PAS KESAL DENGAN TINDAKAN AGRESIF POLIS

1

Mac 10, 2010 oleh pemudawilayah


Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan tindakan agresif dan biadap pihak polis yang menggempur Majlis Sambutan Ulangtahun Pakatan Rakyat WP yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada hari Ahad 7 Mac 2010 lalu. Tindakan phak polis yang hadir bersama  ratusan anggota FRU dan dua trak meriam air bukan sahaja memberi mesej yang sangat negatif terhadap amalan demokrasi di negara ini, malah ia mencabul  hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti  yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Alasan yang diberikan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Abdul Aziz Zakaria bahawa pihak penganjur tidak mendapat permit adalah alasan lapuk yang sangat dangkal dan tidak berasas sama sekali. Ini kerana majlis sambutan tersebut diadakan di dalam premis persendirian milik Kerajaan Negeri Selangor dan bukannya dibuat di tempat awam yang terbuka. Mahkamah Tinggi Kuantan dalam satu kes yang melibatkan pimpinan PAS baru-baru ini telah memutuskan bahawa sebarang program yang dibuat di dalam premis persendirian tidak memerlukan penganjur mendapatkan permit polis. Apatah lagi program sambutan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Ahad lalu adalah satu perhimpunan secara aman yang dimulakan dengan majlis jamuan rakyat dan diikuti dengan ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak ada langsung unsur-unsur kekacauan dan trafik berjalan dengan sangat lancar sehinggalah kehadiran pihak polis dan FRU yang bertindak ganas dan biadap dengan membelasah beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat sehingga mengalami kecederaan yang teruk.


PAS  Wilayah Persekutuan melihat tindakan kasar pihak polis tersebut tidak langsung mengubah persepsi negatif rakyat terhadap polis. Mengapa perlu ratusan pihak polis dikerahkan semata-mata untuk mengadakan sekatan jalanraya dan mengawal setiap kali program anjuran Pakatan Rakyat, sedangkan kadar jenayah di Kuala Lumpur semakin bertambah setiap hari. Adakah program anjuran Pakatan Rakyat kini dianggap lebih merbahaya dari  kes-kes jenayah ragut, rompak, rogol, bunuh, dadah, curi dan sebagainya yang sepatutnya memerlukan tindakan dan pemantau pihak polis. Jelas sekali slogan “rakyat didahulukan” hanyalah  merupakan retorik kosong kerajaan semata-mata.

Apa yang menghairankan rakyat ialah dalam himpunan yang dibuat oleh Pemuda UMNO di hadapan Kedutaan Australia dan perarakan serta demonstrasi haram yang dibuat oleh sebuah NGO  di Pulau Pinang baru-baru ini, mereka tidak langsung  “dijentik” oleh pihak polis. Malah tidak kelihatan pun trak-trak meriam air ataupun tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan haram tersebut walaupun peserta-peserta bertindak liar dengan melakukan pembakaran di atas jalan raya dan membuat ucapan-ucapan yang berbau hasutan dan perkauman.

Apakah terdapat dua set undang-undang yang berbeza di negara ini? Bilamana ia dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, maka undang-undang yang ketat dan disusuli dengan  tindakan yang keras dan ganas akan digunakan. Sebaliknya, jika ia dianjurkan oleh pihak yang pro-kerajaan, maka secara automatiknya pelaksanaan undang-undang tadi  tidak lagi menjadi penting dan dibiarkan sahaja oleh  pihak kerajaan dan polis. Amalan “double standard” yang tidak adil dan tidak bertamadun seperti inilah yang akan membuatkan rakyat semakin bersimpati dan memberikan sokongan yang  berterusan kepada Pakatan Rakyat.

AHMAD ZAMRI B. ASA’AD KHUZAIMI
Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan
Ketua Penerangan PAS Titiwangsa
9hb Mac 2010

Advertisements

One thought on “PAS KESAL DENGAN TINDAKAN AGRESIF POLIS

  1. wan berkata:

    pihak polis hanya tahu majlis makan2 sahaja akan dibenarkan di premis persendirian dan tidak memerlukan permit. seperti majlis kenduri.. dan lain2

    Polis makan.. kerajaan sekarang tolong suapkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: