Jangan ketepi penduduk bangunkan Kampung Baru

Tinggalkan komen

Mac 9, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Rusli Yasmin

PUTRAJAYA, 9 Mac: PAS Wilayah Persekutuan hari ini menghantar satu memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik menggesa pihak kementerian tidak mengenepikan penduduk dan wakil rakyat setempat dalam perbincangan projek pembangunan Kampung Warisan termasuk Kampung Baru.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hj Mohamad Nor kepada Setiausaha Sulit Menteri, Shazri Faiza Faridam pagi tadi.

Ianya mengandungi gesaan agar penduduk Kampung Baru dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali yang dipilih mereka dilibatkan sama dalam perbincangan projek tersebut.

Sebelum ini beberapa bantahan dibuat penduduk kerana didakwa tidak melibatkan mereka dalam projek tersebut sehingga terbaru Nong Chik mengeluarkan kenyataan tidak akan membangunkan Kampung Warisan.

Mohamad Nor ketika mengulas perkara itu berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membangunkan Kampung Warisan itu tepat, tetapi sudah terlambat.

“Apa yang dikatakan Raja Nong Chik semalam tepat tetapi agak terlambat kerana masyarakat telah pun membantah dan keputusan kerajaan sebelum ini tidak melibatkan Ahli Parlimen dan penduduk setempat.

Penduduk kampung juga jelasnya mesti dilibatkan kerana ianya berkaitan tanah dan masa depan mereka.

“Sesuai dengan slogan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, apa sahaja konsep pembangunan yang hendak dicadangkan oleh kerajaan mestilah mendapat persetujuan penduduk disamping mereka tidak perlu berpindah ke tempat lain,” katanya lagi.

Selain itu, PAS Wilayah juga menuntut satu dana khas diwujudkan jika benar mahu membangunkan Kampung Baru dan bukannya menyerahkan sejumlah peruntukan terus kepada individu-individu tertentu.

Apa yang dirisaukan jelasnya, kemungkinan berlaku salah guna kuasa dengan menjadikan peruntukan tersebut sebagai pampasan supaya penduduk Kampung Baru berpindah.

Kerajaan juga tegasnya perlu menyediakan plan pembangunan yang jelas kepada rakyat bagi memastikan pemilikan aset orang Melayu di Kampung Baru, kekal dimiliki oleh penduduk dan pemilik tanah serta dijamin hak-hak mereka.

Kerajaan juga diingatkan agar menggunakan saluran diplomasi serta berhemah dalam sebarang rundingan dengan penduduk Kampung Baru dan sebarang kaedah perundangan adalah kaedah yang terakhir.

Manakala cadangan kerajaan untuk menubuhkan badan khas dibawah Badan Amanah Kerajaan Negeri hendaklah diwakili semua pihak berkaitan termasuk Lembaga Malay Agricultural Seetlement (MAS), Wakil Rakyat, wakil DBKL, dan wakil kerajaan.” katanya.

Kerajaan turut diminta menjelaskan mengenai status projek Menara Puncak baru bernilai RM500 juta yang telah dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 mac 2009 dan status perkembangan draf Plan Bandaraya Kuala Lumpur 2020.-Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: