SEJAK BILA JUDI MENJADI HALAL?

4

Mei 7, 2010 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz –

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Ramai yang terkejut dan merasa tidak percaya dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berhubung cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen perjudian bolasepak sempena Piala Dunia 2010.

Datuk Dr Awang Adek Hussein memberi alasan jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Mudahnya alasan beliau. Hanya kerana judi akan terus berleluasa tanpa kawalan, maka dihalalkan aktiviti perjudian.

Patutlah pusat perjudian terbesar di Asia yang terletak di puncak Genting diberikan permit dan lesen untuk beroperasi. Patutlah juga pusat-pusat perjudian tumbuh bercambah di setiap daerah dan negeri. Rupanya mereka beroperasi secara sah dan berlesen. Kerana takut ia akan terus beroperasi secara haram , maka ia diberikan lesen dan dihalalkan!

Sejak bila berjudi dan aktiviti perjudian menjadi halal? Sudah turunkah hukum Islam yang menghalalkan perjudian di akhir zaman ini? Agaknya mungkin persepsi dan pandangan Datuk Dr Awang Adek, sekiranya diberi lesen dan ianya sah disisi kerajaan, maka berjudi menjadi halal. Yang haram judi hanyalah sekiranya ia beroperasi tanpa lesen atau permit rasmi kerajaan.

Lebih mengharukan lagi beliau menyatakan bahawa hasil judi boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Maksudnya sumber yang haram (hasil berjudi) boleh digunakan untuk tujuan yang baik (sukan). Suka diingatkan ramai atlit dan pegawai sukan di negara ini adalah beragama Islam. Adakah mereka hendak menyuap makanan mereka sehari-hari hasil dari pendapatan judi? Kalau digunakan untuk prasarana seperti stadium, lihatlah apa yang terjadi kepada stadium di Terengganu yang runtuh. Apakah Dr Awang Adek mahu menyaksikan siri keruntuhan stadium kesan dari hilangnya keberkatan akibat meraih pendapatan dari hasil judi.

Dalam Islam berjudi hukumnya haram. Meskipun ia dinamakan dengan apa sahaja dan untuk tujuan apa pun, kalau ia adalah untuk aktiviti perjudian, hukumnya tetap haram. Walaupun bolasepak merupakan sukan paling popular di didunia, dan mungkin ia melibatkan jutaan peminat yang mungkin menjadi pengundi BN dalam setiap PRU, namun kalau ia adalah larangan yang datang terus dari Allah, maka ia wajar diharam terus. Tidak ada khilaf dan alasan lagi.

Berjudi hukumnya berdosa besar. Ia seumpama dadah, arak, zina, rasuah dan lain-lain dosa besar. Kalau alasannya meraikan bukan Islam, maka tidak wajar Malaysia meletakkan Perlembagaan Islam sebagai agama rasmi negara. Susah sangatkah mencegah aktiviti perjudian berbanding dengan dosa yang terpaksa ditanggung negara dan rakyat kesan dari hasil judi yang telah dihalalkan di negara ini?

Advertisements

4 thoughts on “SEJAK BILA JUDI MENJADI HALAL?

  1. aku cakap berkata:

    jenuh la JAWI…
    TOTO, MAGNUM, DAMACAI tu pon xlarat nak kepong org melayu berjudi…lagi tambah judi…hadoi…

  2. hanafi berkata:

    askom..saya nak tanya apa kesudahan isu judi ini..jika judi ini diteruskan juga..saya cadangkan kita buat bersih edisi ke-2 merangkumi semua masalah2 yang dibawa rakyat sperti kekejaman polis-”israel” menembak sesuka ati,penghakiman,judi,dadah,rasuah,pelacuran dan perkara2 yg dilakukan oleh kerajaan-bn-yahudi tetapi tidak dketahui rakyat..dan saya minta jika kita lakukan protes secara aman tetapi dikcau oleh polis”yahudi” kita buat mcam dekat thailand tak pun kita tangkap polis”yahudi” kita pijak dorang.. sesungguhnya puak2 thogut ini mesti diajar..

  3. hanafi berkata:

    Takbir..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar…

  4. hanafi berkata:

    dorang mesti diajar…saya masih tak puas hati mengenai kjadian di masjid kg baru pda 14.05.2010 baru2 ini..saya ada disana..dan tuan rajan itu mesti diajar..saya msih ingat salah laku yang dilakukan oleh dia di doraisamy pada thun lepas tetapi tiada bukti jew..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Mei 2010
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: