MENANG PILIHANRAYA KECIL,SALAHKAN KAUM CINA

1

April 29, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyifatkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) serta Dato’ Seri Mohd.Khir Toyo, ADUN Sg.Panjang dan juga Ketua Pembangkang DUN Selangor bersifat perkauman dan menghina kaum cina di negara ini.

Dato’ Ibrahim Ali dalam kenyataannya berkata pihak kerajaan harus menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum cina yang dianggap sebagai ‘tidak berterima kasih’ dan ‘tidak menghargai’ atas segala jasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kaum itu.

Dato’ Seri Mohd.Khir Toyo pula menuntut supaya dasar kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan Cina “dikaji semula” supaya lebih memberi penghargaan kepada masyarakat Melayu dan India.

Kenyataan ini keluar setelah melihat sokongan yang diberikan oleh kaum cina kepada Pakatan Rakyat (PR) jauh lebih tinggi berbanding yang mengundi BN di Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor 25 April yang lalu.

Jelas kenyataan ini berbaur perkauman dan berunsur ugutan yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan dikalangan kaum cina. Ini juga bercanggah dengan konsep ‘1 Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak serta amalan demokrasi dalam negara kita. Kenyataan mereka ini boleh mengakibatkan suasana yang tidak stabil diantara kaum.

Tidak sepertimana PR umumnya dan PAS khasnya sentiasa berusaha menjadikan Malaysia negara yang aman damai dan berbilang agama,kaum dan bangsa. Walaupun dalam mana-mana pilihanraya, PR tidak pernah menyalahkan mana-mana kaum sekiranya mengalami kekalahan.

Dengan ini, DPPP menggesa agar pihak polis mengambil tindakan tegas keatas mereka ini berdasarkan ucapan yang berbaur perkauman ini. DPPP juga meminta agar mereka  menarik kembali kenyataan yang telah mereka keluarkan dan meminta maaf secara terbuka serta bertanggungjawab atas kenyataan mereka yang ‘racis’ ini.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Advertisements

One thought on “MENANG PILIHANRAYA KECIL,SALAHKAN KAUM CINA

  1. shafifah berkata:

    Majlis Maulid & Ta’lim Darul Murtadza

    8.30 – Solat Isya’
    9.00 – Bacaan Maulid Addiya’ulami’
    Bacaan Qasidah
    Syarahan
    Doa’
    Jamuan

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU :

    Pengajian Di Ba’alawi KL Minggu Ini

    1. Jadual Pengajian Kitab Bersama Tuan Guru KH Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari : http://wp.me/piAx4-1Co

    2. Majlis Maulidur Rasul SAW & Haul Al-Syeikh Abd Qadir Al-Jilani : http://wp.me/piAx4-1A6

    3. Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-1zt

    4. Kunjungan Sayyidi al-Arifbillah al-Murobbi asy-Syarif Yusuf bin Muhyiddin : http://wp.me/piAx4-1Cq

    5. ZIARAH DAKWAH HABIB UMAR KE INDONESIA : http://wp.me/piAx4-1Cs

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: