Penangguhan GST: Kerajaan Akhirnya Akur Dengan Bantahan Rakyat

Tinggalkan komen

Mac 16, 2010 oleh pemudawilayah


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

“PENANGGUHAN GST: KERAJAAN AKHIRNYA AKUR DENGAN BANTAHAN RAKYAT”

(16 Mac 2010)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menganggap penangguhan bacaan kali kedua rang undang-undang cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Parlimen merupakan satu kejayaan terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan juga rakyat yang tidak henti-henti membantah pelaksaannya.

Penangguhan bacaan kali kedua GST di Parlimen menunjukkan bahawa kerajaan kini mengakui kesan pelaksanaan GST ke atas rakyat. Umum mengetahui dengan pelaksanaan GST ini harga barang-barang akan meningkat termasuk barang-barang keperluan. Dengan pelaksanaan GST ini juga pastinya akan menekan rakyat akibat kenaikan harga barang khususnya golongan berpendapatan rendah. Mungkin kerajaan baru sedar sekiranya mereka meneruskan dasar ekonomi ini sudah tentu rakyat akan menolaknya dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagi DPPWP, alasan kerajaan tidak membentangkan bacaan kedua rang undang-undang perlaksanaan GST kononnya kerana mahu mendapatkan input daripada rakyat tidak boleh diterima. Ini kerana waktu pembentangan GST kali pertama di parlimen, kerajaan tidak sedikit pun menghiraukan pandangan rakyat. Mengapa sekarang apabila rakyat telah mula membantah GST  baru kerajaan mahu mendengar suara rakyat?

Kerajaan juga dilihat berubah dengan keputusan meneruskan GST setelah mendengar ura-ura Pakatan Rakyat akan mengadakan himpunan besar-besaran membantah GST baru-baru ini. Nampaknya kaedah ini sahaja mampu menundukkan kesombongan kerajaan yang sukar mendengar rintihan dan suara rakyat. Ianya sama seperti kaedah terhadap PPSMI, ISA, dan menuntut pilihanraya bersih Hanya dengan himpunan jalanan kerajaan akan buka mata dan membuka pintu rundingan.

Justeru DPPWP mengingatkan kerajaan agar mendengar dan mendapatkan input dahulu daripada rakyat sebelum sesuatu dasar dilaksanakan. Sepatutnya kerajaan mengadakan taklimat khas bagi memberi pendidikan kepada rakyat terhadap apa-apa juga polisi yang melibatkan rakyat. Kerajaan juga perlu mendengar dahulu suara rakyat dan menjalankan kajian mengenai kemampuan rakyat terhadap sesuatu dasar yang akan dilaksanakan. Tidak akan rugi sekiranya kerajaan bersikap berhati-hati terutama terhadap dasar yang melibatkan kepentingan rakyat di negara ini kerana rakyat juga ada hak terhadap negara mereka sendiri.

Disediakan oleh

KAMARUL ARIF AMBAK

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: