Benarkah Melayu Hilang Kuasa Jika Pakatan Jadi Kerajaan dan Umno Menang?

Tinggalkan komen

Ogos 25, 2010 oleh HermanSamsudeen


Menulis artikel politik perkauman bukanlah genre kesukaan saya. Tapi hari ini saya tulis juga dengan harapan orang Melayu faham apa itu politik yang sebenarnya. Orang Melayu kena faham bahawa mereka tidak perlu bergantung dengan Umno dan mereka tidak boleh terus diperhambakan oleh Umno.

Pemimpin Umno sering mainkan isu bahawa orang Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat jadi kerajaan. Model Kerajaan Pakatan Pulau Pinang dan Perak dijadikan modal bagi mereka menghasut rakyat.

Di Pulau Pinang Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri dari DAP (Pakatan), Sebelumnya adalah Koh Tsu Koon dari Gerakan (BN). Dari segi tampuk kepimpinan negeri mereka masih gagal untuk mainkan isu lemahnya kuasa Melayu. Tapi Umno nak main juga dengan alasan bahawa Adun-adun Melayu dalam Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang amat sedikit.

PAS hanya ada satu kerusi di Permatang Pasir, PKR pula hanya ada 3 kerusi yang diwakili orang Melayu. Manakala Umno pula menguasai 11 kerusi yang kesemuanya Melayu.

Di Perak pula, ketika Pakatan jadi Kerajaan dengan 31 Kerusi dimana hanya ada 8 kerusi Melayu. BN yang menguasai 28 kerusi pula, dikuasai oleh 27 kerusi Melayu. Atas perbezaan komposisi yang begitu ketara, Umno memainkan isu perkauman. Walaupun Menteri Besar Pakatan adalah Melayu, Ir. Nizar Jamaluddin tetapi jelas Umno begitu tertekan dan cuba mengheret orang Melayu untuk merasai tekanan itu.

Di Selangor, Kedah dan Kelantan isu perkauman ini tidak begitu ketara kerana jumlah keseluruhan kerusi antara kaum Melayu dan bukan Melayu menunjukan keseimbangan. Dan kuasa Majoriti dikuasai orang Melayu.

Tetapi kekhuatiran kehilangan kuasa Melayu terus ditimbulkan kerana dalam BN sekarang kuasa bukan Melayu semakin hilang dan Umno jadi parti tunggal yang menguruskan BN dan kuasa Melayu nampak terlalu besar dalam BN. Dalam Pakatan pula, bukan Melayu seperti terlalu besar walhal dari 5 negeri yang pernah ditadbir, 3 dari adalah dikuasai Melayu.

Tetapi, jika keadaan ini berulang dalam Pilihanraya akan datang, sesuai dengan peningkaan jumlah pengundi bukan Melayu yang kini begitu setia dengan Pakatan, mahu tidak mahu kita kena akui bahawa orang Melayu mungkin akan hilang kuasa Majoriti.

Dalam Parlimen atau DUN, analisis semasa menjangkakan sokongan bukan Melayu kepada Pakatan akan terus meningkat dimana, DAP kini dianggap sebagai pengganti MCA dan Gerakan, manakala PKR kini dilihat sebagai Penganti komponen BN lain dan PAS dilihat sebagai alternatif terbaik mengantikan Umno.

Perkiraan mudah jika dianalisa memungkinkan Pakatan menguasai undi bukan Melayu sepenuhnya dan undi Melayu akan terbahagi dua kerana masih ada yang sayang pada Umno atas sentimen perkauman.

Jika ini masih berlaku, orang Melayu akan hilang kuasa kepimpinan kerana bukan Melayu mungkin akan jadi ketua Kerajaan atau kuasai senarai exco Kerajaan jika kerusi Melayu dalam Pakatan menjadi minoriti.

Orang Melayu seharusnya berfikiran bijak. Jika semua bukan Melayu sudah sokong Pakatan untuk bentuk Kerajaan kenapa mereka masih mahu pertahankan Umno yang jelas tidak mampu bentuk kerajaan dengan BN.

Umno tidak akan mampu bentuk Kerajaan bersendirian jika semua komponen utama BN tewas kepada Pakatan. Sebab itu jika Umno menang tapi Pakatan jadi Kerajaan, orang Melayu tetap rugi.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk kekalkan kuasa orang Melayu adalah dengan mengundi Pakatan, khususnya PAS yang majoriti kerusinya adalah milik Melayu. Orang Melayu kena undi PAS. Jika orang bukan Melayu mampu terima PAS, kenapa yang Melayu Islam tidak boleh.

Jika PAS menang semua kerusi DUN dan Parlimen, kuasa orang Melayu tidak berubah, kerana dari segi perkongsian kuasa dengan PKR, DAP dan komponen Pakatan lainnya, PAS mampu menjadi majoriti. Sekaligus ia akan mengangkat imej Islam yang didokong oleh orang Melayu dan PAS.

Jika orang Melayu solid undi Pas-Pakatan secara auotmatiknya kuasa majoriti Melayu dalam BN akan berpindah kepada Pakatan. Ini akhirnya akan mengekalkan kuasa orang Melayu dimana PAS adalah alternatif terbaik kepada Umno buat orang Melayu. Malah dengan PAS mereka bukan sahaja mengekalkan kekuatan dan kuasa tetapi dapat membina kekuatan umat Islam itu sendiri sesuai dengan apa yang diperjuangankan PAS iaitu Islam agama yang menyelamatkan Ummah.

Saya yakin, jika hal ini berlaku dalam Pilihanraya Umum akan datang, Umno akhirnya akan mati hujah kerana kuasa orang Melayu kekal tetapi hanya bertukar kepada PAS. Undi bukan Melayu dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP pula bertukar penuh kepada DAP dan PKR serta komponen lainnya.

Sekaligus Umno dan BN boleh disemadikan dengan aman kerana mereka sudah tidak lagi diperlukan oleh rakyat kerana setiap kaum mempunyai parti dominannya sendiri dalam Pakatan sebagai mengantikan parti lama mereka yang sudah karam.

Jadi untuk kekalkan kuasa Melayu, tiada cara lain. Undilah Pas dan Pakatan Rakyat. Satu undi kepada Umno-BN akan membuatkan diri anda duduk dalam kumpulan minoriti dinegara ini!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Ogos 2010
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: