SPR Jangan Jadi Alat Barisan Nasional

Tinggalkan komen

April 22, 2010 oleh pemudawilayah


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

SPR JANGAN JADI ALAT BARISAN NASIONAL

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menempelak SuruhanJaya Pilihanraya (SPR) diatas tindakan memindahkan pusat pengundian lebih 13,000 pengundi di Hulu Selangor. Ini berikutan dakwaan Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Fuziah Salleh yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan bahawa 1/5 atau 13,488 pengundi telah dipindahkan ke pusat pengundian lain. Begitu juga dengan bilangan Daerah Mengundi yang dikatakan meningkat daripada 45 pada pilihanraya umum lalu kepada 47 Daerah Mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar di dalam kenyataannya berkata pemindahan ini dibuat secara sah berdasarkan peruntukan Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958 bagi membuat pembetulan lokaliti dengan mengambil kira aspek ketenteraman awam, lokasi mengundi yang tidak sesuai dan mendapat tempat baru yang lebih sesuai.

Persoalannya, mengapa sekarang baru hendak dibuat pemindahan ketika tinggal hanya beberapa hari lagi untuk pengundi Parlimen P094 Hulu Selangor keluar mengundi? Jawapan Timbalan Pengerusi SPR bahawa pemindahan ini adalah secara kebetulan sahaja amat tidak ‘releven’ sama sekali memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-12 telah 2 tahun berlalu.

Kenyataan SPR berhubung ‘kesilapan sempadan’ dengan memindahkan kira-kira 228 orang pengundi di Hulu Selangor ke Parlimen Selayang adalah merupakan kenyataan yang tidak dapat diterima dan jawapan yang paling bodoh yang pernah dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi SPR. Tindak-tanduk mencurigakan ini membuatkan SPR seolah-olah berpihak kepada Barisan Nasional (BN) sedangkan SPR sepatutnya menjadi sebuah badan bebas dari dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Dengan ini DPPP membantah tindakan ini dan mendesak agar SPR bersikap lebih profesional dalam menjalankan kerja-kerja mereka dan bukan menjadi ‘budak suruhan’ kepada mana-mana pihak.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: