AKHIRNYA EZAM MENDAPAT APA YANG DIHAJATI…

7

April 29, 2010 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Akhirnya raja katak, Ezam Mohd Nor mencapai apa yang dihasarat dan dicita-citakan iaitu menjadi Senator. Setelah beberapa tahun mencuba dengan  menjilat dan mengampu parti dan pemimpin yang suatu ketika beliau caci akhirnya beliau diterima untuk menjadi Ahli Dewan Negara, bersama beberapa orang pimpinan BN lainnya.

Puaslah sudah beliau. Perjuangan survival untuk ‘mencari tempat’ dan dunia akhirnya berbaloi. Ibarat pepatah politik ‘dari UMNO dia datang kepada UMNO dia kembali’. Ezam kembali ke UMNO dengan lebih garang dan cemerlang. Benarlah telahan orang politik terhadap UMNO, ‘semakin agresif seseorang menyerang pembangkang, semakin zalim beliau bertindak kepada rakyat, maka semakin cepatlah beliau melangkah tangga politik’.

Dahulu beliau ditongkat atas nama besar Anwar Ibrahim. Daripada pemuda biasa, tiba-tiba bergelar Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Kemudian bersama-sama Anwar diterajang keluar dari panggung politik negara. Bersama-sama Anwar dan Azmin dan lainnya melakar lanskap politik baru negara. Beliau ikon anak muda di lewat tahun 1990an. Pemuda yang sanggup berdada dan berdepan dengan apa juga halangan termasuk disumbat ke ISA. Maka ribuan anak-anak muda menurut jejak beliau melaungkan slogan ‘reformasi’. Tag line terkenal beliau yang menjadi ajukan ramai ‘kerana apa?’… sebagai bahan ceramah ramai pemidato handalan.

Beliaulah yang terkenal dengan enam kotak rahsia besar rasuah pemimpin negara. Namun sehingga kini kotak itu masih menjadi misteri. Beliau pernah bersumpah ‘keramat’ untuk tidak akan masuk ke pangkuan UMNO selamanya. Beliau jugalah yang selalu menyumpah seranah pemimpin-pemimpin UMNO kerana penyelewengan dan ketamakan kuasa aparat politik negara. Beliaulah orang yang paling lantang dalam memperkatakan kebobrokan pemimpin UMNO.

Atas faktor itu, ramai percaya Ezam adalah masa depan politik negara. Ezam bakal menggantikan Anwar Ibrahim yang terpasung di penjara. Ezam mampu menenggelamkan sejarah kegemilangan Anwar suatu ketika dulu. Ezamlah segalanya… Namun itu semua cerita lama.

Ramai tidak percaya dan geleng kepala Ezam sanggup melompat parti dan menjilat ludahnya sendiri. Tidak kurang yang terduduk mendengar cemuhan Ezam kepada PAS, PKR dan Anwar Ibrahim. Ada yang masih memain-mainkan VCD dan kaset ceramah Ezam menghentam UMNO tatkala Ezam sekarang berada dipentas UMNO mencerca pemimpin PAS dan Pakatan.

Mengapa secepat itu beliau berubah? Lupakah beliau akan janji dan sumpah keramat yang dilafazkan dulu? Lupakah beliau bagaimana beliau memperkatakan satu persatu keburukan dan kejahatan pemimpin UMNO.  Lupakah beliau bagaimana kezaliman pemimpin UMNO terhadap Anwar Ibrahim? Tidak teringatkah beliau pada prinsip yang dipegang sebelum ini?  Mungkin beliau sudah lupa semua itu.

Kini semua persoalan telah terjawab. Dunia yang dicari sudah ditemui. Perjuangan rupanya adalah atas nama kebendaan, bukan atas nama prinsip.  Wang saku perlu dipenuhkan, anak isteri perlu dikenyangkan, rumah perlu dibesarkan, kereta mewah perlu ditambahkan. Peduli apa pada prinsip, dan peduli apa pada persepsi dan pandangan rakyat, yang lebih penting  adalah kehidupan ini adalah untuk keduniaan. Tahniah Ezam kerana berjaya mendapat apa yang dihajati.

Advertisements

7 thoughts on “AKHIRNYA EZAM MENDAPAT APA YANG DIHAJATI…

  1. Abd Rahman Hashim berkata:

    Baguslah Ezam jadi Senator, boleh debat dengan DSAI di Parlimen. Sebab dia banyak tahu luar dalam DSAI.

  2. armie berkata:

    ezam jadi senator.dulu dalam pkr sanggup bersumpah keramat.keluar pkr habis semua dia buka.Hai umno,umno? dah tak da orang lain ke? Daripada lantik ezam lebih baik lantik wakil dari pembangkang untuk jadi senator.

  3. Azzarro69 berkata:

    Alhamduliilah, nasib baik la aku x jadi manusia macam Ezam ni..

  4. saya adalah seorang yang setiasa mengikuti setiap program ceramah dari dulu lagi hingga sekarang samaada dianjurkan oleh pas atau pkr dan juga selalu mengikuti perkembangan politik semasa melalui akhbar-akhbar samaada yang pro BN atau PR,kalau saya dengar ceramah drp ezam pada pandangan saya sampai kiamat dia tak akan masuk umno walau pun bukan kerana anuar ibrahim tetapi diatas dasar-dasar umno yang pincang yang kaki rasuah dan sebagainya,tetapi apa jadi sekarang yang nyata ezam adalah seorang yang tidak berperinsip suka mencanang dan membawa cerita-cerita tahyol dan fitnah contoh nya bukti-bukti peti hitam tentang anuar,sampai sekarang pun peti hitam belum lagi didedahkan,tetapi bila ada saja pilihanraya samaada umum atau kecil itulah yang akan dicanangkan,apa yang nyata yang tidak boleh diselindungi ialah politik cari makan saja bila masuk umno dapatlah ganjaranya.

  5. kembar ezam berkata:

    kesian ezam politik murahan

  6. manje berkata:

    kesian aku pada ezam. sebab dia tak nampak hukuman ALLAH. apa yang boleh aku kata inilah manusia yang bertopengkan syaitan. kesian kesian…

  7. manbkr berkata:

    UMNO lompat PKR lompat UMNO lompat KATAK itulah EZAM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: