ANTARA PENUNDAAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DAN PRU KE 13.

Tinggalkan komen

Oktober 15, 2010 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa tindakan kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Dato’ Seri Anwar cepat menghidu tindakan kerajaan yang mahu meraih populariti dari rakyat dengan pengorbanan besar menangguhkan cukai GST tersebut bagi memberi ruang kepada PRU ke 13.


Kerajaan UMNO-BN sudah mengakui bahawa pelbagai cukai yang dikenakan termasuk GST amat membebankan rakyat. UMNO juga tahu GST adalah peluru yang boleh membunuh masa depan mereka. GST hanya menguntungkan beberapa pihak yang berkepentingan. Tanyalah siapa sahaja. Dari penoreh getah, nelayan, pekebun, sehinggalah pengurus besar di syarikat konglomerat. Semuanya tidak mahu cukai GST ini dikenakan. Akibatnya semua orang akan terkena tempiasnya. Ia langsung berbeza cukai-cukai lain yang hanya khusus untuk golongan sasaran. GST akan terkena kepada sesiapa sahaja yang bergelar pengguna.


Selain itu, Kerajaan dan rakyat Malaysia seakan bermain teka-teki dengan tarikh pilihanraya umum. Sejak sekian lama, kerajaan Malaysia takut untuk mengisytiharkan Pilihanraya Umum. Entah apa yang ditakutinya tidak pula diketahui. Apakah kerana takut pembangkang (Pakatan Rakyat) mempersiapkan diri dengan segala jentera dan persiapan sehingga boleh menjatuhkan UMNO-BN.


Di negara Barat, tarikh pilihanraya umum  telah lama diisytiharkan kepada rakyat. Semua pihak boleh bersedia menjelang tarikh tersebut. Bahkan, ia memudahkan perancangan rapi mengikut fasa dari tahun ke tahun. ‘Snap’ election secara mengejut seperti ini, boleh menyebabkan golongan warga emas sakit jantung kerana terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri kelak.


Kesimpulannya, Rakyat dengan mudah digula-gulakan dengan pelbagai helah dan tipu daya. Kerajaan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi mereka demi meraih undi popular. Bayangkan pula apa akan terjadi selepas dari PRU ke 13, dan bagaimana kiranya UMNO-BN menang besar di seluruh negara. Umpan pengangguhan GST pasti akan menyentap kembali dan rakyat akan menjadi mangsanya untuk kesekian kalinya..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: