Halang BN dapat dua pertiga

3

Mac 3, 2010 oleh pemudawilayah


Sebelum ini, berlaku perbincangan atas pandangan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu wakil rakyat melompat parti. Ia memberi natijah bahawa lompat tak boleh, melompat boleh yang bermaksud sebarang tindakan keluar dari perjuangan Pakatan Rakyat adalah tidak boleh, kerana dianggap meninggalkan perjuangan berteraskan prinsip kebenaran dan keadilan yang selari dengan Islam.

Sementara tindakan melompat masuk dibolehkan kerana ia merujuk kepada tindakan untuk meninggalkan perjuangan sekular yang palsu dan zalim, dan kemudian menyertai perjuangan berteraskan kebenaran dan keadilan Islam.

Berikutan itu pula, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah memberi kata dua (Bernama, 23 Januari 2010) kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka akan dipulaukan oleh rakyat jika mengamalkan gejala tidak sihat.  Mungkin maksud gejala tidak sihat itu boleh dikaitkan dengan langkah lompat parti atau membiarkan wakil rakyat bertindak sendirian sehingga berlaku lompat parti. Penting dilihat agar gejala tidak sihat itu tidak berterusan berlaku dalam Pakatan Rakyat. Jika tidak, Pakatan Rakyat akan berdepan dengan perangkap dipasang BN.

Agenda BN

Walau apa pun, perkembangan politik mutakhir ini adalah disyaki sebagai suatu perencanaan perangkap BN. Ia berkaitan dengan percubaan menjayakan agenda BN bagi meraih semula kuasa dua pertiga di parlimen. Maka berlakulah pendekatan membebaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk menyokong BN. Ia selari dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menganggap tindakan keluar parti dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.

Agak logik juga untuk dipercayai, tentang agenda BN itu, apabila bekas setiausaha agung KeADILan, Datuk Salehuddin Hashim menyatakan ‘rasa’ bahawa lebih 10 wakil rakyat yang akan keluar parti.Agenda itu turut disokong media massa, apabila beberapa media cetak dan televisyen serta internet telah bertindak sebagai pemutar gelora kepanasan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk reaktif  bertembung dengan beberapa orator utama. Terbaru ialah ahli parlimen Nibong Tebal yang mengiringi ahli parlimen Bayan Baru.

Lebih awal daripada itu adalah ahli parlimen Pasir Mas dan dijangka mengiringi lagi adalah beberapa ahli parlimen yang bermasalah dengan parti masing-masing. Antaranya,  ahli parlimen yang berdepan dengan jawatankuasa disiplin parti masing-masing seperti Kulim Bandar Baru dan Shah Alam.

Namun, ahli parlimen Shah Alam mungkin tidak bertindak membebaskan diri kerana ia dari PAS dan persoalan yang dihadapinya pula adalah persimpangan pandangan peribadi bukannya parti. Pengalaman wakil PAS Kelantan era penggal pilihan raya 2004 pernah disogok pihak tertentu agar menyertai BN, tetapi gagal. Mereka semua tidak bertindak membebaskan diri. Ia satu bukti kukuh betapa wakil rakyat PAS begitu kental menghadapi alunan perjuangan parti berteraskan Islam.

Tindakan membebaskan diri

Namun kemungkinan tindakan membebaskan diri boleh berlaku kepada mana-mana ahli parlimen yang longgar keyakinannya kepada dasar perjuangan dan prinsip parti masing-masing. Sebagai mana berlaku sebelum ini, kejatuhan kuasa Pakatan Rakyat memerintah Perak dek kerana tiga Adun – Behrang, Changkat Jering dan Jelapang – bertindak membebaskan daripada parti masing-masing lalu menjadi penyokong BN.Sekiranya pihak BN bertekad untuk meraih dua pertiga dalam tempoh terdekat, maka mana-mana wakil rakyat dari Pakatan Rakyat pasti akan dijadikan fokus operasi membebaskan untuk menyokong BN.

Agen BN boleh meneliti senarai ahli parlimen Pakatan Rakyat di setiap negeri yang mencium dan memanaskan masalah dihadapi agar tertarik keluar menjadi ahli parlimen bebas. Sasaran BN hanya perlu meraih empat orang sahaja lagi untuk membolehkan BN mencapai majoriti dua pertiga, iaitu mencukupkan bilangan 148. Kerusi BN di dewan rakyat asalnya sebanyak 140 kerusi, tetapi dua ahli parlimen BN dari Sabah telah keluar BN menjadikan 138 kerusi. Maknanya BN memerlukan 10 orang lagi menyokong BN.

Berdasarkan perkembangan itu, ahli parlimen yang membebaskan diri setakat ini sudah ada tiga orang di Semenanjung – Pasir Mas (simbol PAS), Bayan Baru (KeADILan) dan Nibong Tebal (KeADILan), dua dari Sabah dan seorang yang memang asalnya menang atas tiket Bebas. Menjadikan semuanya enam bertaraf bebas.

Namun, sikap mutakhir ahli parlimen Kulim Bandar Baru boleh jadi beliau akan mirip menyokong BN kerana sikap songsangnya jelas menyanggah prinsip dan fizikal kepartian. Begitu juga sebelum ini, ahli parlimen Indera Mahkota turut menjadi sasaran pembujukan pihak Umno agar keluar KeADIlan berikutan sikapnya yang tidak berpuas hati dengan pengurusan kewangan parti. Bagaimana pula dengan beberapa orang lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat di serata negeri termasuk di Sabah dan Sarawak.

Tekad BN raih dua pertiga

Walau apa pun, jika benar tekad BN untuk meraih sokongan dua pertiga, mungkin akan berulang pendekatan curang BN dengan menggunakan apa sahaja aparatus bagi meraih sasaran. Sebagaimana kes Adun Behrang dan Changkat Jering pernah disabitkan dengan penyiasatan kes rasuah. Lalu mereka itu keluar parti. Sabitan yang sama berlaku ke atas seorang Exco Kedah (KeADILan) yang kemudiannya keluar parti. Begitu pula, sejarah lampau dalam kisah turn-about dan about-turn di Kelantan dan penggulingan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1966. Mereka berjaya di Terengganu, tetapi gagal di Kelantan.Kesemua senario dan jangkaan tersebut adalah landaan krisis yang mungkin dihadapi pihak Pakatan Rakyat.

Mungkin BN tidak akan terkecuali menggunakan isu untuk menambahkan bilangan kerusi Melayu dalam kajian persempadanan baru bahagian pilihan raya bagi menarik lebih sokongan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat menyokongnya. Mungkin akan ada kalangan ahli parlimen Melayu yang tertarik “demi masa depan Melayu” akan keluar dan menyertai Umno dalam sentimen ke arah menambahkan lagi bilangan kerusi Melayu di parlimen mahupun dewan negeri.

Sehubungan itu, kepada parti KeADILan, PAS dan DAP jangan merasai selesa sehingga wujud complacency dengan memandang kecil atau remeh dengan kemungkinan wujud gerakan membebaskan beberapa orang ahli parlimen pada saat ini.

Persidangan wakil rakyat

Di atas peringatan ini, sewajar pihak Pakatan Rakyat peringkat pusat hendaklah mengambil langkah menangani krisis itu dengan bijak dan segera. Antara langkah menangani kemungkinan krisis itu ialah mengadakan cegahan secara kolektif melalui suatu persidangan wakil rakyat dan pimpinan parti-parti Pakatan Rakyat.

Melalui persidangan itu, masing-masing parti hendaklah melaksanakan pemantapan  perjuangan, pemantapan dasar dan penelitian prinsip perjuangan serta mengambil langkah-langkah penyelesaian krisis keyakinan kalangan wakil rakyat agar wakil rakyat dapat mengunci nafsu daripada terjebak dengan pancing BN.

Wan Nik Wan Yusoff

Setiausaha Politik

Menteri Besar Kelantan

Advertisements

3 thoughts on “Halang BN dapat dua pertiga

  1. shafifah berkata:

    Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ke -8 di Yayasan al-Jenderami
    InsyaALLAH, pihak Yayasan Al-Jenderami berserta kerjasama Madrasah Islamiah Al-Jenderami berhasrat menganjurkan Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ke -8 dan butir-butirnya adalah seperti berikut:

    Tema
    “Tradisi Salafussoleh Benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah”

    Tarikh
    18hb – 20hb Rabi’ul Awal 1431
    Khamis, Jumaat dan Sabtu
    bersamaan
    4hb – 6hb Mac 2010

    Tempat
    Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan

    Antara ulama-ulama yang dijangka hadir (sila klik pamplet dibawah untuk paparan lebih jelas)

    Tentatif Program (sila klik pamplet dibawah untuk lebih jelas)


    Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi saudara Faiz – 0123625192.

  2. broooo... berkata:

    Tahniah pada YB yang masih setia kepada “PEJUANGAN RAKYAT” dan tidak mengikut jejak mereka yang memperjuangkan PERUT sendiri!

    walaubagaimana pun perkara ini haruslah diambil perhatian seriuos bukan saja dari pimpinan tertinggi PKR saja malah seluruh kepimpinan PAKATAN RAKYAT perlu berusaha keras menghentikan kerja terkutuk UMNO?bn untuk menjahanamkan PAKATAN RAKYAT.

    Ramai telah maklum megenai hasrat UMno/bn untuk mendapatkan semula mejoriti 2/3 Parlimen untuk membolehkan mereka meminda akta & melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya sebagai stratigi akhir bagi terus kekal berkuasa pada PRU13 yang akan datang.

    Diharap kepada yang berhormat YB2 yang masih kekal berperinsip akan terus berpegang teguh pada asas perjuangan & tidak hanyut oleh limpahan RM yang sedang ditaburkan oleh uMno pengkhianat bangsa. Sedarlah bahawa duit itu adalah duit yang dicuri daripada rakyat!

    “JANGAN KHIANATI AMANAH YANG TELAH RAKYAT BERIKAN!”

    Kepada DSAI tolong buat sesuatu, jangan dibiarkan DSAI terus ditikam dari belakang.
    Dan jangan dibiarkan rakyat terus dibelenggu kebimbangan, keresahan & akhirnya melunturkan sisa semnagat perjuangan yang masih tersisa! Jangan dibenarkan rakyat terus termakan propaganda2 yang ditaburkan oleh Umno?bn, yang kebelakangan ini semakin hebat digerakkan.

    PAKATAN RAKYAT…. please… please…. please…. do something!

  3. khairuummah77 berkata:

    Kami pertubuhan Khairu Ummah memerlukan bantuan untuk menjayakan pembenaan pondok sila layari Blog kami http://khairuummah77.wordpress.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: