Jawatankuasa Disiplin antara dibincang pada Muktamar PAS

3

Jun 7, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Isu keanggotaan dalam Jawatankuasa Disiplin PAS antara yang akan dibincangkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu yang bermula Jumaat ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) dalam satu temubual bersama Harakahdaily berkata, perkara tersebut telah diusulkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk dibahaskan para perwakilan.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden PAS pernah mengutarakan cadangan agar keanggotaan jawatankuasa itu dipilih dari kalangan bukan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Ianya bagi mengelak sebarang tanggapan negatif semua pihak dan mahu jawatankuasa bukan sahaja membuat hukuman adil, tapi dilihat adil.

Selain isu jawatankuasa disiplin, isu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) turut akan diperbahaskan merangkumi aspek kedudukan dan ruang lingkup anggota dewan itu di dalam parti.

Isu-isu lain yang turut sama akan menghangatkan perbahasan termasuk isu perkhidmatan firma perunding APCO Worlwide dijangka turut akan menjadi perbahasan hangat perwakilan muktamar.

Selain APCO, isu kelulusan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia 2010 juga dikatakan bakal menjadi topik hangat perbahasan.

Ianya ekoran kerahan besar-besaran rakyat oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) untuk Himpunan 100,000 Rakyat pada 3 Julai ini yang menuntut penyertaan seluruh ahli dan penyokong PAS.

Manakala isu lompat parti pula menuntut satu resolusi konkrit dari PAS pada muktamar kali ini berdepan pilihan raya umum PRU ke-13 nanti.

Untuk PRU ke-13, kata Ustaz Idris, muktamar kali ini akan memberi fokus ke arah persediaan awal pilihan raya dengan melihat aspek yang perlu diperkemaskan sebelum menjelang pilihan raya.

Advertisements

3 thoughts on “Jawatankuasa Disiplin antara dibincang pada Muktamar PAS

  1. ahmad Kamar berkata:

    .Bismillahirahmaanirrahiim !

    “BAHAWA SESUATU BANGSA YANG TIDAK PUNYA KUASA DI ATAS TANAH, AIR, API DAN ANGIN [ALAM SEKITAR dan KOMUNIKASI] ADALAH BANGSA YANG BANGSAT”

    ***PEMBAGUNAN KAMPUNG BAHRU DAN TANAH KEPUNYAAN MELAYU DI KUALA LUMPUR.***

    Pada 11 Mei 1993 saya telah MENULIS SURAT KEPADA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR, DATUK DR MAZLAN BIN HAJI AHMAD MENEGUR DAN MENCADANGKAN SUPAYA TANAH ORANG MELAYU DIKONGSI DENGAN LEMBAGA TABUNG HAJI (LTH)

    Surat itu di beri salinan kepada
    1. DS Dr Mahathir, P.M.
    2. DS. Haji Anwar bin Ibrahim TPM
    3. Dk. Sulaiman bin Hashim, Pengurusi LTH
    4. Pengurusi Dewan Perniagaan Melayu
    Malaysia.

    Kepada LTH saya mencadangkan menambah dengan memeihon supaya diberikan biasiswa kepada anak pemegang saham dan pekerjaan kepada orang Melayu berkaitan dengan tanah dan pembangunan yang begitu luas.

    LTH ada menjawab panjang …dan merujuk bahawa Akta 8, LTH 1969 dan Akta 168…sebuah badan berkanun milik penuh oleh Kerajaan Malaysia.

    Jawapan dan surat kepada beberapa pemimpin atasan UMNO dan lain, seperti soal pendidikan, bahasa, ekonomi dan pertanian boleh dibaca dalam buku berbentuk Majallah :

    Dr Ahmad Kamar : MANIFESTO KITA. (60 halaman)
    Majallah tersebut boleh dibaca di perpustakaan universiti dan Perpustakaan Negara.

    BAGI SAYA PERIBADI BERPEGANG
    BAHAWA SESUATU BANGSA YANG TIDAK PUNYA KUASA DI ATAS TANAH, AIR, API DAN ANGIN [ALAM SEKITAR dan KOMUNIKASI] ADALAH BANGSA YANG BANGSAT.

    MAAF. ~Ahmad Kamar

  2. tebangtebas berkata:

    Tentera Zionis penakut,Zionis makhluk yang tak ambil iktibar,Nasihat untuk para ustaz baca di
    http://tebangtebas.wordpress.com/

  3. ahmad + Aq berkata:

    BISMILLAHIRAHMAANIRAHIIM

    HARAP DAPATKAN PERISTIHARAN HARTA PERIBADI DAN KELUARGA PEMIMPIN TERUTAMA BAGI PEMIMPIN YANG ADA LATAR BELAKANG NIAGA
    DAN HIDUP AGAK LEBIH LUMAYAN DARIPADA YANG
    LAZIM. UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI.

    SEMOGA MEREKA YANG BERHUTANG DALAM NIAGA ATAU MENDAPAT SESUATU DALAM “JANJI” …
    AKAN TERBONGKAR…BOHONGNYA.
    JIKA MEREKA ITU BOHONG MAKA ALLAH AKAN MENDEDAHKAN JUGA DALAM BERBAGAI BENTUK
    KEPINCANGAN TINGKAH LAKU ATAU ORANG LAIN YANG AKAN MENYEBUTNYA… WALLAHUALAM. MAAF. maaf. ~ahmad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Jun 2010
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: