Demontrasi APCO di Kg. Bharu

2

April 16, 2010 oleh pemudawilayah


Kuala Lumpur,16 April 2010:Laungan “undur APCO” dan “Hancur Israel” bergema di perkarangan masjid Kg. Bharu hari ini. Lebih 200 orang berkumpul dalam satu himpunan aman bagi mendesak Kerajaan Malaysia menamatkan kontrak syarikat APCO Worldwide yang terlibat dalam mencipta gagasan satu Malaysia yang turut menyerupai gagasan 1 Israel.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Kamaruzaman Mohamad dalam ucapannya menyatakan bahawa Kerajaan tidak wajar mengambil APCO dan Asiasoft Malaysia sebagai penasihat dan perunding bagi kerajaan Malaysia. Asiasoft Malaysia yang juga sebuah syarikat yang ada hubungkait dengan Israel didakwa telah berjaya memasuki sistem keselamatan negara melalui projeknya di ibupejabat Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman. Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pusat, mengesa agar Kerajaan segera menamatkan kontrak bersama kedua-dua syarikat ini.

Ucapan beliau ini disokong oleh Suhaimi Abd Aziz yang juga Ketua Penerangan DPPWP yang turut menegaskan bahawa menjadi dasar negara ini untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan Israel dan juga mana-mana syarikat yang ada hubungkait dengan negara haram itu. 1 Malaysia yang dibawa APCO jelas menyerupai program 1 Israel yang dilancar dinegara itu sebelum ini bagi meningkatkan kebencian rakyatnya kepada Palestin. Beliau juga mahu kontrak APCO dan ASIAsoft ditamatkan serta merta.

Pengerusi GAMIS, Ust. Shafei pula merayu kepada rakyat agar bangkit mendesak Kerajaan supaya menghalau syarikat-syarikat ini dengan segera kerana mereka turut terlibat dalam menganiaya rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel.

Himpunan ini berakhir dengan aman pada jam 2.15 petang.

Advertisements

2 thoughts on “Demontrasi APCO di Kg. Bharu

  1. keyman berkata:

    apasal 200 orang je yang bantah APCO? Nampaknya tahap sensitiviti rakyat Malaysia terlalu rendah terhadap kezaliman zionis…..Malaysia Darul APKO ??????Parah………

  2. AH... berkata:

    APO MU LEH BUEK KALO NR DAH SETUJU SEKONGKONG DGN HINDU PARIA RUMAH PUTIH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: