PAS Mahu Kerajaan Beri Penjelasan Berhubung JK Antara Agama

Tinggalkan komen

April 14, 2010 oleh pemudawilayah


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu kerajaan memberikan penjelasan terperinci berhubung penubuhan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama yang kini menimbulkan banyak tanda tanya dikalangan rakyat negara ini.


PAS melihat bahawa wujudnya keperluan untuk kerajaan memberikan penerangan berhubung kewajaran penubuhan jawatankuasa ini dan juga membuka ruang kepada rakyat untuk memberikan pandangan.


Dalam hal, ini menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk menjelaskan kedudukan sebenar jawatankuasa ini termasuklah garis panduan, bidang tugas dan kuasanya, kekerapan mereka perlu bermesyuarat, serta kepada siapa mereka bertanggungjawab memberikan laporan atau menyampaikan pandangan.


Rakyat juga mahu tahu bagaimana pemilihan keahlian jawatankuasa ini dipilih, tempoh perkhidmatan dan apakah sebabnya wakil Ulama’ dari Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dijemput sama.


Baru-baru ini, bekas anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Ilani Isahak yang dilantik mengetuai Jawatankuasa itu memaklumkan bahawa jawatankuasa tersebut bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama, termasuk pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan.

PAS melihat isu-isu yang bakal disentuh ini amat sensitif. Mahu tidak mahu, ia akan membabitkan perbahasan mengenai perlembagaan. Maka ada juga keperluan bagi meletakan wakil dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Majlis Peguam Malaysia.


Walaubagaimana pun PAS menolak sebarang usaha untuk mempengaruhi pindaan perlembagaan atau dasar-dasar Kerajaan yang boleh menjejaskan kedudukan Islam serta hubungan antara agama dinegara ini.


Oleh itu bagi mengelakkan lebih banyak persepsi dihamburkan kalangan rakyat, maka menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memberikan penjelasan segera melalui wakil-wakil organisasi Kerajaan lainnya, kumpulan masyarakat, NGO, media dan parti politikn sebelum jawatankuasa ini dibenarkan memainkan peranannya.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: