Senarai Wakil Rakyat keluar PKR, satu post mortem perlu dilakukan

3

Mac 2, 2010 oleh pemudawilayah


Oleh HermanSamsudeen

Secara peribadi saya mengesyorkan agar Parti Keadilan Rakyat (PKR) SEGERA membuat post mortem berhubung beberapa wakil rakyatnya yang keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas. Paling mendukacitakan, majoriti mereka berpaling tadah menyokong BN. Setakat ini PKR telah hilang 2 kerusi parlimen dan 5 kerusi DUN kerana masalah ini:

Kerusi Parlimen

  1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
  2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng

Kerusi DUN

  1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
  2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
  3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
  4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
  5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah

Pendekatan kepimpinan PKR dalam menghadapi ahlinya yang bermasalah perlu dinilai semula. Berdasarkan rekod, kesemua mereka mempunyai masalah dan tidak puashati dengan kepimpinan parti. Dan kerana itu mereka menerima banyak tekanan dalam parti dan penyokong PKR agar keluar dari parti. Akhirnya mereka terhimpit dan tiada pilihan lain kerana sudah ditunjukan jalan keluar.

Mungkin ia penyelesaian jangka pendek yang berkesan untuk membuang wakil rakyat yang bermasalah dalam PKR. Tetapi untuk jangka panjang, tindakan itu memburukan imej PKR dan Pakatan. Sewajarnya masalah diselesaikan bukannya diketepikan begitu sahaja.

Rakyat pasti kecewa dengan apa yang berlaku dan Umno pasti bersorak kerana berjaya memporak perandakan Pakatan melalui PKR. Ura-ura mengatakan bahawa ada lagi wakil rakyat PKR yang mahu lompat juga tersebar luas. Oleh itu PKR tidak boleh anggap perkara ini sebagai masalah kecil kerana risikonya begitu besar kepada masa depan Pakatan.

Pada saya hanya PKR sahaja yang boleh selesaikan masalah ini dan PAS serta DAP juga perlu berhati-hati. Mungkin juga komponen Pakatan perlu berkongsi pengalaman tentang disiplin wala’ dengan PAS.

Walaupun ramai yang mempertikaikan isu wala’ dalam PAS, namun dalam keadaan sebegini kita akan melihat betapa disiplin wala’ itulah yang akan mempertahankan kekuatan parti. Ada masa kita tidak setuju dengan kepimpinan dan ada masa kepimpinan tidak setuju dengan ahli, namun dengan berpegang pada disiplin wala’ dan thiqah yang diajar oleh Rasulullah segala masalah dapat diselesaikan secara musyawarah dan tolak ansur.

Advertisements

3 thoughts on “Senarai Wakil Rakyat keluar PKR, satu post mortem perlu dilakukan

  1. max berkata:

    Sdr Herman

    1)

  2. max berkata:

    Setiap calon perlu ditapis

    1) Jangan ada calon and tahu berjudi, kemungkinan ada lagi hutang, atau buat satu credit check kalau boleh

    2) Periksa latar belakang keluarga, mungkin ada yang mempunyai isteri tak “berdaftar”

    3) Mungkin ada calon yang sengaja “ditanam” oleh UMNO, terutama kerusi majoriti India atau Cina untuk break the votes

    Pergolakan dalam parti MCA, MIC, Gerakan dan PPP jauh lebih teruk daripada PR.

    Saya bayangkan PR kini semakin dibersihkan dengan semua sampah ditolak masuk kedalam BN, BN yang memang sudah kotor dah lebih kotor dan berbau.

    Perebutan adalak untuk 222 kerusi MP and 500 lebih kerusi ADUN.

    Kita ada hampir 10 m penyokong dalam bayang PR, pasti ada yang calon yang bersih dan professional yang boleh ditarik. Biarkan BN ambil sampah recycle…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: