Perhimpunan bantah lesen judi, konsert bertukar kecoh

2

Mei 14, 2010 oleh HermanSamsudeen


KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang berhimpun membantah kelulusan lesen bertaruh Piala Dunia dan penganjuran sebuah konsert, di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini petang ini.

Polis menahan seorang lelaki dalam lingkungan 30an yang cuba menghalang polis meleraikan perhimpunan itu yang diadakan selepas solat Jumaat. Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil. Sedikit kekecohan berlaku apabila lelaki itu enggan menyerahkan pembesar suara yang dipegangnya tetapi polis berjaya meleraikan perhimpunan itu pada 2.30 petang.

Pemangku Ketua Pemuda Pas Wilayah, Herman Samsudeen, ketika ditemui mendakwa pihaknya meminta tempoh lima minit daripada polis untuk mengadakan demonstrasi secara aman namun tiba-tiba ia bertukar sebaliknya.

“Kami hanya berhimpun secara aman untuk melahirkan rasa tidak puashati terhadap kelulusan lesen judi dan konsert itu sahaja,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata polis tidak bertindak kasar sewaktu meleraikan perhimpunan itu.

Pihak berkuasa dilaporkan memperbaharui lesen bertaruh Piala Dunia kepada sebuah syarikat baru-baru ini bagi tujuan mengurangkan kegiatan pertaruhan secara gelap.

Perhimpunan itu juga membantah kelulusan pihak berkuasa untuk penganjuran sebuah konsert di ibu negara.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, sebelum ini dilapor mendakwa penganjur konsert diberi kebenaran mengadakan konsert dari 7 petang sehingga 7 pagi dan ini melanggar garis panduan persembahan sesebuah konsert. – Bernama

Advertisements

2 thoughts on “Perhimpunan bantah lesen judi, konsert bertukar kecoh

  1. ahmad berkata:

    1. ahmad, di Mei 8, 2010 pada 7:05 am
    Bismillahirahmanirahim !
    ~(2)
    APA UKURAN SEROANG ALIM dan “ULAMA” ?
    SIAPA MENILAI PENILAINYA ?
    SIAPA MENGHAKIM SI HAKIM ?
    ***
    Mengikuti isu dan berita yang diberitakan sekarang ini, saya membuat kesimpulan bahawa kedudukan sesuatu yang haq (benar) dan yang bahtil, menjadi begitu ketara. Yang bathil pecah : ada pecah daripada mulut pelakunya ; ada yang dibukakan oleh orang lain yang bercakap benar dengan latar belakangnya yang baik..

    [ HAQ itu adalah daripada ALLAH dan JANGAN KAMU RAGU. ~AL baqarah : 137 ; Al Imran : 60. Seterusnya baca Yunus 94 ; Al Isra 81 ; Saba : 14 dan Saad 84, isyaAllah, ia dibca dan berdoakan untuk menghalang dan menghapuskan fitnah, yang kini hampir setiap hari terdengar dan terbaca. ]

    Kedudukan pangkat dan gelaran juga begitu : ada yang mendapatnya secara yang boleh dipersoalkan. Macam-macam bentuk dan caranya. Lantas terbongkar maka terbuka latar belakangnya. Ada yang benar dan ada yang bathil.

    PEMIMPIN bertakhta di aras puncak, atasan, menengah dan bawahan sedang terbongkar dengan kepalsuan dan kebathilan tentang “status” dan peranan masing-masing. Ada yang ber entuk fitnah bagi menjatuhkan satu sama lain. Rebutan nafsu : pangkat, harta, kuasa dan pengekalannya.
    Manusia rakyat ditutup mata dengan berabgai macam gelaran dan pangkat kuasa. Ia jadi murahan seperti jual gorengan di gerai pasar siang dan pasar malam.

    AMARAN : Maka berlakulah penyakit di mulut, pecah di perut : itu dan ini Yang doktor pun pusing fikiran untuk menemukan jenis penyakit. BALA dari Allah dikenakan di dunialagi. Ia terkena pada jasad diri dan anak isteri kian parah. Langsung tidak langsung, tetap ada. Ia dinamakan bala meskipun dalam bentuk kegembiraan dan kemewahan. Ada kosnya setiap satu kes. Yang “terlepas” kejahatan dinamakan ISTIDERAJ, …..ALLAH BIARKAN DAHULU SEHINGGA PADA AKHIRNYA IA ATAU MEREKA MASUK GAUNG YANG MENGHACURKAN DENGAN HARTA YANG HARAM. Biar, biarkan dia dan mereka itu.

    BENCANA ALAM datang dalam berbagai jenis dan bentuk. Ia sudah melanda sedang melanda dan akan parah lagi ia sedang mara . Maka lihatlah dan bacalah AL QURAN tentang istilah HAQ dan BAHTIL ADA ENAM AYAT YANG perlu ditalaah. Semoga yang masih mahukan Islam dan yang benar BERAGAMA ISLAM berwaspada. Sedia dengan ilmu perancangan. Begitu juga talaah beberapa ayat yang mengisi kata “KUN FAYAKUN” dan amaran dan larangan dalam “jalan raya kenabian” kepada Allah. .
    Antara lain : Ayat 21 surah Sajdah menyatakan balasan Allah berlakunya “balasan azab” di dunia lagi sebelum menerima azab yang besar di akhirat.
    Bentuknya berbagai, langsung dan tidak langsung ; terutama orang yang menggunakan agama sebagai
    alat menghalalkan yang mungkar.

    ULAMA SUDAH JADI ALAT NAFSU DIRI DAN “IKATAN”
    DALAM SISTEM KEHIDUPAN YANG MEREKA TERLIBAT walaupun atas nama dan “cap” agama.
    MAKA buatlah selidikan diri sendiri dan pemimpin tanpa prasangka.
    ULAMA : SIAPA MENGANGKAT MEREKA JADI ULAMA ?
    ULAMA adalah jama disewdut daripada perkataan ALIM.
    APA SYARAT JADI ALIM / “ULAMA” ? APA BUTIRAN PENGESAHANNYA ?
    ALIMNYA DALAM BIDANG APA ?

    Pertanyaan anatara lain : Mengapa perjuangan ulama dalam parti terkuat {UMNO umpamanya] sering tersangkut di siling atap saja ? Mereka kaku
    mengadapi isu yang luas dan tercabar !
    APA itu “mufti”, kedudukan dan peranan ?
    APA itu fatwa ? bagaiamana dengan kedudukan “ijma ulama” ?
    SIAPA yang menilai majlis fatwa itu ?
    SIAPA MENILAI PENILAI ?
    DAN KEMANA PERGINYA MAJLIS “IJMA ULAMA” yang menjadi sumber hukum (fiqh) selama zaman berzaman ini ?
    APAKAH IA SUDAH DIBOLOT OLEH INSTITUSI fatwa PULA ?

    SEBAGAI SEORANG YANG KURANG ARIF, SAYA INGIN DAPAT PENJELASAN DARIPADA PEMBACA BUDIMAN, terutama mereka yang ada “lesen”.
    Maaf. ~Aq Mei 08, 2010.
    Balas

  2. arah berkata:

    PAS mesti saman Pemuda Umno

    FITNAH PAS SETUJU MENGAMBARKAN ALLAH DENGAN KONSEP TRINITY

    KolumnisSemasa: Anti Judi : Pembangkang Patut Cermin Muka Dulu
    Posted on Thursday, May 20 @ 16:19:14 MYT
    Topic: Kolumnis

    Adam Jalil

    Pas yang bersetuju Allah digambarkan dalam konsep triniti, hari ini sibuk membantah isu lesen pertaruhan bola sepak piala dunia. Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan misalnya meminta Menteri, Datuk Jamil Khir dan para mufti menentang keras kebenaran ini.

    Sebelum Pemuda Pas mencabar sesiapa eloklah mereka mencabar pimpinan mereka di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menarik semula lesen premis judi yang berada di negeri-negeri ini.

    Sungguhpun semua lesen judi diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, namun lesen membuka premis perniagaan termasuk judi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Oleh kerana PBT di kelima-lima negeri ini di bawah Pakatan Rakyat maka kita cabar mereka menarik semua lesen kelulusan berniaga bagi premis judi ini.

    Ramai kita tidak bersetuju dengan judi. Namun ramai orang bukan Islam sudah menjadikan judi ini budaya mereka.

    Bukan setakat tikam nombor, malah kepeutusan pilihan raya negara ini juga sekarang ini di kawal oleh bookies yang pro DAP. Sebab itu di banyak kawasan Cina majoriti, BN kalah.

    Sebagai muslim yang tinggal di Malaysia kita hanya ada dua pilihan ketika ini:

    1. Memilih parti yang mengatakan Allah ada anak bernama Jesus dan tidak salah mengatakan Allah dalam konsep trinity.

    Parti ini juga sungguhpun tidak mengeluarkan lesen hiburan baru tetapi membiarkan kegiatan perjudian haram, rumah urut dan vcd cetak rompak berleluasa bagi menguntungkan rakan dalam pakatan mereka.

    atau

    2. Memilih parti yang meluluskan lesen judi dan arak tetapi turut membuat undang-undang menghalang orang Islam berjudi atau minum arak.

    Sudah tentulah jelas pilihan kita.

    Usahlah buang masa berdemontrasi isu judi sukan sedangkan semua macam tikus dalam kepuk padi apabila berhadapan isu kalimah Allah.

    Luluskan lesen judi haram tetapi BERSENGKONGKOL DENGAN PARTI YANG MELINDUNGI JUDI HARAM, RUMAH URUT DAN KEGIATAN SAMSENG TIDAK HARAM?

    Kita cabar Pas dan Pakatan Rakyat tarik semua lesen premis judi di negeri Selangor.

    Kita juga cabar Pas tutup semua pusat perjudian haram yang berselindung di sebalik kafe siber di Selangor jika benar mereka mahu menghapuskan perjudian.

    http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9799

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Mei 2010
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: