Pakatan sedia hadapi sabotaj dari Dr. Halili

1

April 20, 2010 oleh pemudawilayah


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak melihat kemasukan Datuk Dr Halili Rahmat ke dalam Umno semalam sebagai satu ancaman besar kepada gerak kerja Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Perkara ini sudah dijangkakan lebih awal dan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon adalah pemilihan yang paling tepat.

PAS juga sudah mendapat maklumat lebih awal bahawa Dr. Halili telah mengarahkan penyokong-penyokong setianya menyamar  untuk mensabotaj gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor dan kita telah terlebih dahulu bertindak membuka bilik-bilik gerakan disetiap UPU sebagai sokongan kepada jentera PKR. Gabungan Jentera Pakatan dari seluruh negara tidak mampu dihalang oleh Dr. Halili dan penyokong- penyokong  yang membelot kepada PKR.

PAS berterima kasih, kerana akhirnya Dr. Halili mengakui identiti sebenarnya, dan ini memudahkan gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor.

Untuk gelombang seterusnya PAS akan mengerakkan full enforcement dari setiap negeri, bagi memastikan gerak kerja berganda dapat dilakukan. Beberapa Markas PAS di UPU Hulu Selangor juga dijadikan markas utama bagi memudahkan gerak kerja. Petugas PAS diminta melaporkan diri di markas-markas yang telah ditetapkan, dan menumpukan kerja-kerja kempen mengikut jadual yang ditetapkan.

BN akan terus berputih mata melihat kesatuan erat komponen Pakatan di Hulu Selangor, yang selama ini sering digambarkan mengalami masalah. Hakikatnya jentera BN di Hulu Selangor belum mampu disatukan ekoran pemboikotan ahli-ahli Umno yang tidak puas hati terhadap Najib kerana memberikan kerusi calon kepada MIC.

PAS akan terus memberikan komitmen membantu jentera PKR untuk kebaikan rakyat di Hulu Selangor yang sudah lama diabaikan BN. Walaupun mereka sudah menang 11 penggal di Hulu Selangor dan menguasai tiga DUN hingga ke hari ini, tetapi masih banyak kekurangan dan pembangunan yang gagal dilaksanakan. Setiap kali pilihanraya mereka berjanji, tetapi habis Pilihanraya mereka tidak peduli lagi. Yang pasti janji BN dulu, Kini dan selamanya tetap sama, iaitu pembangunan dan pembangunan. Itu sahaja yang mereka tahu.

PAS yakin, rakyat yang bijak akan pasti menolak BN di Hulu Selangor. Undilah calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim sebagai signal bahawa rakyat Hulu selangor benar-benar mahukan perubahan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



Advertisements

One thought on “Pakatan sedia hadapi sabotaj dari Dr. Halili

  1. Biasalah orang yang tidak ikhlas dalam perjuangan bila tidak terpilih menjadi calon akan kecewa dan akan keluar parti,cuba tuan-tuan bayangkan sekiranya ianya dicalonkan dan menang pula inilah salah satu orang yang akan menimbulkan masaalah.tk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: