Judi Bola-Kerajaan Diingatkan, Malaysia Bukan Macam Negara Haram Israel

2

Mei 7, 2010 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengingatkan Kerajaan khususnya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein bahawa Malaysia ini bukan macam negara haram Israel.

Judi adalah haram bagi semua agama di negara ini. Tidak ada agama yang menghalalkan tabiat judi yang jelas merugikan kewangan rakyat dan negara.

Kita bukan negara Israel yang bebas melakukan apa sahaja termasuk perjudian dan kemaksiatan yang ditegah Allah selama ini. Jangan jadikan APCO sebagai alasan untuk Kerajaan menjadi badut kepada dasar-dasar Yahudi Zionis ini kerana mereka pun tahu hanya dengan judi mereka boleh rosakkan umat Islam dan negara yang dipimpin oleh umat Islam.

Rakyat mahu kerajaan mengharamkan judi dan memerangi industri haram ini hingga ke akar umbi. Kerajaan pun tahu bahawa begitu banyak aktiviti judi haram dinegara ini. Sepatutnya kerajaan meningkatkan usaha membasminya bukan menghalalkannya untuk mendapatkan keuntungan. Jika lesen dikeluarkan pun, tetap akan ada aktiviti judi secara haram. Oleh itu, Kerajaan tidak perlu menimbangkan apa-apa permohonan untuk perjudian sempena Piala Dunia 2010 bulan hadapan.

Rakyat tidak redha dengan kepimpinan yang ada kerana sanggup mencampur adukan hasil negara dengan sumber yang haram seperti judi dan arak. Amat memalukan bila yang mahu meluluskan lesen ini adalah kalangan menteri-menteri yang beragama Islam.

Memang rakyat tahu, Umno tertegak dengak duit judi bermula dengan loteri kebajikan diawal penubuhannya. Tetapi selepas 64 tahun Umno tertubuh, kenapa judi masih mahu dijadikan agenda besar dalam ekonomi negara.

Menteri Agama dan ustaz-ustaz Umno begitu bangga menyebut didepan rakyat bahawa mereka mahu jadikan Malaysia ini sebagai, Baldhatun toyyibah warabbun ghafur atau negara yang makmur serta mendapat pengampunan dan keredhaan Allah. Tetapi dengan dasar dan cara pemerintahan sebegini negara ini akan terus mendapat kemurkaan Allah.

Jika sebelum ini kita sedih melihat tsunami, tanah runtuh, pelbagai kemalangan ngeri dan kemelesetan ekonomi. Tapi apakah semua itu tidak memberikan keinsafan kepada kita. Sampai bila Umno mahu bergantung nyawa dengan wang hasil judi.

DPPWP mengesa para Ulama,’ Majlis Fatwa serta rakyat keseluruhannya bangkit menentang tindakan Kerajaan ini. Umno harus belajar membiasakan diri mereka berjauhan dengan maksiat perjudian ini. Jika tidak, jangan terkejut jika suatu hari nanti generasi Umno akan datang membina kasino-kasino mewah diatas kubur-kubur mereka.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

2 thoughts on “Judi Bola-Kerajaan Diingatkan, Malaysia Bukan Macam Negara Haram Israel

  1. yassir berkata:

    Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

  2. […] Judi Bola-Kerajaan Diingatkan, Malaysia Bukan Macam Negara Haram … […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mei 2010
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: