PERUNTUKAN PRK BN BERJUTA-JUTA RINGGIT, NAJIB MASIH NAFI BN BELI UNDI..

Tinggalkan komen

April 27, 2010 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam menafikan BN membeli undi bagi memenangkan calonnya dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor pada 25 April 2010 yang lepas. Bermati-matian beliau membuat penafian dengan harapan rakyat akan percaya.

Dato’ Seri Anwar pula mendakwa BN telah membelanjakan lebih RM 100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor. Menurut beliau BN telah membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi.

Isu BN membeli undi dalam PRK bukan perkara baru. Membeli undi perlu dipandang dari pelbagai sudut dan faktor, yang penting tujuan dan matlamatnya adalah untuk memastikan pengundi mengundi mereka. Ia mungkin dalam bentuk habuan ataupun peruntukan. Tidak semestinya beli undi adalah dengan membayar setiap pengundi untuk mengundi BN!


Kalau mengikut catatan pengalaman petugas dan juga pengundi di Hulu Selangor, dakwaan DS Anwar mirip kepada kebenaran. Lihatlah sepanjang kempen PRK Hulu Selangor, apakah imbuhan dan ganjaran yang tidak diberikan BN. Daripada menurap jalan, hadiah basikal, hamper, penganjuran program-program ‘mega’, duit sumbangan RM 500 kepada setiap pengundi, RM 1000 kepada peneroka felda setiap seorang, tidak termasuk janji-janji manis yang ditaburkan kepada pengundi.

Najib berhak menafikan pembabitan BN dalam membeli undi. Walaupun sehingga ke setakat ini belum ada pengakuan pengundi diberikan duit untuk mengundi BN, tetapi daripada pengalaman yang lepas boleh menceritakan segalanya.

Dalam PRK di Ijok, secara jelas ada pengakuan mereka yang telah disogokkan duit bagi mengundi BN. Beberapa pengakuan telah direkodkan meskipun tiada tindakan susulan diambil. Dalam PRK di Manek Urai keadaan sama berulang. Ada rakaman video menunjukkan beberapa pengundi yang menukar kertas undi mereka dengan wang atau kamera telefon yang menunjukkan mereka memangkah BN. Begitulah dalam episod beberapa PRK yang lalu. Secara jujur ada pengundi mengaku menerima duit hanya untuk mengundi BN. Menjadi rahsia umum, dalam setiap PRK yang diadakan, apabila malam terakhir sebelum proses pengundian berlangsung, akan masuklah berguni-guni wang kertas ke kampung-kampung dan rumah-rumah bagi membeli undi rakyat.

Penafian Najib itu dibimbangi akan menjadi bahan gelak rakyat. Rakyat berguling-guling mendengar penafian Najib kerana mereka kenal benar watak dan perangai pemimpin UMNO. Buatlah penafian bagaimanapun, selagi nama BN, rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak dapat dipisahkan. Kalau harta bernilai berjuta bahkan berbilion ringgit wang negara boleh lesap, apakah nilainya sekadar berbelanja beberapa juta ringgit untuk membeli undi bagi BN?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: