ISU BUANG BAYI – MENGAPA TIDAK KEMBALI KEPADA ISLAM?

3

April 15, 2010 oleh pemudawilayah


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

ISU BUANG BAYI – MENGAPA TIDAK KEMBALI KEPADA ISLAM?

(15 April 2010)

Isu pembuangan bayi dilihat semakin menjadi barah di dalam Negara Malaysia. Satu demi satu kes buang bayi terus dipaparkan di dada media arus perdana. Berbagai cara dilakukan oleh Kerajaan dalam membendung gejala buang bayi ini. Kempen dan program diatur sehingga menelan belanja jutaan ringgit namun dilihat gagal kearah mencapai objektif sebenar iaitu melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi.

Yang terbaru, Pemuda Barisan Nasional (BN) mencari pendekatan baru dalam menangani isu ini. Menurut Pengerusinya YB Khairy Jamaluddin merangkap Ahli Parlimen Rembau, kajian yang dilakukan di makmal itu dibahagikan kepada 4 bahagian kajian iaitu demokrasi, perpaduan, kos sara hidup dan pendidikan. Beliau berkata ketika muncul di Program Hello Malaysia di Bernama TV malam tadi.

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan kembali kepada Islam sepenuhnya dengan maksud melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang termaktub di dalam Al Quran.

Apa yang lebih penting adalah penguatkuasaan undang-undang dan penekanan terhadap pendidikan Islam, bukan sekadar menjalankan kajian. DPPP bimbang pendekatan baru ini akan menjadi retorik semata-mata bagi meraih sokongan politik dan dalam masa yang sama gejala ini menjadi semakin parah.

DPPP berpandangan sekiranya pendidikan Islam tidak dititikberatkan selain perlunya ketegasan oleh pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang, kajian ini pastinya akan menemui jalan buntu dan sudah pastinya wang rakyat hangus dibelanjakan dalam program yang tidak mendatangkan manfaatnya kepada rakyat.

Oleh itu, DPPP menegaskan segala masalah sosial yang berlaku khususnya yang melibatkan isu pembuangan bayi perlu kembali kepada Islam. Hanya Islam sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah.

Jangan hanya melihat kepada kesan atau akibat sesuatu jenayah tetapi apa yang paling penting ialah melihat kepada punca dan dan elemen pencetus . DPPP melihat pergaulan bebas dan zina adalah punca kepada kes buang bayi yang tidak terkawal. Justeru itu pelan penyelesaian pihak berwajib ialah menangani gejala pergaualan bebas dan zina yang kian berleluasa

Kerajaan mesti mengambil langkah nekad dan tegas untuk menutup ruang – ruang maksiat seperti :

A) Kelab malam yang mula bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan .

B) Aktiviti mungkar yang mendorong pergaulan bebas seperti konsert hiburan yang keterlaluan .

C) Filem (melayu atau barat) yang mendorong rangsangan nafsu syahwah

D) Lambakan bahan bacaan yang tidak bermoral di pasaran terbuka

E) Laman web lucah di Internet

DPPP mendesak supaya kerajaan segera mengambil tindakan berkesan dengan memperkayakan aktiviti bermoral dan sarat dengan didikan agama yang membawa masyarakat menghayati konsep dosa dan pahala seperti :

A) Menganjurkan motivasi hidup beragama secara terbuka kepada generasi muda

B) Memperbanyakkan signboard yang mengingatkan masyarakat kepada agama

C) Menurunkan signboard yang mengeksploitasi tubuh wanita yang menghairahkan

D) Insentif kepada mereka yang menggiatkan aktiviti agama seperti SAR & pendakwah

E) Memperbanyakkan Islamic chanel di TV dan radio serta media cetak

F) Menguatkuasakan undang-undang syariat secara berkesan dan serius

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Advertisements

3 thoughts on “ISU BUANG BAYI – MENGAPA TIDAK KEMBALI KEPADA ISLAM?

  1. Dewasa ini , pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh segala pihak dalam membendung gejala ini . Tetapi , malangnya umat Islam Malaysia memandang sepi sahaja usaha ini . Malahan , mereka semakin tak serik derhaka dan laknat …

  2. aku berkata:

    isu pembuangan bayi telah terlampau pada zaman sekarang.cuma satu sahaja jalan penyelesaianya,xpyh nak fikir banyak,semua muslim perlu kembali kepadaNYA dan Undang-undang Islam perlu di gunakan.skrang hanya menggunakan undang-undang yang di cipta oleh orang kafir,sebab itu tiada timbul kegerunan didalam hati muslim itu sendiri.sama-sama kita renungkan dan usaha serta tawakal…

  3. NOORHAZIAWATI BT MUSTAPHA berkata:

    Sikap begini meruntuhkan nilai2 murni dalam etika hidup dan rohaniah manusia itu sendiri. jiwa yg diselami rasa ketidak perimanusiaan dan jahat mengatasi segala undagng2 Allah. Lihat kemulusan dan ketidakupayaan bayi yg dibuanh lebih hina dari binatang. kucingdibelai2 dan inikan bayi yang dilahirkan dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. fikirlah tentang bayi itu sndiri dan jika tidak perlu letak ditempat yg selamat dan dijumpai org. pemaksiat pandai melepaskan nafsu dan tak kan tak pandai strategi memberi bayi pada mereka yg tiada anak. adakah kerakusan sifat ini dieprsalahkan pada ibubapa,persekitaran, kerajaan dan lain-lain.letak pada diri , cari diri sendiri . jahat yg dicari rosaklah jiwa dan baik dicari tenteramlah hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: