Pemuda PAS kesal dengan jenayah yang dilakukan oleh bekas ahli parlimen Labuan

1

Mac 9, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa kesal terhadap jenayah yang dilakukan oleh bekas ahli parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman(gambar). Beliau hari ini membuat pengakuan di mahkamah bahawa beliau telah menipu sebuah bank bagi tujuan permohonan pinjaman perumahan.

Beliau mengaku menipu pengurus bank Malayan Banking Berhad, di cawangan Kota Kinabalu pada 3 April 1996 semasa membuat permohonan pinjaman perumahan syarikatnya, Saraequity Sdn Bhd, sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre, di Kota Kinabalu.

Pada ketika itu, beliau masih lagi berstatus muflis dan tidak layak untuk membuat pinjaman. Ketika diawal perbicaraan tahun lepas beliau tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan menipu dengan menggunakan kad pengenalan yang bukan miliknya untuk menjadi penjamin dalam permohonan pinjaman itu.

DPPWP tidak bercadang untuk membahaskan fakta mahkamah secara mendalam kerana itu boleh menghina kuasa mahkamah.

DPPWP hanya ingin menyatakan rasa kesal kerana dengan sikapnya itu, Umno masih tergamak mencalonkannya untuk menjadi ahli parlimen Labuan pada pilihanraya 2004 yang lalu dan kemudiannya melantik beliau untuk menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan sehingga 31 Mac tahun lepas.

Sewajarnya Umno tidak meletakan orang yang sebegini rupa sebagai pemimpin dalam masyarakat di Labuan, apalagi memegang agensi Kerajaan yang mempunyai tanggungjawab besar terhadap rakyat.

Kita tidak tahu, apa lagi yang ditipunya, tapi jenayah ini sudah cukup mengambarkan pada rakyat bahawa Umno sanggup meletakan sesiapa sahaja termasuk penipu untuk menjadi calon mereka. Perkara ini pasti mengecewakan rakyat Labuan kerana selama ini mereka tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh pemimpin Umno.

DPPWP berharap agar rakyat di Labuan pada Pilihanraya akan datang berani membuat perubahan dan memilih wakil rakyat dari parti yang jelas mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai seperti PAS.

DPPWP menghormati kuasa mahkamah dalam menentukan masa depan beliau dan berharap agar Hakim Duncan Sikodol akan memberikan hukuman yang sewajarnya kepada beliau dalam penghakiman terakhir esok.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

One thought on “Pemuda PAS kesal dengan jenayah yang dilakukan oleh bekas ahli parlimen Labuan

  1. labuankini berkata:

    Saudara Herman Samsudeen,

    Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

    Sebagai warga Labuan, saya amat gembira bila saudara menyentuh perkara yang membabitkan Labuan. Saya tidak mengira ideologi politik, PAS, UMNO, DAP, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

    Cuma memang lumrah dalam dunia politik, pihak satu akan menghentam pihak lawan, sesuai atau tidak, kena atau tidak, itu soal nombor dua. Cuma bila menghentam seseorang itu, kumpul dulu fakta-fakta, agar tidak memakan diri.

    Saya mengikuti perkembangan kes mahkamah Dato Suhaili Abdul Rahman sejak sebutan kes pada Mac 2009 lagi. Jika kita teliti dengan betul, kedua-dua pertuduhan awal terhadap Dato Suhaili ditarik pada saat akhir, ketika kes ini baru hendak dibicarakan, atas sebab ketiadaan bukti (Pendakwaraya sebelum ini telah mengeluarkan sepina kepada 12-15 orang untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi. Ketika itu saya berpendapat pihak pendakwaraya sudah mengumpul cukup bukti untuk mendakwa Dato Suhaili, malangnya kedua-dua pertuduhan itu ditarik balik, dan digantikan dengan pertuduhan baru.

    Saya ada bertanya kepada peguam beliau, Sdr. Rakhbir Singh ketika terserempak di lapangan terbang Kota Kinabalu selepas hukuman mahkamah dijatuhkan terhadap Dato Suhaili. Petisyen muflis terhadap Dato Suhaili difailkan pada 1993, dan Dato Suhaili hanya tahu beliau diisytiharkan muflis bila beliau ditahan di lapangan terbang ketika hendak berlepas ke Manila pada 1997. Beliau bertindak sebagai penjamin terhadap pinjaman bank pada 1996 dan ketika ini beliau tidak tahu yang beliau telah diisytiharkan muflis. dari segi teknikal, memang beliau bersalah tapi kita dalam Islam, minum secara tidak sengaja ketika puasa, masih sah puasa kerana tidak sengaja, atau tidak ingat.

    Beliau dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan sehingga Mac 2009, dan menjadi calon Ahli Parlimen pada 2004 tidak menjadi salah, beliau tidak didakwa pada ketika itu. Lagipun pendakwaan terhadap beliau dibuat oleh SPRM, bukannya orang awam atau pihak bank. Jika dilihat rekod bank, pinjaman yang dijamin Dato Suhaili sudah lama dilangsaikan. Jika beliau berniat menipu, pinjaman tersebut tidak akan lunas hingga kehari ini.

    “Kita tidak tahu, apa lagi yang ditipunya, tapi jenayah ini sudah cukup mengambarkan pada rakyat bahawa Umno sanggup meletakan sesiapa sahaja termasuk penipu untuk menjadi calon mereka” – Saya agak kesal membaca petikan ini, kerana sudah tentu saudara tidak membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum menulis artikel diatas.

    Saya tidak kisah kalau saudara cuba untuk menghentam pemimpin-pemimpin Labuan, baik dari BN, PR maupun pemimpin bukan dari dunia politik, tapi biarlah teliti fakta terlebih dahulu. Di tempat lain, mungkin BN dan PR tidak boleh duduk semeja, malah sampai ada kes mesjid dua imam pada satu masa, tapi di Labuan PAS, DAP, UMNO, PBS, UPKO dan parti-parti politik yang lain boleh duduk semeja, bersembang di kedai kopi. Semangat persahabatan lebih diutamakan di sini, dari perjuangan ideologi politik.

    Saya minta maaf kalau saya terkasar bahasa, atau tersasar dari tajuk asal. Niat saya ikhlas, tidak mahu perpecahan di Labuan, dan setiap tuduhan perlulah diikuti dengan fakta.

    Editor Labuan Kini
    http://www.labuankini.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: