Jawi Sasar Sifar Gejala Sosial

3

Mei 7, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Melati Ariff

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Krisis dan kerapuhan institusi keluarga masyarakat Melayu sudah lama berakar umbi. Cumanya, keadaan masyarakat yang tertutup pada masa dahulu menyebabkan tidak banyak kes yang didedahkan kepada umum berbanding kehidupan ‘masyarakat tanpa sempadan’ hari ini.

Penghijrahan daripada kehidupan kampung ke bandar terutama bandar raya besar seperti Kuala Lumpur untuk kelangsungan hidup turut mendedahkan institusi keluarga kepada kemungkinan dijerut krisis gejala sosial.

Demikian pandangan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

“Dari semasa ke semasa dunia akan berubah dan hidup kita juga akan berubah. Untuk itu, kita perlu mempunyai ketahanan jiwa yang kuat.

“Jika tidak, semuanya akan habis dimamah keadaan persekitaran yang banyak membuka ruang kepada kita untuk hanyut dalam arus gelombang yang begitu besar melanda umat kita,” kata beliau.

PUNCA GEJALA SOSIAL

Kepincangan institusi keluarga sering dikaitkan sebagai penyumbang utama tercetusnya gejala sosial terutama dalam kalangan anak remaja. Lebih parah apabila ibu bapa bercerai dan anak-anak ketandusan kasih sayang dan perhatian.

Bagaimanapun, menurut Che Mat, kadar kes perceraian di Wilayah Persekutuan masih lagi terkawal dan dijangka menurun kepada sekitar 11-12 peratus tahun ini berbanding 15 peratus pada 2009 dan 18 peratus pada 2008.

Beliau berkata empat faktor dikenal pasti menjadi punca kepada perceraian untuk pasangan di Wilayah Persekutuan.

Pertama, pengetahuan yang agak cetek dalam bidang agama sebelum satu-satu pasangan itu berkahwin.

Kedua, faktor ekonomi di mana ada kalanya sesetengah pasangan mempunyai kedudukan yang baik tetapi mengalami kesulitan kewangan kerana tidak bijak menguruskan kewangan.

Ada juga pasangan yang begitu materialistik, sering membandingkan dengan apa yang dimiliki jiran sehingga mempengaruhi kehidupan berkeluarga mereka.

Campur tangan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya ialah faktor yang turut menyumbang kepada perceraian.

Che Mat berkata pasangan yang menghadapi masalah perkahwinan yang kritikal ialah mereka yang berkahwin antara tempoh setahun hingga lima tahun.

“Lima hingga 10 tahun separuh kritikal sementara 15 tahun ke atas kurang kritikal,” katanya yang turut menyentuh kes pasangan curang yang kemudian menimbulkan isu anak tak sah taraf (anak di luar nikah).

PERLU KESEDARAN

Memandangkan senario kehidupan masyarakat Islam hari ini begitu dihimpit pelbagai tekanan dan isu gejala sosial, JAWI meningkatkan program dakwahnya.

Ini dilakukan di samping menguatkuasakan undang-undang sedia ada iaitu Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah Akta 559 (seksyen 21, 23, 27, 29) mengenai gejala sosial termasuk berkhalwat, bersekedudukan yang boleh membawa kepada hukuman denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Menurut Che Mat, penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya kesedaran dan fahaman agama Islam yang betul.

“Jika masyarakat tidak dididik, sesiapa sahaja pantas menodai undang-undang dan menyatakan mereka tidak faham undang-undang di bawah seksyen-seksyen yang ada,” jelas Che Mat.

DAKWAH BERHEMAT

Secara keseluruhannya Che Mat melihat program dakwah JAWI lebih menjurus kepada usaha menerapkan tingkah laku yang baik.

Beliau melihat masyarakat hari ini semakin bijak berfikir apabila berdepan dengan pelbagai gejala sosial dan lebih mudah menerima pendekatan dakwah yang dijalankan.

Program dakwah JAWI dibahagi kepada dua iaitu dakwah ‘Bil Lisan’ dan dakwah ‘Bil Hal’.

Menerui program dakwah Bil Lisan, jabatan ini melebarkan jaringan untuk mengajak dan membimbing umat Islam negara ini menghayati ajaran Islam menerusi siri ceramah di radio dan televisyen serta nasihat menerusi media cetak.

Amalan dakwah bil hal juga, kata Che Mat mampu merempuh benteng kehidupan masyarakat Islam hari ini yang semakin liberal dan terbuka.

Menurut beliau, dakwah Bil Hal pula lebih menjurus kepada program ‘turun padang’ untuk mendekati kumpulan sasar iaitu mereka yang dipinggirkan masyarakat seperti penagih dadah, pelacur, mak nyah, kutu rayau, kutu malam serta mereka yang melakukan penzinaan.

Che Mat berkata menerusi program dakwah ini yang mengambil pendekatan membantu melalui nasihat, ia membuka ruang untuk JAWI berinteraksi dan lebih memahami keperluan kumpulan sasar.

“Saya sendiri turun padang dan menasihatkan penagih dadah. Ia bukan satu kerja mudah tetapi saya akan usahakan habis-habisan.

“Begitu juga dengan kumpulan sasar yang lain, sebagai contoh anak-anak terbiar di beberapa tempat tertentu di sekitar Kuala Lumpur. Kita ada 250 orang yang kita berikan bantuan sosial supaya mereka boleh menyambung kehidupan mereka,” tambahnya.

Menurut beliau JAWI menghulurkan bantuan untuk anak-anak itu menerusi Rumah Nur Salam yang terletak di Chow Kit di sini.

“Sekurang-kurangnya kita boleh menghantar mereka ke sekolah dan memberi makan dan pakai meskipun tidak sama seperti mempunyai kehidupan keluarga sendiri.

“Anak-anak ini juga tidak merempat di tepi-tepi jalan atau lorong belakang. Keadaan ini jika kita biarkan sudah tentu akan memalukan kita,” katanya.

Bagi mereka yang ditangkap melakukan kesalahan jenayah syariah, Che Mat berkata kumpulan itu tidak sepatutnya dicerca, sebaliknya perlu diberi keinsafan dan kefahaman untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan.

TANGGUNG JAWAB BERSAMA

Di tengah-tengah usaha dakwah JAWI untuk membanteras gejala sosial, Che Mat menghimbau masyarakat kota terutamanya ibu bapa untuk sama-sama memikul tanggung jawab itu.

Satu daripada caranya, jelas beliau dengan nasihat menasihati serta mengamalkan sikap mengambil tahu.

Ibu bapa, tegasnya perlu memberi sedikit keutamaan untuk mengambil tahu tentang tingkah laku dan pergerakan anak-anak ketika mereka keluar ke sekolah atau ke tempat kerja.

“Ketika di kampung dulu, kalau kita bela ayam atau kambing, bila ayam atau kambing tak balik masuk kandang, kita cari seluruh kampung. Begitu juga kalau kita membela kucing.

“Mengapa kita tak transformasikan perasaan itu untuk anak-anak kita? Bila anak-anak tidak balik walau hari dah petang, kita tidak risau seperti kita kehilangan ayam, kucing atau kambing?

“Ini bererti sensitiviti kita tentang menjaga kebajikan anak-anak kita kurang berbanding sensitiviti menjaga haiwan peliharaan.

“Jadi saya tidak hairan jika kenapa hari ini ramai anak-anak yang mengandung luar nikah. Kita kadang kala bukan sahaja letih tetapi begitu kecewa membaca paparan demi paparan mengenai perkara ini,” kata Che Mat.

Menurut beliau, nasihat menasihati juga perlu dalam kalangan jiran tetangga tetapi ia semakin diketepikan dalam kehidupan masyarakat hari ini.

“Apa yang berlaku apabila seorang jiran menasihati jirannya supaya jangan berbuat sesuatu yang tidak baik dan jiran yang dinasihati bertindak kasar dan berkata jangan menjaga tepi kain orang.

“Apakah sepatutnya kita mengeluarkan kata-kata seperti itu sedangkan kita berkata kita orang beriman dan dalam Islam nasihat itu ialah senjata bagi orang mukmin?” kata Che Mat.

MENJAGA ADAB

Jika masyarakat Melayu hari ini lebih cenderung kepada amalan “tidak menjaga tepi kain orang”, masyarakat Melayu dahulu menurut Che Mat amat mengambil berat akan apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka.

Sikap “menjaga tepi kain orang” ketika itu lebih untuk menjaga kesejahteraan dan keselamatan masyarakat kampung di samping mengelakkan pengaruh sosial termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

“Kita malu untuk berkawan dengan budak perempuan yang bukan keluarga kita dan kita juga malu untuk membawa orang perempuan untuk masuk ke kampung kita.

“Malah kita malu untuk bertandang ke rumah anak dara orang atau mengundang anak dara orang tidur di rumah kita. Ini ialah di antara adab yang kita perlu jaga.

“Sekiranya kita berbuat demikian, kita akan dibelasah orang kampung kerana membawa orang perempuan yang bukan mahram kita. Zaman ini pergaulan begitu bebas dan yang lebih mendukacitakan ada yang sampai sanggup membawa lelaki atau perempuan balik ke rumah sewa. Ada juga yang sampai tinggal serumah,” keluh Che Mat selepas berkongsi antara kenangannya membesar di kampungnya di Manir, Kuala Terengganu pada awal 1960-an.

Mungkinkah senario kehidupan yang pernah dilalui Che Mat lebih 40 tahun lalu boleh diterapkan dalam kehidupan hari ini? Apakah tradisi ambil peduli setiap perkara yang berlaku dalam masyarakat serta sekatan pergaulan bebas lelaki perempuan akan dianggap kolot dan sudah lapuk dek zaman?

Ini ialah soalan yang dilontar Pengarah JAWI ini.

“Kekalkan identiti, cara kehidupan kita di kampung dulu dan transformasikannya kepada kehidupan di bandar. Apakah orang akan mencebik dan berkata kita kolot? ” soal Che Mat sambil menambah perkara itu satu muhasabah maruah yang boleh diterapkan di mutakhir ini.

GEJALA SIFAR

Bermula Januari 2010, JAWI memulakan kempen untuk mengurangkan kes jenayah kesalahan syariah dan setakat ini sudah menunjukkan kesannya.

Menurut Che Mat, kes tangkapan berkurangan melalui dua strategi iaitu meningkatkan penguatkuasaan dan program dakwah.

“Pada penghujung 2009, pihak JAWI memperoleh peruntukan yang bagus daripada kerajaan persekutuan yang membolehkan kami antaranya menambah pegawai penguatkuasa.

“Pada masa ini kami ada 85 orang pegawai penguatkuasa berbanding hanya 27 orang sebelum ini. Dengan kekuatan ini, kami tingkatkan penguatkuasaan kepada daripada dua syif kepada tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan empat syif di Putrajaya,” kata Che Mat.

Beliau mensasarkan dapat menurunkan kes jenayah kesalahan syariah di Kuala Lumpur kepada 8 peratus tahun ini berbanding 15 hingga 20 peratus sebelum ini.

“Di Putrajaya, sasaran kami untuk 2010 ialah sifar gejala sosial pada 2010. Kami memang boleh capai berdasarkan langkah penguatkuasaan 4 syif atau 24 jam yang kami buat sekarang,” kata Che Mat sambil menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali membiarkan kesalahan jenayah syariah terus berleluasa.

— BERNAMA

Advertisements

3 thoughts on “Jawi Sasar Sifar Gejala Sosial

  1. ahmad berkata:

    Bismillahirahmanirahim !

    DIMANA dan KEMANA ISLAM INI HENDAK DI BAWA ?
    SIAPA ITU ULAMA ? dan SIAPA ITU “PEGAWAI” ?

    HAMPIR SELURUH KEHIDUPAN UMMMAT ISLAM BERJALAN DI ATAS LANDSAN SISTEM YANG MENOLAK NILAI AGAMA. MALAHAN ORANHG ISLAM MEMEGANG TERAJU HARAM DALAM BANYAK SYARIKAT YANG HARAM DAN BER BENTUK “SETENGAH HARAM” DAN SESUKU HARAM.

    SISTEM PENDIDIKAN TIDAK PUNYA PEGANGAN.
    ULAMA ISLAM DIIKAT DENGAN GAJI DAN AKUR JANJI YANG BERPAUT PADA “PEMBANGUNAN”.
    ISLAM SUDAH DILESENKAN BEGITU RUPA. ILMU YANG TINGGI TIDAK ADA TEMPAT LAGI JIKA TIDAK ADA LESEN.

    LESEN DIIKAT DEWNGAN POLITIK. KUASA POLITIK BERADA DI ATAS SEGALANYA. KEPUTUSAN POLITIKLAH YANG MENYEKAT KEMARAAN AGAMA
    DENGAN TEMBUK OLEH BERBAGAI JABATAN DAN JAWATAN. MALAHAN UNDANG-UNDANG MERUPAKAN PAGAR YANG “GATE”NYA YANG DIKAWAL RAPI OLEH FALSAFAH KEBENDAAN.
    UALAMA DAN TERPELAJAR AGAMA BERJALAN DILORONG-LORONG BANGUNAN YANG DIBEBASKAN. TANPA TOL.

    HENDAKNYA UMMAT ISLAM MENILAI DIRI sendiri dan juga bentuk FALSAFAH atau daya berfikir UALAMA yang BERLESEN.di sekeliling kita sebab kita tidak diizinkan begerak bebas.
    Semua tempat dan sudut sudah lesen “halal”….
    MAAF. `Aq Mei 07, 2010.

  2. ahmad berkata:

    Bismillahirahmanirahim !
    ~(2)
    APA UKURAN SEROANG ALIM dan “ULAMA” ?
    SIAPA MENILAI PENILAINYA ?
    SIAPA MENGHAKIM SI HAKIM ?
    ***
    Mengikuti isu dan berita yang diberitakan sekarang ini, saya membuat kesimpulan bahawa kedudukan sesuatu yang haq (benar) dan yang bahtil, menjadi begitu ketara.
    Yang bathil pecah : ada pecah daripada mulut pelkaunya ; ada yang dibukakan oleh orang lain.

    Kedudukan pangkat dan gelar juga terbuka latar belakangnya. Ada yang benar dan ada yang bathil.
    PEMIMPIN di aras puncak, atasan, menengah dan bawahan terbongkar kepalsuan dan kebathilan tentang “status” dan peranan maing-masing. Macam gelar dan pangkat, seperti gorengan di gerai pasar siang dan malam.
    AMARAN : pecah di mulut, pecah di perut, penyakit itu dan ini terkena pada jasad diri dan anak isteri kian parah. BENCANA LALAM berbagai jenis sudah melanda dan akan parah lagi mendatang. LIHAT AL QURAN tentang istilah HAQ dan BAHTIL ADA ENAM AYAT YANG USAPAYA MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM berwaspada. Begitu beberapa ayat yang mengisi “KUN FAYAKUN”.

    Antara lain : Ayat 21 surah Sajdah menyatakan balasan Allah berlakunya “balasan azab” di dunia lagi sebelum menerima azab yang besar di akhirat.

    Bentuknya berbagai, langsung dan tidak langsung ; terutama orang yang menggunakan agama sebagai
    alat menghalalkan yang mungkar.

    ULAMA SUDAH JADI ALAT NAFSU DIRI DAN “IKATAN”
    DALAM SISTEM KEHIDUPAN YANG MEREKA TERLIBAT walaupun atas nama dan “cap” agama.
    MAKA buatlah selidikan diri sendiri dan pemimpin tanpa prasangka.

    ULAMA : SIAPA MENGANGKAT MEREKA JADI ULAMA ?
    ULAMA adalah jama disewdut daripada perkataan ALIM.
    APA SYARAT JADI ALIM / “ULAMA” ? APA BUTIRAN PENGESAHANNYA ?
    ALIMNYA DALAM BIDANG APA ?

    Pertanyaan anatara lain : Mengapa perjuangan ulama dalam parti terkuat {UMNO umpamanya] sering tersangkut di siling atap saja ? Mereka kaku
    mengadapi isu yang luas dan tercabar !

    APA itu “mufti”, kedudukan dan peranan ?
    APA itu fatwa ? bagaiamana dengan kedudukan “ijma ulama” ?
    SIAPA yang menilai majlis fatwa itu ?
    SIAPA MENILAI PENILAI ?
    DAN KEMANA PERGINYA MAJLIS “IJMA ULAMA” yang menjadi sumber hukum (fiqh) selama zaman berzaman ini ?
    APAKAH IA SUDAH DIBOLOT OLEH INSTITUSI fatwa PULA ?
    SEBAGAI SEORANG YANG KURANG ARIF, SAYA INGIN DAPAT PENJELASAN DARIPADA PEMBACA BUDIMAN, terutama mereka yang ada “lesen”.
    Maaf. ~Aq Mei 08, 2010.

  3. ahmad berkata:

    Bismil-laahir-rahmaanir-rahiim !
    KEPADAN YANG DIHORMATI UALAMA dan ULAMA-PEGAWAI di mana sahaja mereka berada dan bertugas.

    KESALAHN MEMAKAI ISTILAH DAN SISTEM KEHIDUPAN YANG DIPAKAI.:
    1) GEJALA : (i) Gejala ertinya alamat, tanda-tanda akan terjadinya sesuatu ;
    (ii) alamat penyakit
    Gejala jenayah belum jadi kes jenayah. Gejala jenayah timbul daripada hasil sistem sesuatu bidang
    atau badan yang didirikan bagi menjalankan kehidupan manusia dalam berbagai bentuk. Umpamanya ada festa ratu catik yang memakai bikini atau copeng di kelengkang “dihalalkan” dengan lesen. Ini adalah hasil dari sistem nilai budaya yang menolak nilai agama (Islam umpamanya). Peminat budaya ini dizahirkan oleh pegangan politik pembangunan jasmani. Konsep CANTIK bagi “FALSAFAH GREEK-ROMAWI” YANG MENDARAH-DAGING DALAM DUNIA POLITIK SEKARANG INI IALAH “WANITA BOGEL” atau perempuan TELANJANG dengan ukuran “DPP”, iaitu
    DADA, PiNGGANG dan PUNGGUNG ~potongan gitar !
    Sukan dan Olympic merupakan pe,banguna jasmani tanpa pembinaan otak dan nilai agama apa pun.

    Bagi saya, sedih merasakan bahawa ALLAH / ISLAM sudah “dimahkamahkan” demikian rupa IA BERADA DILUAR dari “AL-QURAN, HADITH, IJMA ULAMA, QIAS dan URUR.”

    Penulisan ini hanya tambahan pendik ; ini adalah sekadar menyumbang secebis pendapat kepada ULAMA-PEGAWAI yang punya lesen dalam agama.
    MASYARAKAT ISLAM JADI TERTUTUP MULUT DAN KAKU dengan segala hafalan, gelaran dan berbagai ijazah tertunduk mengayu kaki di loroang-lorong “hutan batu” tanpa tol dan kawalan bersenjata. Ini saja tafsiran segera saya.
    Maaf.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mei 2010
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: