Pemuda PAS Wilayah Anggap Mahathir Orang Gila Kerana Mahu Luluskan Judi

Tinggalkan komen

Jun 24, 2010 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyelar ucapan Mahathir yang mengatakan bahawa beliau akan meluluskan lesen judi jika beliau masih Kerajaan (Ketua Negara). Ini adalah kenyataan orang gila dan hanya memikirkan dirinya sendiri.

Sebagai seorang bekas pemimpin beliau tidak sewajarnya melabelkan sesuatu kaum itu (cina) sebagai kaum yang suka berjudi kerana tidak semua manusia yang suka berjudi. Malah dalam mana-mana agama pun termasuk Buddha tidak pernah menghalalkan judi. Catatan didalam kitab Tipika Buddha sendiri menyatakan bahawa:

‘There are these six dangers of being addicted to gambling. In winning one begets hatred; in losing one mourns the loss of one’s wealth; one’s word is not accepted in court; one is avoided by both friends and officials; one is not sought after for marriage because people say a gambler cannot support a wife’ (D.III,183).

Didalam buku lain Buddha menyebut ‘squandering wealth on dice’ leads to one’s decline (Sn.106).

Jelas apa yang Mahathir katakan dan menganggap judi tidak diharamkan dalam masyarakat Cina adalah sesuatu yang prejudis kepada kaum ini.

Orang Cina juga tahu bahawa judi itu merugikan mereka. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai hiburan, tetapi itu bukanlah sesuatu yang diajar dalam agama mereka kerana banyak lagi hiburan lain yang mereka boleh lakukan.

Sekitar tahun 80-an dan 90-an Kerajaan Hong Kong dan Negara China mempromosikan kempen membenci judi dengan menayangkan filem-filem perjudian seperti God of Gambler yang mesejnya menyeru rakyat mereka jangan berjudi.

Namun mesej ini tidak difahami Mahathir sehingga ke hari ini kerana dalam kepalanya beliau sentiasa menganggap orang Cina ini sebagai saingan orang melayu. Sebab itu dalam perhimpunan PERKASA baru-baru ini beliau dengan selambanya mengatakan bahawa orang Cina suka berjudi sebagai mengambarkan bahawa masyarakat Cina adalah masyarakat yang suka benda-benda yang negatif dan berfoya-foya.

DPPWP bersyukur kerana beliau sudah lama berhenti jadi Perdana Menteri. Zaman Pak Lah dulu, isu judi terhenti sebentar kerana misinya adalah Islam Hadhari yang amat dibenci Mahathir. Namun bila Najib jadi Perdana Menteri, Mahathir bermatian-matian pertahankan dasar judi yang diumumkan.

Ini kerana Mahathir tidak mahu ditempelak oleh Najib kerana zaman dia jadi Perdana Menteri beliau pernah meluluskan lesen judi bagi Bukit Tinggi Resort, iaitu sebuah syarikat yang hampir-hampir muflis kerana banyak beban hutang. Salah seorang ahli lembaga pengarahnya ketika itu adalah Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga salah seorang Menteri Kabinet Mahathir.

Sebelum itu juga banyak lesen-lesen judi lain dikeluarkan zaman Mahathir termasuk Magnum 4D dan lesen judi sukan khas untuk Tan Sri Vincent Tan.

Mahathir juga pastinya mengingati jasa Almarhum bapa Najib, Tun Razak yang memberikannya peluang kedua menyertai Umno setelah ditendang keluar oleh Tunku Abd Rahman berikutan bukunya bertajuk ‘Malay Dilema’. Malah Najib menjadi pilihan utamanya selepas mengistiharkan mahu Pak Lah berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Jadi, bukanlah perkara yang menghairankan jika Mahathir bermatian-matian mempertahakan dasar Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi Terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.

Banyak jasa keluarga Najib pada Mahathir, dan banyak Mahathir belajar dari keluarga Najib tentang keupayaan judi memberikan keuntungan segera kepada ekonomi negara. Apa jua yang mereka fikirkan, hasil judi adalah haram dan ianya bukan sekadar haram untuk umat Islam tetapi dipandang hina oleh semua agama.

DPPWP menyeru Mahathir, Najib, Jamil Khir dan semua Menteri Kabinet yang menyokong kelulusan judi ini bertaubat. Mereka adalah pemimpin negara dan adalah satu dosa besar jika mereka mengunakan kuasa mereka untuk merosakan rakyat dengan membiarkan mereka terus berjudi.

Akhir-akhir ini banyak laporan berita melaporkan kejayaan pihak Polis menyerbu premis judi haram dan memburu sindiket judi. Ini sudah cukup memberitahu kita bahawa kita mampu membanters judi haram dan tiada alasan kenapa judi perlu dihalalkan dengan pemberian lesen.

DPPWP akan turun ke Dataran Merdeka pada malam 25 haribulan ini bagi menyampaikan risalah dakwah membenci judi bersama Ketua Pemuda PAS Pusat dan kita akan terus edarkan risalah kita diseluruh Kuala Lumpur bagi memberikan penjelasan kepada rakyat tanpa mengira apa bangsa dan agama mereka.

DPPWP juga menyeru rakyat untuk turun beramai-ramai 3 Julai ini untuk mengadakan perhimpunan membantah judi sebagai memberikan tekanan kepada kerajaan supaya mereka kembali melakukan perkara yang betul untuk negara ini.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Jun 2010
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: