PAS Perlu Wujudkan Modul Latihan Khas Untuk Dewan Himpunan Penyokong

3

Mei 17, 2010 oleh HermanSamsudeen


Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kelab Penyokong PAS (KPP) yang bakal dinaiktarafkan kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hujung minggu ini.

DPPWP melihat bahawa ini adalah satu langkah bijak pimpinan untuk menarik lebih ramai mereka yang bukan Islam untuk bersama-sama bernaung dibawah kepimpinan PAS.

Kejayaan PAS memecahkan kepercayaan lama masyarakat bukan Islam terhadap dasar perjuangan Islam yang dibawa PAS melalui slogan PAS For All membuktikan bahawa PAS mampu menjadi parti politik yang dinamik dan dominan dimasa depan.

Hari ini sahaja kita mendapat begitu banyak permintaan dari mereka yang bukan Islam untuk bersama dengan PAS. Mereka menyertai Kelab Penyokong PAS dan berkerja bersama-sama ahli PAS yang lain.

Dalam keghairahan ini, DPPWP melontarkan satu lagi pandangan yang harus diambil serius oleh peringkat kepimpinan khususnya dalam Lajnah Perpaduan Nasional dan DHPP. DPPWP berharap agar satu modul latihan diperkenalkan bagi membimbing ahli-ahli DHPP supaya lebih memahami dan menjiwai perjuangan PAS.

Perkara ini pernah disentuh dalam ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar tahun lepas. Dalam ucapan itu beliau menyebut;

“….Sebagai satu proses memperkasakan Kelab Penyokong PAS, maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS. “

Kita tidak memaksa mereka yang bukan Islam untuk memeluk Islam, tetapi kita mahu mereka belajar cara kerja Islam dalam PAS disamping saling berkongsi cara kerja terbaik dalam masyarakat mereka khususnya bagi kaum Cina dan India supaya boleh memberikan manfaat kepada PAS.

Jika ahli PAS sedia ada kita galakan menyertai Usrah, Tamrin serta pelbagai program kepimpinan dan latihan lainnya, maka ahli DHPP juga berhak untuk menerima sesuatu dari PAS untuk diri mereka. Kita tidak mahu mereka hanya didaftarkan sebagai ahli tetapi tidak memahami hasrat keseluruhan perjuangan PAS.

Kita tidak mahu mereka hanya terlibat membantu untuk kempen PAS semasa Pilihanraya atau semasa hari-hari perayaan dan program tertentu sahaja. Kita mahu mereka bersama-sama kita disemua tempat termasuk seminar dan kuliah supaya kita dapat saling memperkukuhkan kerjasama.

DPPWP yakin mereka akan lebih seronok bersama PAS jika kita ada satu modul yang serius untuk mereka memahami kenapa mereka perlu bersama PAS dan apa yang PAS boleh berikan kepada mereka.

DPPWP mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dalam DHPP diatas sokongan mereka kepada PAS.

“PAS For All”

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

3 thoughts on “PAS Perlu Wujudkan Modul Latihan Khas Untuk Dewan Himpunan Penyokong

  1. hussin.abdaziz berkata:

    jangan lupa subjek yang penting yang perlu dimasukkan ke dalam modul latihan – wala’!

    dewan himpunan penyokong pas akan mampu mengajar sdra muslim dalam pas erti wala’, insya’ Allah.

  2. […] This post was mentioned on Twitter by Herman Samsudeen. Herman Samsudeen said: PAS Perlu Wujudkan Modul Latihan Khas Untuk Dewan Himpunan Penyokong : http://wp.me/p4bSS-2dk […]

  3. ahmad- berkata:

    Bismillahrirahmanirrahiim

    JIHAD HAQ MELALUI ILMU
    =====================
    ULAMA PERLU BERJIHAD DENGAN ILMU PENGETAHUAN. tugas mereka ialah PERBETULKAN pendekatan DAKWAH
    dan PERBAIKI SISTEM KEHIUDPAN ORANG ISLAM.
    ORANG ISLAM PERLU DIBAWA MELALAUI JALAN RAYA KEPADA ALLAH IALAH. JALAN atau LEBUH RAYA itu mempunyai LORONG HUKUM FIQH : HALAL, HARAM, MAKRUH, WAJIB, SUNNAT, HARUS SEBAGAI UKURAN DAN PERTIMBANGAN.
    JIHAD MEMERANGI KEMUNGKARAN DAN MEMBERSIHKAN DIRI SENDIRI MASING-MASING. INI YANG DIPERLUKAN,

    JIHAD PERANG DAN BUNUH ORANG LAIN BUKAN TARAF KEWARASAN YANG ADA PADA KEBANYAKAN TERPELAJAR ATAU ULAMA.
    .
    SEBAB MEREKA SENDIRI MASIH BERADA DALAM LUMPUR HARIAN KEHIDUPAN, BUKAN BEGITU ?
    BUNUH DIRI TIDAK MEMPUNYAI KESAN PEDRUBAHAN BESAR KEPADA SELURUH SISTEM MUNGKAR ADALAH SIA-SIA.

    MAKA GUNAKAN ILMU SEBAGAI ALAT MENEGAKKAN KEBANRAN atau HAQ.

    HAQ itu daripada ALLAH. Gunakan akal yang waras dan rujukan yang sah.
    PERBETULKAN FALSAFAH KEPIMPINAN, PENDIDIKAN DAN BIDANG KEHIDUPAN YANG SEKARANG SUDAH TERLAJAK …

    Maaf.
    ~AQ~ mEI 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Mei 2010
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: