BAJET TAHUN 2011 : PERMATA PINTAR DIUTAMAKAN, SAR DIANAKTIRIKAN.

Tinggalkan komen

Oktober 18, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa kesal dengan bajet yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet Malaysia 2011 yang secara khusus Kerajaan memperuntukkan bajet sebanyak RM 111 juta bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara berbanding hanya RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Peruntukan bajet sebanyak RM 111 juta digunakan untuk pembangunan dan pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Sedangkan jumlah yang lebih kecil iaitu RM 95 juta pula diperuntukkan untuk keseluruhan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah yang jauh lebih banyak bertebaran di negara ini.

Bajet ini ternyata tidak adil dan berat sebelah. Peranan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang jauh lebih penting dalam mendidik dan menjadikan generasi insan soleh dan solehah gagal difahami oleh Perdana Menteri. Keadaan SAR juga kebanyakannya dalam keadaan daif kerana kurangnya perhatian terhadap aspek pembangunannya. Kebajikan guru dan murid terabai, kemudahan dan fasiliti yang tidak berapa lengkap, sistem pengajaran yang tidak sempurna, serta pelbagai kelemahan yang perlu diperbaiki. Apa yang pasti, kebanyakan SAR hanya diusahakan oleh individu atau organisasi tertentu dan merekalah yang banyak berkorban bagi memastikan SAR terus hidup dalam masyarakat.

DPPWP tidak menafikan peranan Permata Pintar iaitu Pusat Asuhan Kanak-kanak Pra sekolah juga sangat penting dalam mendidik generasi akan datang, namun perhatian istimewa kerajaan terhadap Permata amat mendukacitakan. Dalam keadaan ia baru ditubuhkan beberapa tahun, Permata sudah mendapat tempat yang penting dengan peruntukan tahun 2011 diberikan sangat tinggi.

Umum mengetahui bahawa projek Permata Pintar adalah projek yang diusahakan oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor. Soalnya, mengapa Perdana Menteri sanggup mementingkan projek isterinya sedangkan projek yang diusahakan rakyat iaitu SAR dianggap kurang penting. DPPWP merasa kecewa meskipun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet  ‘istemewa’.

Ternyata slogan Perdana Menteri ‘rakyat didahulukan’ merupakan omongan kosong. Projek milik rakyat seperti Sekolah Agama Rakyat ini terlalu sukar mendapat bajet tambahan. Sepatutnya, apalah salahnya bajet tahun 2011 diberikan peruntukan besar bagi membaik pulih SAR, menaik taraf guru, menambah elaun guru-guru, serta memberi pelbagai kemudahan khusus untuk meningkatkan kualiti SAR seluruh negara. Kerajaan juga perlu menggalakkan penubuhan SAR di seluruh negara sebagaimana Permata Pintar bagi mengurangkan penyakit yang menimpa masyarakat khususnya remaja. Kerajaan tidak akan rugi sekiranya bajet yang besar sebagaimana untuk Permata Pintar diberikan kepada pembangunan SAR, kerana hasil yang akan dituai bakal menguntungkan negara dan generasi akan datang.

 

Disediakan oleh

 

FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: