Kerjasama erat PAS-PKR-DAP menangkan Pakatan di Sibu

1

Mei 17, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Nazri Abdullah

SIBU, 17 Mei: Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam.

Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod (gambar) berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini.

“Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat.

“Pilihan raya ini kita dapat lihat kerjasama cukup padu dan jitu dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Usaha kuat ketiga-tiga jentera parti dalam Pakatan Rakyat ini juga jelasnya turut dirasai calon DAP yang telah menang, Wong Ho Leng dan diakui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri.

Dengan keadaan masyarakat Sibu yang kurang terdedah dengan maklumat dan hanya mendengar sebelah pihak, kemenangan kali ini dianggap berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan jentera Pakatan Rakyat.

Ianya juga membuktikan, strategi kempen rumah ke rumah sangat berkesan menangkis tohmahan BN yang meggunakan seluruh saluran yang mereka ada.

“Kalau melihat kepada bendera di rumah-rumah, kita rasa memang kita kalah.

“Rupa-rupanya mereka tidak mahu dilihat bersama dengan Pakatan Rakyat, tetapi mereka sebenarnya mengundi kita,” katanya.

Selain itu, mengulas ringkas kekalahan memalukan BN pula beliau berkata, antara lain dilihat berpunca dari protes kaum Melayu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, masyarakat Melayu di beberapa tempat sepeti di Nangka, Pelawan dan Seduan kecewa dengan layan tidak sama rata Najib yang beberapa kali datang berkempen.

Najib, katanya seperti meminggirkan masyarakat Melayu Melanau di situ kerana mungkin yakin mereka pengundi tegar BN.

“Saya belum lihat secara keseluruhan lagi, cuma mungkin pengundi Melayu protes terhadap Najib.

“Najib datang tiga kali tapi bertemu dengan bukan Melayu dengan menawarkan pelbagai insentif,” ujarnya.

Dalam pilihan raya kecil semalam, Wong Ho Leng yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.

Advertisements

One thought on “Kerjasama erat PAS-PKR-DAP menangkan Pakatan di Sibu

  1. ahmad- berkata:

    Bismillahirrahmanirrahii

    Mahu jadi pemimpin kami ?
    JANGAN ANGKUH : HORMATILAH FIKIRAN ORANG LAIN.
    =====================================
    1~APA YANG DICADANG DAN DIRANCNAG ITU LIBATKAN SEMUA PEMIMPIN YANG BERKAITAN.

    2~Guna tenaga profdesional atau pakar ; jangan banyak bercakap dan hanya menegur.

    3. PERKARA PENTING DAN BESAR IALAH keseluruhan sistem dan PERATURAN PILIHANRAYA diperbaiki dan DITAATI OLEH SEMUA YANG TERLIBAT.
    Umpamanya
    AWAS ‘buku daftar penguundi’ dengan salinannya sama dengan apa yang didedahkan untuk semakan.
    AWAS~ TONG DAN KERTAS UNDI.
    AWAS~KAD PENGENALAN : hendaklah diteliti oleh wakil calon dan tanda tangan dengan cop parti atau calon.
    AWAS~WAJAH PENGUNDI JIKA DAPAT DIAMBIL GAMBAR SETIAP PENGUDI YANG MASUK KE BILIK.
    AWAS-UNDI POS dengan memakai warna tertentu (hijau biru atau merah) kertas bagi pilihan calon. Satu peti untuk kertas undi satu lagi untuk yang tidak dipilih.

    Banyak lagi cadangan yang saya kirim kepada PAS dan PKR dulunya. MALANGNYA PEMIMPIN JADI BONGKAK, angkuh dan sombing dengan kemenangan yang terbatas. BUKAN MAHU TERIMA KASIH MEJAWAB tetapi dibakul sampahkan sahaja.

    SEGERAKAN KHIDMAT DALAM BIDANG KEHIDUPAN SEGERAS RAKYAT. CONTOH : SYARIKAT KERJASAMA BARANG ASAS DAPAUR
    KHIDMAT upah murah/sederhana untuk membuat bayaran seperti air, elektrik, cukai perjalanan untuk ke
    tempat tertentu termasuk anak-anak ke sekolah.
    SEKIAN MENGENANG SIKAP ORANG POLITIK “PEMBANGKANG” YANG MAHU MENANG– SEKALI IMBAS DI WAKTU PAGI mAAF JIKA TERIMA.
    ~Aq ~20 MEI, 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Mei 2010
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: