ISA MENGGANAS KEMBALI

Tinggalkan komen

Oktober 13, 2010 oleh pemudawilayah



Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Kerajaan hari ini isytiharkan telah menahan 7 kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini. Turut ditahan, menurut maklumat adalah 2 warga asing.

Dari sudut positifnya, nampaknya tindakan polis sangat baik. Membanteras kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia adalah tindakan yang sangat terpuji. Memang pemerdagangan serta penyeludupan warga asing ini amat berbahaya kepada negara. Dengan latar belakang warga asing yang diseludup tidak diketahui, ditambah pula tiadanya dokumen yang sah ia pastinya merumitkan kerajaan. Tindakan segelintir manusia yang sanggup menghambakan manusia demi kepentingan dunia amat mengecewakan.



Dengan penguatkuasaan yang tegas boleh mengurangkan kadar jenayah dari warga asing di samping menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Tambahan pula yang bersekongkol dengan kegiatan ini adalah pegawai Jabatan Imigresen sendiri. Memang kerja jahat mereka tidak boleh diterima.  Pegawai yang sepatutnya menjaga kedaulatan sempadan negara pula sanggup menjual maruah negara dengan membenarkan pendatang tanpa izin serta kegiatan penyeludupan manusia berleluasa.

Namun tindakan kerajaan yang menyumbat pegawai Jabatan Imigresen ke dalam akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) langsung tidak boleh diterima akal. Mana mungkin mencegah kejahatan dengan melakukan kezaliman terhadap manusia lainnya. ISA sejak dahulu diiktiraf rakyat sebagai akta drakonian yang zalim dan kejam. Ia berkuasa sewenangnya menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara selama mana yang disukai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Sepatutnya kerajaan bertindak wajar dengan menangkap dan mendakwa mereka di mahkamah. Akta ISA pula sepatutnya sudah lama dikuburkan dan dijadikan bahan sejarah. Mengapa pembunuh Datuk Sosilawati dan beberapa pembantunya yang dibunuh secara kejam – yang dianggap pembunuhan paling dahsyat di negara ini, masih didakwa di mahkamah, tetapi pegawai-pegawai Imigresen ini disumbat dalam ISA. Dimanakah keadilan dapat ditegakkan dengan cara sebegini…

Demi mengharapkan keadilan, kerajaan wajar lepaskan mereka dari ISA dan dakwa mereka di mahkamah secara terbuka…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: