Perutusan Aidilfitri Daripada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan komen

September 8, 2010 oleh HermanSamsudeen


Assalamualaikum ww

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

“Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu.” (Surah Al Baqarah : 185)

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah yang amat menyantuni kehidupan kita dengan rahmat dan kasih sayangnya yang tiada bernoktah. Perginya Ramadhan bukanlah bermakna berakhir sudah bulan untuk kita terus mendampingi Allah. Malah kehadiran Syawal adalah tanda-tanda betapa hampirnya kita kepada jalan menemui Allah.

Rasulullah saw ketika menyambut Syawal telah membacakan Surah Al-Qaf dalam raka’at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka’at kedua solat Aidilfitri baginda. Adalah satu kehairanan bagi para sahabat baginda dan kita hari ini kerana kedua-dua ayat yang menceritakan tentang peristiwa hari kiamat itu dibacakan pada hari paling gembira buat umat Islam.

Namun disana Rasulullah mahu supaya kita tidak lupa diri dan mengingati bahawa Hari Raya adalah hari yang paling hampir untuk kita menemui Allah. Keriuhan hari raya seharusnya digamatkan dengan takbir dan laungan selawat serta memperatkan ikatan ukhuwah antara semua insan khususnya kalangan umat Islam. Janganlah hari raya digamatkan dengan karaoke, pesta liar dan aktiviti yang tidak bermanfaat untuk jiwa kita khususnya kalangan anak-anak muda.

Peristiwa kiamat dibacakan supaya kita tidak lupa, bahawa ada lagi peristiwa yang lebih besar untuk kita lalui selain hari raya dan Ramadhan. Dengan itu hati-hati kita tidak akan lara untuk menghabiskan percutian raya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) berharap agar Aidilfitri tahun ini menjadi batu loncatan untuk umat Islam memahami tuntutan sebenar Islam yang bukan sahaja sebagai agama untuk beraya, tetapi ianya harus dilihat dari seluruh ruang lingkup kehidupan.

Jangan kuncikan Islam hanya di Masjid dan Surau, tapi bawalah Islam ke mana sahaja kita berada. Apa jua urusan harian kita tanpa mengira genrenya. Sama ada urusan sosial, kemasyarakatan, ekonomi, peraturan dan perundangan hidup serta politik dalam waktu-waktu seharian haruslah ditegakan atas nama Islam.

Tanpa mengira apa jua warna kulit, asal usul dan bangsa, kita kembali bersama atas nama Islam untuk mengikat kekuatan Ummah ini. Islam yang ada dalam diri kita juga janganlah disimpan untuk kepentingan kita. Kongsikanlah dengan rakan-rakan bukan Islam yang kita kenali supaya mereka lebih memahami.

Galakan mereka menyertai majlis-majlis kita termasuk majlis Ilmu. Galakan mereka menyebut nama Allah sebagai Tuhan yang esa. Galakan mereka mengunjungi rumah ibadah kita semoga dengan itu hatinya akan tertumpah kepada Islam. Berikannya risalah kita termasuk tafsir-tafsir al-Quran untuk mereka memahami ayat-ayat Allah. Hadiahkan mereka pakaian-pakaian umat Islam, supaya mereka merasakan kebersamaan dengan kita dan akhirnya ajaklah mereka untuk bersama berkongsi satu akidah dengan kita.

Ingatlah! setiap umat Islam itu adalah duta penyelamat dan kasih sayang. Tidak mendekat rahmat Allah itu dalam perjuangan kita melainkan jika adanya jambatan Ukhuwah yang kuat diantara hamba-hambanya.

Barisan kepimpinan DPPWP mengucapkan Selamat Hari Raya buat seluruh warga Wilayah Persekutuan dan rakyat keseluruhannya. Semoga Hari Raya kali ini memberikan makna dan perubahan besar dalam hidup anda dengan Allah sentiasa di dalam hati.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

September 2010
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: