SYABAS KERAJAAN SELANGOR KERANA ENGGAN MENAIKKAN TARIF AIR DI SELANGOR

Tinggalkan komen

Februari 28, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana sanggup berhadapan dengan tindakan mahkamah hanya kerana enggan menaikkan tarif air di Selangor. Dalam kenyataan hari ini melaporkan kerajaan Selangor enggan menaikkan tarif air di Selangor dan Syabas menuntut pembayaran RM 339 juta dalam tempoh 14 hari sebagai pampasan.

Bagi DPPWP, Kerajaan Selangor bertindak secara ‘gentlemen’ dengan mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri atau kepentingan beberapa kerat syarikat tertentu. Meskipun kerajaan Selangor baru berusia dua tahun, namun ketelusan dan kebajikan rakyat tetap diutamakan sepertimana yang dilaungkan sebelum memenangi pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

DPPWP menganggap rakyat Selangor sangat bertuah kerana mendapat kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Sejak kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, tarif air diberikan percuma sebanyak 20 gelen air sebulan kepada rakyat, sesuatu yang tidak pernah diberikan sebelum ini oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan. Dengan keadaan ini, sudah pasti rakyat di negeri lain terutamanya di Wilayah Persekutuan cemburu dengan keprihatinan kerajaan Selangor mempertahankan rakyat.

Sejak akhir-akhir ini pula kenaikan harga barang dan kos sara hidup hampir tidak boleh ditolak. Dengan ura-ura kenaikan tarif eletrik, harga petrol dan diesel, barang keperluan isi rumah dan lain-lain lagi, Selangor pula mengambil langkah melawan arus. Belum pernah terjadi sebuah kerajaan yang sanggup di saman hanya kerana enggan untuk melayan syarikat yang ingin menaikkan tarif air, dan kerajaan Selangor membuktikannya!

Justeru itu, DPPWP menyarankan agar kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri lain termasuk yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sendiri agar mencontohi kerajaan negeri Selangor. Meskipun tanpa kenaikan tarif air akan mengakibatkan kerajaan menanggung perbelanjaan berjuta ringgit sebulan, namun kerana mengutamakan kepentingan rakyat, mereka sanggup menanggung risiko tersebut. Lagipun, hasil pendapatan kerajaan negeri sudah mencukupi buat menampung perbelanjaan urus tadbir negeri asal sahaja ia diurus dengan cara berhemah dan tanpa rasuah.

DPPWP mendoakan agar kerajaan Selangor tetap bertegas mempertahankan agar tarif air jangan dinaikkan. Biarlah rakyat sendiri yang menilai sejauh mana keprithatinan dan keikhlasan kerajaan Selangor memperjuangkan rakyat negeri tersebut serta menjadi sebab untuk rakyat terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Pakatan rakyat Selangor untuk memerintah selepas PRU ke 13 kelak.

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: