Sekitar XPDC Dakwah ‘Bantah Konsert Adam Lambert’

Tinggalkan komen

Oktober 15, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah turun menyertai Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan  Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dalam satu program XPDC Dakwah ‘Bantah Konsert Adam Lambert’ yang telah berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil. Tarikh 14 Oktober ’10 juga berlangsungnya satu lagi konsert yang lebih membawa kearah kebaikan iaitu Konsert Maher Zain di Dewan MBSA, Shah Alam Selangor. Namun masih ada segelintir orang melayu yang mengaku Islam hadir menonton konsert artis gay yang terkenal dengan aksi lucahnya sebagai salah satu gimik dalam konsertnya. Amat memalukan apabila mereka juga (sesetengahnya) bertindak memperlekehkan usaha kami dalam menyebarkan kesedaran terhadap kesan negatif dan akhlak penghibur yang lahir daripada program realiti ‘American Idol’.

Pengarahan hal tentatif dari pimpinan DPPP

Program bermula dengan solat maghrib berjemaah dan kemudiannya solat hajat bagi memohon keberkatan Allah swt dalam menjalakan kerja dakwah. Kemudiannya selepas itu, sedikit ucapan daripada pimpinan DPPP dan GAMIS mengenai tentatif program sebelum semua bergerak menuju ke Stadium Putra secara beramai-ramai yang dalam anggaran seramai 200 orang.

Jangkaan kami tepat apabila kami dihalang oleh sepasukan anggota polis daripada menghampiri perkarangan stadium. Kira-kira seramai 20 anggota FRU membentuk satu barisan bagi menghalang kemaraan kami. Namun setelah perbincangan dilakukan, akhirnya pihak polis melepaskan kami dengan bersyarat.

Kami hanya dibenarkan menyebarkan risalah sahaja. Bertemu dengan setiap orang yang menghadiri konsert itu tanpa mengira agama dan bangsa, kami mengedarkan risalah bagi menyedarkan mereka bahawa penyanyi ini sendiri sebenarnya membawa gejala tidak sihat dan memberi kesan yang negatif terhadap rakyat Malaysia. Suasana bingit bagaikan pesta di hadapan pintu masuk dengan deretan manusia beratur menanti untuk masuk ke dewan utama konsert dan kedai-kedai di sekitar memeriahkan lagi suasana dengan muzik yang rata-ratanya me’main’kan lagu Adam Lambert. Di atas kepala kami berlegar ‘belon panas’ kawalan jauh milik penaja konsert. Laaa, Digi rupanya penaja utama.

Selepas puas mengedar risalah, kami berkumpul di suatu sudut lalu pimpinan DPPP menyampaikan ucapan mereka menentang kelulusan konsert ini. Antara pimpinan DPPP yang hadir pada malam itu ialah Ust.Nasruddin Hassan (Ketua Pemuda), Ahli Parlimen Jerai Ust.Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Padang Terap Ust.Nasir Zakaria, Sany Hamzan (EXCO), Khairul Faizi (SU) dan Kamaruzaman Mohamad (EXCO) sementara DPPWP pula diwakili Fadhil Osman selaku Ketua Penerangan. Program diakhiri dengan bacaan doa dan gimik menunjukkan kemarahan terhadap konsert ini dengan mengoyakkan poster Adam Lambert.

Lagi gambar di sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: