Tambah Peruntukan Khusus Untuk Elak Pelajar Ikat Perut

1

Mac 14, 2010 oleh pemudawilayah


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

“TAMBAH PERUNTUKAN KHUSUS UNTUK ELAK PELAJAR IKAT PERUT”

(13 MEI 2010)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memandang serius maklumat yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung ada pelajar yang terpaksa mengikat perut berikutan kekurangan wang untuk berbelanja.

DPPWP percaya keadaan ini berlaku kerana keadaan dan situasi semasa yang melanda. Dengan kenaikan harga barang-barang keperluan serta kos sara hidup yang tinggi sudah tentu golongan pelajar menjadi mangsa. Pelbagai tanggungan dan bebanan yang dihadapai termasuk kos akademik yang terpaksa dibiayai oleh pelajar memaksa mereka mengikat perut. Daripada maklumat juga mendapati ramai pelajar yang sanggup bekerja sambilan dan ada yang tidak pulang ke kampung semasa cuti semester semata-mata mahu menampung kos pembelajaran mereka.

Ramai ibu bapa dan pelajar terbeban dengan yuran pengajian yang tinggi terutama di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Meskipun kerajaan menyediakan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun tujuannya bukan untuk memudahkan pelajar, sebaliknya lebih menyusahkan mereka. Dengan kadar faedah 4 peratus yang dikenakan sudah tentu ramai pelajar yang tidak sanggup untuk menerima pinjaman PTPTN. Kesannya pelajar-pelajar terpaksa mencari jalan lain bagi menampung kos hidup mereka di pusat pengajian tinggi. DPPWP bimbang sekiranya pelajar mencari jalan yang salah seperti menjadi pelacur atau GRO di kelab-kelab malam akibat terdesak dalam mencari duit poket.

DPPWP berpandangan Kementerian Pendidikan Tinggi wajar mengkaji kos yuran pengajian di IPTA dan IPTS yang agak tinggi. Yuran-yuran pengajian di IPTA/IPTS wajar diselaraskan mengikut kemampuan ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Agak mengecewakan jika dilihat kepada yuran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Sarjana dan Ijazah Kedoktoran sangat tinggi, seolah-olah menyekat kemahuan dan potensi pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu, DPPWP berharap peruntukan khusus diberikan Kementerian Pendidikan Tinggi kepada pelajar bagi menampung kos pembelajaran seperti subsidi buku, yuran  dan komputer, serta memberi keistimewaan pelajar (privelege) bagi mendapatkan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan, kenderaan dan lain-lain lagi.

DPPWP turut mengharapkan agar faedah 4 peratus pinjaman dalam PTPTN dihapuskan terus bagi memberi keselsaan kepada rakyat. Sebaiknya DPPWP mencadangkan pinjaman ditukar kepada biasiswa. Slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ sememangnya amat bertepatan sekiranya kerajaan memberikan biasiswa bagi menggantikan pinjaman kepada pelajar. Hak rakyat untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka sewajarnya diberi keutamaan oleh kerajaan. Kerajaan perlu mencari jalan menyelesaikan masalah kerana pendidikan adalah aset terhadap pembangunan rakyat dan negara di masa akan datang.

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Pusat

Advertisements

One thought on “Tambah Peruntukan Khusus Untuk Elak Pelajar Ikat Perut

  1. da berkata:

    gambar tu mcm x sesuai.nampak aurat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: