Pemuda PAS mahu Majlis Fatwa Bincang Hukum Bukan Islam Menjadi Peguam Syarie

2

Mei 17, 2010 oleh HermanSamsudeen


Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Majlis Fatwa Kebangsaan berbincang dan mengeluarkan satu fatwa yang boleh dijadikan garis panduan terhadap dasar untuk melarang atau membenarkan bukan Islam memohon menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.

DPPWP melihat kes Victoria Jayaseelee Martin yang memohon menjadi Peguam Syarie di Wilayah Persekutuan sebagai satu kes yang perlu diperhalusi. Pada 9 September 2009, jawatankuasa peguam syarie Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menolak permohonannya atas alasan bahawa beliau bukan Islam.

Oleh itu beliau membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman dan menuntut satu pengisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993, yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja yang dibenarkan menjadi peguam syarie bertentangan atau ultra vires kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Pada masa ini hanya Wilayah Persekutuan dan Selangor sahaja yang menetapkan bahawa hanya mereka yang beragama Islam sahaja layak untuk memohon menjadi peguam di Mahkamah Syariah.

Negeri-negeri lain pula tidak menetapkan syarat beragama Islam sebagai prasyarat bagi menjadi Peguam di Mahkamah Syariah mereka. Ini sudah cukup mengambarkan ketidaksamaan perlaksanaan undang-undang Pentadiran Syariah dinegara ini.

DPPWP yakin perkara ini berlaku kerana tiadanya keseragaman dan keputusan yang jelas terhadap hukum orang bukan Islam menjadi Peguam di Mahkamah Syariah.

Malaysia pada hari ini mengamalkan dua jenis Mahkamah iaitu Mahkamah Syariah untuk umat Islam sahaja dan Mahkamah Sivil untuk semua rakyat. Ini berbeza dengan zaman Rasulullah dimana satu mahkamah sahaja untuk semua rakyat, cuma hukuman dibezakan mengikut agama. Dimana mereka yang bukan Islam tertakluk dibawah undang-undang hudud dan takzir sedangkan bukan Islam dibawah undang-undang takzir.

Permohonan Victoria ini perlu dibahas dari pelbagai sudut kerana dalam kes tuntutan nafkah, anak dan perceraian yang melibatkan pasangan murtad contohnya, kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah bukan Mahkamah Sivil. Jadi ia mengundang kepada isu agama yang lebih sensitif dimasa hadapan, kerana mereka yang murtad menuntut hak untuk diwakili oleh mereka yang bukan Islam juga.

Dalam sudut yang lain, keputusan majlis fatwa ini juga bakal mempengaruhi penawaran jurusan undang-undang syarie di masa hadapa kepada bukan Islam. Pada masa ini kebanyakan universiti menawarkan jurusan ini tanpa mengira agama. Telah ramai mereka yang bukan Islam mendapat Ijazah Undang-Undang dalam bidang syariah. Kalau mereka diberikan peluang untuk belajar, kenapa mereka tidak diberikan hak untuk melaksanakan apa yang mereka belajar.

Diperingkat masyarakat pula, ramai yang melihat isu ini sebagai sensitif kerana sepatutnya mahkamah yang membicarakan hal ehwal orang Islam hanya melibatkan peguam dari kalangan umat Islam.

Walaubagaimana pun DPPWP mahu isu sensitif ini dibincang dahulu dari segi hukum oleh Majlis Fatwa Kebangsaan agar undang-undang syariah dinegara ini dapat diselaraskan kerana kita tidak mahu terlalu banyak perbezaan perlaksanaan dalam urusan perundangan umat Islam dinegara ini.

DPPWP tidak bercadang untuk menyokong atau membantah keputusan Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur yang memberikan kebenaran kepada Victoria, tetapi sewajarnya hal ini perlu mendapat pandangan mereka yang pakar dalam urusan umat Islam. Adalah tidak adil Mahkamah Sivil membuat keputusan untuk urusan Mahkamah Syariah tanpa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan Yang DiPertuan Agong.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

2 thoughts on “Pemuda PAS mahu Majlis Fatwa Bincang Hukum Bukan Islam Menjadi Peguam Syarie

  1. ahmad- berkata:

    1. ahmad, di Mei 15, 2010
    Bismillahirahmanirahim !
    ~(2)
    APA UKURAN SEROANG ALIM dan “ULAMA” ?
    SIAPA MENILAI PENILAINYA ?
    SIAPA MENGHAKIM SI HAKIM ?
    ***
    Mengikuti isu dan berita yang diberitakan sekarang ini, saya membuat kesimpulan bahawa kedudukan sesuatu yang haq (benar) dan yang bahtil, menjadi begitu ketara. Yang bathil pecah : ada pecah daripada mulut pelakunya ; ada yang dibukakan oleh orang lain yang bercakap benar dengan latar belakangnya yang baik..
    [ HAQ itu adalah daripada ALLAH dan JANGAN KAMU RAGU. ~AL baqarah : 137 ; Al Imran : 60. Seterusnya baca Yunus 94 ; Al Isra 81 ; Saba : 14 dan Saad 84, isyaAllah, ia dibca dan berdoakan untuk menghalang dan menghapuskan fitnah, yang kini hampir setiap hari terdengar dan terbaca. ]
    Kedudukan pangkat dan gelaran juga begitu : ada yang mendapatnya secara yang boleh dipersoalkan. Macam-macam bentuk dan caranya. Lantas terbongkar maka terbuka latar belakangnya. Ada yang benar dan ada yang bathil.

    PEMIMPIN bertakhta di aras puncak, atasan, menengah dan bawahan sedang terbongkar dengan kepalsuan dan kebathilan tentang “status” dan peranan masing-masing. Ada yang ber entuk fitnah bagi menjatuhkan satu sama lain. Rebutan nafsu : pangkat, harta, kuasa dan pengekalannya.
    Manusia rakyat ditutup mata dengan berabgai macam gelaran dan pangkat kuasa. Ia jadi murahan seperti jual gorengan di gerai pasar siang dan pasar malam.

    AMARAN : Maka berlakulah penyakit di mulut, pecah di perut : itu dan ini Yang doktor pun pusing fikiran untuk menemukan jenis penyakit. BALA dari Allah dikenakan di dunialagi. Ia terkena pada jasad diri dan anak isteri kian parah. Langsung tidak langsung, tetap ada. Ia dinamakan bala meskipun dalam bentuk kegembiraan dan kemewahan. Ada kosnya setiap satu kes. Yang “terlepas” kejahatan dinamakan ISTIDERAJ, …..ALLAH BIARKAN DAHULU SEHINGGA PADA AKHIRNYA IA ATAU MEREKA MASUK GAUNG YANG MENGHACURKAN DENGAN HARTA YANG HARAM. Biar, biarkan dia dan mereka itu.
    BENCANA ALAM datang dalam berbagai jenis dan bentuk. Ia sudah melanda sedang melanda dan akan parah lagi ia sedang mara . Maka lihatlah dan bacalah AL QURAN tentang istilah HAQ dan BAHTIL ADA ENAM AYAT YANG perlu ditalaah. Semoga yang masih mahukan Islam dan yang benar BERAGAMA ISLAM berwaspada. Sedia dengan ilmu perancangan. Begitu juga talaah beberapa ayat yang mengisi kata “KUN FAYAKUN” dan amaran dan larangan dalam “jalan raya kenabian” kepada Allah. .
    Antara lain : Ayat 21 surah Sajdah menyatakan balasan Allah berlakunya “balasan azab” di dunia lagi sebelum menerima azab yang besar di akhirat.
    Bentuknya berbagai, langsung dan tidak langsung ; terutama orang yang menggunakan agama sebagai
    alat menghalalkan yang mungkar.
    ULAMA SUDAH JADI ALAT NAFSU DIRI DAN “IKATAN”
    DALAM SISTEM KEHIDUPAN YANG MEREKA TERLIBAT walaupun atas nama dan “cap” agama.
    MAKA buatlah selidikan diri sendiri dan pemimpin tanpa prasangka.
    ULAMA : SIAPA MENGANGKAT MEREKA JADI ULAMA ?
    ULAMA adalah jama disewdut daripada perkataan ALIM.
    APA SYARAT JADI ALIM / “ULAMA” ? APA BUTIRAN PENGESAHANNYA ?
    ALIMNYA DALAM BIDANG APA ?
    Pertanyaan anatara lain : Mengapa perjuangan ulama dalam parti terkuat {UMNO umpamanya] sering tersangkut di siling atap saja ? Mereka kaku
    mengadapi isu yang luas dan tercabar !
    APA itu “mufti”, kedudukan dan peranan ?
    APA itu fatwa ? bagaiamana dengan kedudukan “ijma ulama” ?
    SIAPA yang menilai majlis fatwa itu ?
    SIAPA MENILAI PENILAI ?
    DAN KEMANA PERGINYA MAJLIS “IJMA ULAMA” yang menjadi sumber hukum (fiqh) selama zaman berzaman ini ?
    APAKAH IA SUDAH DIBOLOT OLEH INSTITUSI fatwa PULA ?
    SEBAGAI SEORANG YANG KURANG ARIF, SAYA INGIN DAPAT PENJELASAN DARIPADA PEMBACA BUDIMAN, terutama mereka yang ada “lesen”.
    Maaf. ~Aq Mei 2010.

  2. ahmad- berkata:

    II~Wain: ‘Seleweng RM100 Bilion Dr M Disokong Bukti’
    Posted on Mei 21, 2010 by ADMIN
    MALAYSIAKINI – Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

    Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

    Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir “hanya RM1 hingga RM2 bilion,” bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

    “Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

    “Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan… Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia,” kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

    Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

    “Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih,” katanya lagi.

    Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

    “100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.

    “Sehingga hari ini, ia telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan (ahli ekonomi) di rantau ini termasuk Thailand.

    “Ada satu ulasan di Malaysia, dalam talian, yang menulis satu fakta salah yang saya terpaksa ulas, untuk jelaskan bahawa orang yang menulis ulasan tersebut telah membuat kesalahan fakta berhubung kesan pilihan raya 1969, antara lainnya,” katanya lagi.

    Wain berada di negara ini sehingga minggu depan untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

    Pejabat Ketua AMK Malaysia

    Difailkan dalam: 1 Hari 1 Pendedahan, Politik, Say No TO BN, Selamatkan Malaysia

    « Rayuan Anwar Ditolak, Liwat II Akan Diteruskan Bala Setuju Beri Keterangan Di London Julai Depan »No Responses Yet
    ahmad-, di Mei 22, 2010 pada 11:50 am Kata: r Komen anda sedang ditapis.
    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM !

    ***PERANG ; HAQ DAN KEMUNGKARAN***

    1~ APA KUNCI, IAITU BAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBACA TENTANG UJUDNYA KEHAKIMAN RAKYAT ? IAITU BERIKUT UJUDNYA MAHKAMAH RAKYAT YANG TELUS, BENAR DAN LAGI ADIL. DALAM DUNIA INI, BAIK IA DARI SEGI SEJARAH MAHUPUN SEKARANG INI ?

    2~ KEADAAN sekarang, ALLAH, menurut peraturanNYA : ‘sesuatu yang HAQ [benar] akan timbul dan yang BATHIL akan batal dan hancur’ . Prosesnya sudah cepat tercetus menjadi isu dan perkara. Ia tercetus dari kawan, mulut sendiri, perbuatan sendiri atau orang lain yang menyebutnya.

    MAHATHIR BERPENDAPAT bahawa ORANG MELAYU MUDAH LUPA [dalam semua zaman atau dalam zaman PENTADBIRANnya 22 tahun sahaja ?]
    Barry Wain membongkar segala yang mungkar…
    Petikan :
    ” Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

    “Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan… Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia,” kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.”

    SIAPAKAH SANGGUP BERJIHAD MEMBONGKAR KEMUNGKARAN ?

    Wahai mereka orang Islam yang mengaku ULAMA dan “dipegawaikan”, MENGAKU atau dipangkatkan sebagai PENDAKWAH, hendakanya janganlah berdakwah terhad pada purdah jangut dan serban.sahaja

    Sekurang-kurangnya, sebilangan orang bukan Islam, umapamanya Barry Wain merintisi satu jalan “dakwah” telah membongkar kemungkaran dan ingin menegakkan KEBENARAN melalui pena.

    Dinamika dari gerak saraf kebenaran mengalir dalam penemuan unsur HUKUM membawa hijrah ke hujung jarinya yang menyatakan bahwa KEBENARAN MEMANG DARIPADA ALLLAH DAN KAMU JANGAN RAGU.

    BAGI SAYA KEKUATAN PENULISAN MERUPAKAN “GAYUNG BEDRSAMBUT”. ~
    MAAF DAN INGIN MENDAPAT PENDAPAT LAIN.
    ~Aq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mei 2010
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: