PERUTUSAN SEMPENA HARI MAULIDUR RASUL SAW TAHUN 1431

1

Februari 26, 2010 oleh pemudawilayah


“AMALKAN SUNNAH SEPANJANG HIDUP”

Alhamdulillah, kita menyambut perayaan sambutan Maulidur Rasul SAW pada hari ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Telah 1431 Nabi Muhammad SAW, utusan Allah SWT serta Nabi yang terakhir pergi meninggalkan kita namun nostalgia kehidupan baginda tidak mungkin dapat kita lupakan untuk kita abadikan dan kenang sepanjang zaman.

Nabi Muhammad SAW adalah insan agung yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Pada diri baginda dalam keseluruhan segi mempunyai suatu contoh yang boleh menjadi contoh dan ikutan manusia seluruhnya. Nabi Muhammad SAW wajar menjadi idola umat Islam khususnya golongan muda. Tindakan, pemikiran, pertuturan, sifat dan keperibadian baginda wajar diceritakan sebagai contoh kepada generasi muda pada hari ini.

Namun demikian, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita tidak seharusnya sekadar berarak dan berselawat sebagai suatu amalan dan adat tahunan semata-mata. Perlu diingat, Abu Lahab bapa saudara Nabi Muhammad SAW turut meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Akibatnya, siksaannya diringankan, tetapi beliau tetap menentang Islam. Kita tidak mahu menjadi umat Islam yang sibuk mengadakan sambutan hari Maulid, tetapi dalam masa yang sama sunnah dan syariat yang diajar baginda kita tentang habis-habisan. Sambutan maulid adalah suatu syiar yang elok, tetapi jauh lebih besar dari itu adalah syariat Islam yang perlu kita amalkan.

Sesungguhnya antara ajaran besar baginda yang perlu kita renungkan bersama adalah perjuangan menengakkan Islam itu sendiri. Dengan air mata dan darah, Nabi Muhammad SAW menggalas erti perjuangan Islam dengan bersungguh-sungguh. Ramai dari kalangan para sahabat baginda berjuang dan mati syahid sebelum sempat melihat Islam itu berkuasa. Keikhlasan, ketabahan dan kesungguhan Rasulullah SAW berdakwah dan berjuang menegakkan Islam dengan pelbagai kaedah perjuangan daripada setempat, berhijrah, berjihad dengan mengangkat senjata sehinggalah kepada perutusan kepada raja-raja dan pemerintah negara.

Justeru, cinta kasih kita kepada Nabi Muhammad SAW  perlu diterjemahkan dalam konteks yang lebih luas. Umpamanya seperti mencintai para ulama’ yang merupakan pewaris Nabi-Nabi (‘Ulama’ adalah pewaris anbiya’– Hadis Nabi SAW), mencintai serta menyertai golongan yang ingin menegakkan Islam, berjihad menentang musuh-musuh Allah, mencintai masjid dan menghidupkan institusi masjid, mencintai ilmu, menjaga ukhwah dalam masyarakat, menegakkan hukum Islam dari sudut pemerintahan, ekonomi, petadbiran, pendidikan, sosial, perundangan dan sebagainya, membenci maksiat dan berusaha membanterasnya dengan bersungguh-sungguh (amar ma’aruf nahi mungkar adalah suruhan Nabi Muhammad SAW) dan lain-lain lagi.

Bagi mengembalikan izzah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW, sudah tentulah kita wajar mendalami ilmu agama khususnya yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW. Lebih dari itu kita perlu menghayati tuntutan agama Islam dari keseluruhan sudut. Islam perlu dipraktiskan dalam segenap kehidupan kita. Islam tidak hanya terletak pada tikar sejadah dan masjid semata-mata, tetapi ia perlu dihayati dan diamalkan di mana-mana.

Semoga sambutan hari Maulidur Rasul SAW yang kita sambut pada tahun ini bahkan pada setiap tahun dapat mengembalikan kegemilangan Islam di negara kita. Saya mendoakan agar umat Islam diberikan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad SAW sebagai insan teragung dan agar umat Islam diberikan hidayah untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW, serta mendoakan agar umat Islam sentiasa berada dalam kesejahteraan untuk memperjaungkan Islam di bumi Malaysia ini.

Disediakan oleh:

KAMARUZAMAN MOHAMAD

KETUA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Advertisements

One thought on “PERUTUSAN SEMPENA HARI MAULIDUR RASUL SAW TAHUN 1431

  1. pejuang melayu berkata:

    setakat ini perjuangan umno dalam memertabatkan islam lebih relevan berbanding Pas dalam pakatan rakyat tetapi PAS punya kelebihan berbanding UMNO kerana dipimpin oleh ulama tetapi malangnya tidak digunakan sebaik mungkin.
    Alangkah baiknya jika kelebihan yang ada pada UMNO dan PAS itu digabungkan. Kenapa PAS takut sangat dengan pemimpin dalam UMNO? Percayalah, rakyat akan memilih pemimpin yang terbaik! Jika Hj Hadi terbaik, tidak mustahil beliau boleh menjadi presiden UMNO. asas kekuatan ummah adalah perpaduan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: