DALAM KEADAAN DARURAT BOLEH TINGGAL SOLAT?

3

Mei 10, 2010 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Inilah hukum yang pertama yang saya pernah dengar mengenai dibolehkan tinggal solat dalam keadaan darurat. Sebelum ini saya hanya mendengar dan membaca dari kitab-kitab fiqh mengenai rukhsah solat dalam keadaan pelbagai. Antaranya solat dalam keadaan musafir, solat dalam keadaan perang, solat dalam keadaan sakit dan sebagainya. Pokoknya solat tetap wajib dilakukan dalam apa keadaan sekalipun. Hanya orang yang gila (hilang ingatan), lupa, tidur, dan mati sahaja diharuskan tidak bersolat.

Hukum kedua, dalam keadaan darurat boleh tidak mandi wajib (junub). memang betul ada hukum tu, tetapi digantikan dengan tayammum, itupun kalau sekiranya ketiadaan air ataupun sakit. Tayammum boleh menggantikan mandi wajib.

Dalam kes Saiful Bukhari, nak tergelak dan marah bila membaca jawapan balas beliau apabila disoal oleh peguam Karpal Singh. Beliau mengaku menjadi muslim yang baik, tetapi tidak mandi wajib dan bersolat selama 3 hari, bukan 1 waktu!

Dalam keadaan darurat apakah beliau boleh meninggalkan solat dan mandi wajib? Kalau benar beliau dirogol atau diliwat, mengapa sejurus selepas kejadian beliau dirogol beliau tidak lapor pada polis dan rujuk ke hospital. Mengapa hanya selepas 3 hari baru beliau rujuk ke hospital. Tidak mensucikah beliau kesan dirogol itu?

Mungkin Saiful terkesan dengan kenyataan Dr Mashitah suatu ketika dulu, yang mengharuskan melacur sekiranya dalam keadaan darurat. Justeru, darurat adalah alasan paling baik meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim.

Soalan mungkin timbul pula selepas ini, apakah nilai muslim seorang Saiful Bukhari itu. Dan bagaimanakah status sumpah laknat beliau, bolehkah sumpah seorang fasik (yang meninggalkan solat) dipercayai dan diyakini?

Yang memalukan lagi, yang bertanya soalan adalah seorang Punjabi (Karpal Singh) yang sudah tentu tidak beragama Islam. Tetapi beliau mengetahui serba sedikit hukum Islam yang langsung Siaful tidak terjangka untuk ditanya. Jelaslah, Saiful dimalukan oleh seorang yang bukan Islam.

Semakin lama kes ini semakin menjijikkan. Tembelang satu demi satu mulai pecah, dan kelihatan di khalayak. Bagaimanakah konspirator selepas ini menyusun ayat dan skrip agar dapat menghilangkan kecacatan yang semua rakyat sudah mengetahui. Nantikan hari esok dan jawapan yang menggelikan hati dari Saiful…

Advertisements

3 thoughts on “DALAM KEADAAN DARURAT BOLEH TINGGAL SOLAT?

  1. alberangque berkata:

    Inilah maksud kata-kata Ustaz Ismail Kamus, “Bila buka mulut maka terbuktilah bodohnya”.
    Nasib kau lah Saiful, 1 Malaysia tahu kau ni memang tak cerdik. Dahlah pointer ketika belajar kurang dari 1.0 (bukti pertama kau tak cerdik dari segi akademik) ini pula bukti kedua kau tak cerdik dari segi rohani. Manakala dari segi segi cerita yang dimahkamahkan ini pula bukti tak cerdik dari segi fizikal. Nampak lah juga si sayfool ini tak cerdik dari segi emosi. (EQ lemah)
    Lengkaplah kurang cerdiknya sayfool ini dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Juga kurangnya IQ, EQ dan SQ.
    Kah, kah, kah…….

  2. syahrizam P2313 berkata:

    takbir! memang lawak si saiful ni, sakit perut kawe gelak

  3. budu berkata:

    Apa nak kutuk-kutuk, buat banyak dosa aja. Apa salahnya tunjukkan jalan yang betul kepada yang jahil itu lagi baik. Kapal Sing tu lagi tak pernah mandi junub. Apa yang dia reti tentang agama Islam? Sepatutnya kita orang Islam rasa malu kerana mentertawakan seorang kapir laknat mempersendakan ajaran Islam secara terbuka.
    Aku bukan nak sebelahkan budak tu. Selama ini ramai yang terkaung-kaung ingin tahu kebenaran dunia di Mahkamah. Jadi biarlah kes tu berjalan dulu sehingga selesai. Hanya Allah s.w.t saja yang tahu apa sebenarnya berlaku.
    Lebih baik berzikir dari mengutuk orang. Dapat dosa percuma aja. Kita sama-sama ingat mengingati. Insyaallah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mei 2010
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: