Rupanya Kita Berkepimpinan Peminum Arak!

4

April 23, 2010 oleh pemudawilayah


oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Mengejutkan apabila Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustaffa Ali mendedahkan dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini, bahawa empat Perdana Menteri kecuali Pak Lah pernah minum arak. Ada yang dilihat dengan matanya sendiri.

Pendedahan Dato’ Mustaffa Ali itu sememangnya amat menyedihkan. Memanglah UMNO selama ini telah dipalitkan dengan pelbagai kecurangan dan skandal, tetapi apabila beliau mendakwa ada kejadian yang beliau lihat dengan matanya sendiri, ini menunjukkan betapa parahnya UMNo dan pemimpinnya.

Semua orang mengetahui bahawa Dato’ Mustaffa Ali pernah duduk dalam kerajaan dan kabinet. Beliau pernah menjadi Timbalan menteri suatu ketika dahulu di zaman 70’an. Sudah tentu pelbagai kejadian yang beliau saksikan di depan mata beliau sendiri. Beliau lah yang paling mengenali setiap pemimpin UMNO dulu dan sekarang.
Saya berkeyakinan, beliau tidak bercakap bohong. Beliau adalah saksi hidup yang dapat menceritakan serba serbi perangai hodoh dan buruk pemimpin UMNO. Bahkan yang lebih mengejutkan, katanya lagi, ‘tidak ada pemimpin utama UMNO yang terlepas dari melakukan empat dosa iaitu rasuah, arak, judi dan perempuan. Kadangkalanya ada pemimpin yang ‘pakej’ sekali empat dilakukannya.

Kesian rakyat Malaysia yang terhegeh-hegeh memenangkan pemimpin UMNO. Rasa sayu pada golongan ulama’ yang menyokong pemimpin UMNO. Teringat pada tok-tok lebai dan imam masjid yang bersungguh-sungguh kempen bagi pihak UMNO. Sebak apabila mengenangkan tok-tok guru dan pakcik-pakcik yang berulang kali mengerjakan haji yang masih menyokong UMNO. Simpati pada mereka yang mengajar di masjid-masjid erti dosa dan pahala, tetapi berketua negara kan pemimpin yang minum arak!

Tetapi yang malang, pemimpin ini juga menjaja seluruh negara mengajar erti akhlak dan peribadi yang bersih. Walaupun ia penting, tetapi yang bercakap itu juga melakukannya, apa cerita…

Justeru, tidaklah layak pemimpin UMNO bercakap soal akhlak dan peribadi bersih. Lebih baik mereka menumpukan pada agenda pembangunan negara yang mereka janjikan dulu sebelum bercakap soal sahsiah. Kerana nantinya yang mendengar ucapan mereka akan gelak ketawa dan sorak sorai mengenangkan mereka juga melakukan dosa yang sama.

Advertisements

4 thoughts on “Rupanya Kita Berkepimpinan Peminum Arak!

  1. acik berkata:

    Salam..
    Rasulullah SAW bersabda;
    “Tidak akan masuk syurga orang yang membiasakan minum arak”
    Sabda Baginda lagi;
    ” Siapa minum arak di dunia, Allah akan meminumkannya racun hitam yang menghancurkan daging dan mukanya sebelum ia meminumnya. Jika dia telah meminumnya, maka mengelupaslah daging dan kulitnya hingga menyakitkan ahli neraka. Ingatlah, bahawa peminumnya, penyimpannya, penjaganya, penghantarnya dan yang memakan wangnya, semuanya terlibat dalam dosanya.”

  2. ah sang berkata:

    Pada pendapat saya, Ramai belia tidak percayakan UMNO dan ingin memilih PAS. Tapi di sebabkan PAS memilih DAP sebagai rakan, mereka terpaksa memilih UMNO demi Islam dan Melayu walaupun ramai pemimpin yang rosak. Tak percaya? Hantar la beberapa pemuda PAS untuk membuat survey di seluruh Malaysia.

  3. Najib Razak berkata:

    Tak ada class la kalau tak minum… pemimpin satu dunia minum, tak kan kita nak ketinggalan… Untuk nama baik Malaysia jugak…wakakakakaka.

  4. Pemimpin sejak dulu kala memang itu lah minuman nya. Cuba perembang dalam St. Miguel arak keluaran Filipina sapa pemegang saham dan barisan Pengarahnya. Genting pusat judi Malaysia siapa yang memegang saham nya. Apa kah Datuk Jamil Khir Baharom berani menegur Boss-Boss ini ? Dr. Mashitah tak kan senyum sahaja tumpang share……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: