3.
    MASJID DARUL EHSAN ,
    taman Tun Abd Razak , Ampang, KL
    mula Jam 3.30 ptg
    info : 019-216 8426 (imam Sabri)

    4.
    MASJID ALBUKHARY
    Dekat Stesyen Monorel Jln Hang Tuah , KL .
    HABIB ADNAN AL-HADDAD
    selepas Maghrib
    info : 012-343 8074 (imam Mohd al-Jufry)

    5.
    MASJID AS-SOBIRIN,
    AU 5, Lembah Keramat
    AL-FADHIL DR. UTHMAN AL-MUHAMMADY
    mula 6.30 ptg

    D) SABTU , 13 RABIUL AWAL ( 27 FEB)

    1.
    YAYASAN SOFA , REMBAU , N9.
    DR MUHAMMAD MU’TAZ AL-HUSAINI (SYRIA)
    5 ptg – 10 mlm

    2.
    YAYASAN AL-JENDERAMI ,
    kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD
    selepas Maghrib

    E) AHAD, 14 RABIUL AWAL ( 28 FEB)

    1.
    PUSAT PENGAJIAN MADRAS AN-NUR
    d/a Rumah Habib Husin al-Juned
    36, Jln Pantai Murni 3, Pantai Dalam, KL
    HABIB ADNAN AL-HADDAD , HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    mula jam 11.30 pagi
    info : 019-331 6617 (syed Mohd Benhafidz)

    2.
    PUSAT PENGAJIAN BEN ALAWI,
    kemensah Heights (belakang zoo negara), Hulu Klang.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD, HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, TN GURU BABA AZIZ, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    Mula jam 5.00 ptg
    info : 019-669 3887

    F) 18 – 20 RABIUL AWAL (4-6 MAC)

    YAYASAN AL-JENDERAMI ,
    kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE

    info lanjut : pondokhabib dot wordpress dot com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: