PEMUDA PAS CUBA TANGANI MASALAH ANAK MUDA

Tinggalkan komen

Mac 15, 2010 oleh HermanSamsudeen


AMPANG, 15 Mac: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, Pemuda PAS akan berusaha sehingga dapat menjiwai anak-anak muda dan cuba menangani masalah yang mereka hadapi mengikut kemampuan yang ada.

“Ukhuwah dan persahabatan antara pemuda PAS dan anak-anak muda di luar PAS mesti dihidupkan agar kita dapat tolong-menolong ke arah kebaikan” katanya ketika merasmikan kempen ‘Orang Muda Geng Kita’ peringkat Wilayah Persekutuan dan pertandingan bowling Piala Ketua Pemuda, petang semalam.

Menurut beliau, peranan PAS bukan hanya sekadar berpolitik atau bercakap tentang tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan.

“Peranan PAS adalah menyeluruh merangkumi aspek sosial ekonomi dan politik sesuai dengan sifat Islam yang syumul.

“Sebagai contoh Islam menasihati supaya umatnya beriadah dan menjaga kesihatan, maka kita mengadakan aktiviti sukan seperti bowling pada hari ini,” tambahnya.

Dengan slogan ‘Orang Muda Geng Kita’ Pemuda PAS terus berusaha mendekati anak-anak muda dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan bowling yang telah diadakan di Ampang Point petang semalam.

Pasukan Green Tea menjuarai pertandingan bowling itu dengan 1,975 jatuhan pin mengalahkan pasukan MIG di tempat kedua (1,738) dan Kampung Tasek Tambahan di tempat ketiga (1,732).

Saiful Bahari menjadi pemain terbaik kejohanan dengan 602 jatuhan pin.

Hadiah telah disampaikan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: