APABILA ARTIS GAY DIBERI TEMPAT DI MALAYSIA

1

Oktober 14, 2010 oleh pemudawilayah



Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Kerajaan Malaysia tetap berdegil membawa masuk artis luar negara yang penuh kontroversi, Adam Lambert.  Artis ini di negara barat sendiri sudah banyak pihak mempertikaikannya, secara tiba-tiba Malaysia pula meluluskan konsert beliau di Stadium Putra Bukit Jalil pada 14 Oktober 2010.

Walaupun apa pun alasannya, kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan patut dipersalahkan atas penganjuran konsert sebegini. Kementerian tersebut memegang kuasa menghalal dan mengharamkan sesuatu konsert. Sepatutnya kementerian lebih peka terhadap penganjuran sesuatu konsert. Bukan sekadar bentuk konsert tersebut perlu diteliti, bahkan artis tersebut juga perlu dinilai.

Adam Lambert adalah artis kotor yang terkenal dengan imej gaynya. Pengakuannya sendiri bahawa beliau memang pengamal gay amat menjijikkan. Lihatlah imej beliau di Internet dan dimana-mana, akan jumpa dengan perlakuan gay beliau ketika beraksi di pentas.

Apakah mesej yang hendak kerajaan Malaysia paparkan dengan kelulusan konsert Adam Lambert ini? Adakah ini bermaksud, kerajaan mahu menghalalkan kegiatan gay dan seks bebas di Malaysia? Adakah mungkin juga pergaulan bebas dan perzinaan telah dihalalkan? Bukan payah bagi remaja yang mengandung tanpa suami, sekolah di Melaka telah menyediakan tempatnya.

Banyak lagi artis berimej sopan dan baik yang boleh menjadi ikon masyarakat boleh ditampilkan di Malaysia. Sebagai contoh, Maher zain yang dijadualkan akan mengadakan konsert pada malam yang sama di Shah Alam. bukankah kerajaan Malaysia boleh mempromosikan artis sebegini yang membawa mesej positif ke tengah masyarakat. Apakah perlu mengikut telunjuk dan nafsu segelintir dua penganjur yang tamakkan keuntungan tanpa menghiraukan masalah yang menimpa masyarakat khususnya anak-anak muda.

Walaupun mungkin garis panduan yang diberikan amat ketat, namun siapapun tidak akan lupakan artis simbol seks ini. Yakinlah, konsert sebegini pasti mengundang padah. Akan ada remaja-remaja perempuan yang mengandung hasil anak luar nikah selepas menonton konsert ini. Akan ada botol-botol arak yang diminum oleh remaja khususnya yang beragama Islam, dan mungkin ada pasangan gay menempel hadir ke konsert sebegini.

Anak-anak muda pula bebas lakukan apa sahaja semasa dan selepas konsert tersebut, kerana telah diberikan lesen besar oleh kerajaan Malaysia sendiri!

Advertisements

One thought on “APABILA ARTIS GAY DIBERI TEMPAT DI MALAYSIA

  1. Yang Tak Faham berkata:

    Ya Allah! Kenapa la bodoh benar penulis nih? Kenapa perlu dilihat Adam Lambert dari segi seksualitinya? Adakah diri penulis lebih baik dari Adam Lambert, bermegah-megah (dari segi katanya) bahawa dirinya Islam, maka aku lebih baik dari Adam Lambert? Adam Lambert itu dah tentu penyanyi beragama kafir, dah tentu dia rasakan dirinya gay tiada masalah? Namun, apa yang penting dia perlu diingatkan bahawa Malaysia negara Islam, jaga perilaku, nak nyanyi boleh, nak buat benda bukan-bukan, tak boleh, itu saja. Itu pun jadi isu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: