“MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DI LOKASI PANAS”

Tinggalkan komen

Mac 9, 2010 oleh pemudawilayah


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

“MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DI LOKASI PANAS”

(10 MAC 2010)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik usaha Polis Kuala Lumpur untuk menambah 47 balai polis berbanding 18 sedia ada dalam usaha mempertingkatkan usaha memerangi jenayah di lokasi-lokasi panas.

Bagi DPPWP, usaha Polis Kuala Lumpur sangat baik bagi membanteras jenayah khususnya di lokasi-lokasi panas sekitar Kuala Lumpur ini. Umum mengetahui jenayah di negara ini semakin meningkat khususnya di bandar seperti Kuala Lumpur. Menambahkan balai polis adalah suatu keperluan memandangkan banyak tempat khususnya di lokasi panas kekurangan balai polis dan ini menyukarkan orang awam untuk membuat aduan. Dengan adanya balai polis juga diharapkan dapat menggerunkan penjenayah-penjenayah yang berleluasa.

Balai polis yang diwujudkan ini pula perlu dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai pusat perlindungan dari sebarang bentuk ancaman dan bahaya. Diharapkan balai polis di Kuala Lumpur adalah tempat paling selamat untuk rakyat bernaung. Dengan kelengkapan yang mencukupi, anggota yang ramai disamping kemudahan asas yang lengkap, tidak ada sebab untuk balai polis tidak boleh menjadi ‘one stop center’ dalam menjalankan kerja-kerja keselamatan.

Justeru, DPPWP mencadangkan selain dari usaha menambah bilangan balai polis sebagai usaha memerangi jenayah, pihak polis juga perlu memikirkan aspek yang lebih luas dalam usaha memerangi jenayah. Antara yang dicadangkan adalah pemantauan yang kerap di lokasi-lokasi panas, membanyakkan CCTV di kawasan awam, membanyakkan balai polis bergerak, meramaikan pegawai polis berpakaian preman, serta bertindak cepat terhadap aduan adalah langkah bijak mengawal jenayah.

Pihak Polis juga perlu meningkatkan integriti mereka selaku pasukan keselamatan yang digeruni dan disegani. Slogan ‘Jangan Rasuah’  seharusnya di jadikan realiti dalam menjalankan tugas. Rakyat secara umumnya ingin melihat pihak polis benar-benar bebas daripada rasuah dan bertindak secara betul terhadap segala kesalahan yang dilakukan.

Akhirnya DPPWP mengharapkan pihak polis terus komited dalam menjalankan kerja-kerja menjaga keselamatan rakyat dari ancaman jenayah. DPPWP sanggup untuk bekerjasama dan bersemuka dengan Polis Kuala Lumpur bagi mencadangkan aktiviti bermanfaat bagi memastikan negara khususnya di Kuala Lumpur ini bebas dari ancaman jenayah.

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: