TEGURAN UNTUK AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT.

Tinggalkan komen

Mac 26, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Ust. Nasrudin Hassan Al Tantawi
Ketua Pemuda PAS Pusat

Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru semua Ahli Dewan Rakyat agar dapat memulihkan semula ruh dan peranan dewan yang mulia itu selaras dengan harapan dan teguran Yang DiPertuan Agong dalam titah baginda ketika perasmian penggal 15hb Mac yang lalu.

Pemuda PAS berpendapat isu-isu yang melibatkan serangan peribadi, kata-kata yang unparliamentarian, dan isu dalaman parti tidak harus diutarakan dalam dewan. Ini akan mengurangkan keberkesanan fungsi persidangan dewan. Pada sidang mesyuarat ini, hanya kira-kira 20 hari sahaja masa bersidang dan sewajarnya masa yang singkat itu dimanfaatkan untuk mengutamakan perbincangan mengenai isu-isu dasar, polisi dan perkara-perkara yang mustahak dan melibatkan kepentingan rakyat. Tambahan pula, dewan tidak bersidang dalam tempoh yang agak panjang sebelum itu.

Pada masa yang sama, Pemuda PAS menyarankan agar tempoh sesi soal jawab dapat dipanjangkan berbanding hanya 1 jam 30 minit sahaja. Secara puratanya, soalan yang dapat dijawab secara lisan kira-kira 11 soalan sahaja sehari berbanding soalan yang diperuntukkan sebanyak lebih 60 soalan. Pihak RTM pula tidak menyiarkan sidang dewan secara langsung selama 30 minit sepertimana yang telah dijanjikan oleh bekas Menteri Penerangan sebelum ini. Ini kerana selepas satu atau dua soalan yang diutarakan, kemudian RTM akan menyiarkan soal jawab dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ini adalah usaha untuk memperbudakkan rakyat.

Walaubagaimanapun, Pemuda PAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Dewan Rakyat terutamanya daripada PAS dan Pakatan Rakyat kerana konsisten menyuarakan pendirian parti dan hasrat rakyat. Kami turut mengharapkan agar Dewan Rakyat di Malaysia mampu mencapai taraf terbaik diperingkat dunia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: