PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan

4

April 29, 2010 oleh pemudawilayah


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu “PAS hina Sultan Kedah” hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.

Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?


2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.

Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam- imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.

Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;

  • Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

  • Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistihar an darurat dikurangkan.

  • Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

  • Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera  untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.

  • Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

  • Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.

  • Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.

Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.

Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

4 thoughts on “PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan

  1. UMNO tu dah meroyan bebenor pak

  2. ahmad berkata:

    Bismillahirahmanirhim !
    KUASA ynang direbut oleh mansuia itu hanya sebiji pasir dalam ini. Sebiji pasir itu jadi habuk terbagi kepada berbagai kumpulan.

    Keudukan raja di Malaysia ini sangat berlainan dengan berbagai negara lain. 27 juta rakyat. MELAYU hanya 45-50% sahaja. Begitu kecil tebahagi kepada
    lapan orang raja dengan kausa masing-masing terbatas.

    Krisis kuasa politik dan Perlembagaan pada tahun 1946 dan dalam zaman PM Mahahtir.
    Pembaca. penulis dan UMNO-BN wajib melihaat kembali. Menybut tentang kedaultan. dimana mainan sudah bermula.
    Di negeri-negeri juga berlaku yang terbuka dan yang tertutup. Maka kajilah perlembagaan negeri dan harapan rakyat tentang tanah dan air. Bagaiaman kedudukan dan martabat Islam dalam rukun Imana dan Islam ?
    Bagaiamana kedudukan bahasa Melayu dan budaya yang kian tercemar selama ini ?
    APA DAN PADA DUDUKNYA KEADULATAN BANGSA ?
    HANYA PADA RAJA SAHAJA KE ?
    Politik yang hanya berminat kuasa tanpa dasar keilmuan dan negara merupakan politik yang pura-pura… Maaf. 29 04 2010.

  3. ganu berkata:

    isu 2008 di tganu mmg beno…..malu aku sbgai rakyat ganu.rezab aku ngn umno

  4. manbkr berkata:

    Kalau macam tu UMNO saja yang kebal yang tidak boleh diambil tindakan walaupun dengan jelas telah menghina sultan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: